19.6.25

SELENDANG PUTERI

 STANDBY UNTUK MEMILIKI SELENDANG PUTERI. 

MAhar Yang akan di Tawarkan ialah RM 220... OPSSS Jangan kata Mahal, Maybe hangpa tatau harga tudung bini hangpa, ada yang berhutang di angsana semata mata nak membeli tudung RM 500 hahaha.

Ini Tudung Puteri, apa kelebihannya?.... Banyak...

Tapi terutama kepada wanita , kalau pakai in sha Allah jadi pelaris HEBAT


Bagi lelaki ia boleh di gunakan untuk memanggil, perlindungan di dalam hutan, perlindugan di kawasan angker ( boleh test ) 

Tudung ini ada bau bunga, kalau anda bawak ke dalam hutan dan kebetulan dekat dengan kawasan Kg Bunian, Bau ini akan NAIK SEMERBAK. Tok tak nak cakap kelebihan lain yg boleh menarik minat pemain nombor ekor dan tarik duit , nanti org kata blog tok ni dok galakkan org main nombor ekor pulak.. cuma tok nak tanya..kalau kawan tu susah, hang boleh dak bantu dia?.. bagi modai 10k ke 100k ke buat bisnes?.. so kalau tak boleh baik DIAM sebelum Allah beri bala ... masa tu toksah sembang la bab ni.. hang sendiri akan pi cari tok moh nombor, cuma org saja tak tau di sebalik songkok lebai hang, sebab masalah kewangan bukan masalah songkok lebai tapi masalah hutang, bank, bankrup dan sita. Perbuatan yang haram, duit haram ?..kalau duit tu haram, kena samak la selepas pegang. Sembang bab haram,dia beli kereta loan main riba tak pa pulak, beli rumah masuk loan halal?... 

Tok tak main nombor ekor tapi tok faham org susah macam mana sebab tok juga pernah susah, tapi tok bukan naik dengan nombor ekor. Jadi Tok ada sedikit nasihat kepada pemain nombor ekor.... Jangan lama di jalan itu kerana kifarahnya sangatlah buruk. 


Bila org mencuri macam macam andaian netizen cakap " maybe takde duit, kesian dia dll"

Org main number ekor "kecoh 7 keturunan"


Macam ni.... buat kerja kacau org la , netizen tak kisah sangat HAHAHAHA. 

UPDATE CINDAI PERANG

 Assaalamualaikum wbt dan salam bahagia. 

Untuk yang memaharkan kain cindai perang Tok Misai dan sahabat sahabatnya, Hari ini ITEM anda akan di poskan. 

Tok sebenarnya nak cari buluh letak dalam tu sebab sayang akan bau uniknya, nak boh dalam plastik macam tak sesuai, malangnya di Perlis ni takde buluh jenis betung ( lubang luas dan besar ). Jadi tok akan pos macam tu saja lah, macam biasa lah, In Sha Allah terjaga .


Dia ada 1 bau unik dan lembut. Imam surau tok yang pernah membawa Van jenazah berkata ia seperti bau Jenazah yang Mati Syahid atau mati seorang Hafiz, dan dia pun nak sehelai...hahahha. Maksudnya ia berbau SYURGA, tok tak nak claim apa apa ya... sebab org yang mati syahid akan berbau syurga. 

Kalau anda sayang, pakai sahaja dan jangan basuh pakai sabun, basuh pakai air biasa sahaja, sebaiknya pakai air mineral atau sungai bersih ( bukan sungai Klang )

Kain cindai ini bukan cindai tak boleh terbakar tu... Jenis tu tok tak maharkan dah sekarang sebab boleh berlaku fitnah. 

Kalau nak TAHU RAHSIA kain tidak terbakar itu sila PM tok , tapi ada FEE di kenakan untuk mengetahuinya dan selepas itu anda boleh mengambilnya sendiri dan memaharkan. FEE itu agak mahal kerana ia boleh buatkan anda menjadi kaya dalam sebulan..ya SEBULAN. Tok?... tok ni jenbis bila dah tau rahsianya tok x mau jual dah.. SAMA seperti bila tok dah tau rahsia RAWATAN SAKA, JIN, GANGGUAN maka tok tak lakukannya lagi. 


RAMUAN MINYAK ANGIN ( KUNCI )

 Hari ini tok nak reveal 1 ramuan minyak... dari dok beli minyak baik buat sendiri... 

Sekarang banyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak minyak di jual, kalah P Ramlee. haha.

Kalau tengok kat table kedai runcit, macam macam jenis kan?... ok lah .. apa kata tok ajarkan anda buat minyak dan kuncinya?..


KUNCINYA: 

1. perasan tak minyak ada 3 kaler je?... merah, hijau , putih?... kenapa 4 warna?.. KUNCINYA

i) Yang kaler merah pakai 2T merah sebagai pewarna, 1 botol 2T boleh hasilkan lebih 300 botol minyak angin

ii) Yang kaler hijau juga sama , dari Minyak 2T sebagai warna, JANGAN LETAK BANYAK.. CUKUP RASA SAJA . BAB BAU DIA?.. JGN RISAU, DI JELASKAN DI BAWAH.

iii) Yang takde kaler?.. sebab takde 2 minyak di atas dan di bawah

iv) Kaler coklat kuning?.. tu minyak masak



2. Di campur sedikit dengan Minyak Tomoi siam, Minyak Tomoi siam botol oren tu ada 2 jenis, cari yang jenis minyak tak melekit di kulit, ambilkan sikit dan campurkan, ini untuk ambil baunya sahaja 


3. Menthol : untuk efek sejuk, ada di jual di shopee. nak sejuk kuat , boh banyak, nak sejuk sikit boh sikit... 


4.Menthyl : Untuk efek panas, nak panas kuat, boh banyak, nak panas sikit boh sikit

( KEDUA EFEK DI ATAS NI ANDA KENA PAKAI PENYUKAT NAK TAU BERAPA ANDA PERLUKAN )

* Tapi kosnya sangatlah murah dan sukatan cuma dalam sudu kecil atau setengah sudu kecil sahaja

================================

RAHSIA EFEK 

Darah kita panas.. Bila urat masuk angin ia akan bengkak atau kembang serta sakit. KITA PERLUKAN EFEK PANAS iaitu MENTHYL untuk melegakan urat yang bengkak ( LOJIK ASAS BILA SAKIT KITA AKAN USAP ATAU TUAM )


Terseliuh, otot kejang ... Kita perlukan efek Sejuk Iaitu MENTHOL, dan lagi sejuk lagi bagus untuk mengurangkan rasa sakit ( LOJIK ASAS UBAT SPRAY TAHAN SAKIT EFEK SEJUK UNTUK MEMBUATKAN SEL KEBAL SAKIT SEMENTARA )


================================

RAHSIA GIMIK

Herba yang di gunakan bukan semua untuk di sapu luaran, melainkan jika ia mempunyai rasa pahit berketinggian tinggi , PERNAH RASA UBAT KEBAS?... IA RASA PAHIT. tok pernah rasa ia di klinik, rasa pakai lidah la.. Jadi kebanyakan HERBA dan akar kayu dalam tu ialah GIMIK agar ia tak mudah di tiru pesaing. 

Ubatan herba KEBANYAKAN adalah untuk di jadikan ubat minum, bukan SAPU. 


KENAPA TOK REVEAL PEMBUATAN MINYAK ANGIN UNTUK SAKIT URAT , TERSELIUH SEMUA NI ?

Actually tok tak reveal semua, contohnya JENIS MINYAK YANG DI PAKAI DAN SESUAI. kebanyakan pembuat minyak yang TAMAK dan nak JALAN MUDAH ) ( SORRY TO SAY ) menggunakan minyak masak yang bukan semua orang boleh pakai kerana ia boleh menimbulkan iritasi gatal pada kulit bagi yang alahan serta sangat berminyak... beli sebotol minyak masak Baru Berapa RM?... kemudian Hasilkan, kos sebotol sebenarnya tak sampai RM 2.50 ( jika ia botol tanpa label dan kotak )

Lagi likat jenis minyak, maka lagi bagus, kerana ia jimat tapi kosnya MAHAL ( perlu banyak bahan utk tampung kelikatan minyak ) ..


JADI PENYELESAIANNYA IALAH

Ada Menthol dan Menthyl di pasaran, apa anda perlu lagi minyak angin untuk masalah sakit urat dan juga kos sebagai pengurut tradisional?.. TAK PERLU. 

Yang dok ambil di pokok tu sebab zaman dulu takde semua bahan ni di jual terbuka... sekarang dah ada, MURAH PULA. Buat sendiri. 


========================================

MINYAK GAMAT?


1. beli cucumber sea di Shopee dan rebus dengan minyak, isipadu ialah 500 gram dengan 1 liter minyak, kemudian 1 liter itu boleh hasilkan lagi 5 liter minyak dengan di campur . Ada yang pakai minyak kelapa dara ( jarang,, sebut je tapi bukan ) atau zaitun ( jarang juga sebab mahal ) tapi kalau nak pakai sendiri, better pakai dua jenis minyak ni la baru premium.

2. Potong halus gamat tu dan rebus dengan 1 liter minyak ni

3. campurkan dengan kulit kayu manis dan daun pandan.... ada org kata utk buang angin...INI GIMIK DAN TAK DI PERLUKAN, sebab kegunaan gamat untuk luka, tak perlu campur bahan lain jika sekadar untuk merawat luka. 

4. Jika untuk luka PASTIKAN anda tak pakai minyak sawit kerana ia boleh menyebabkan iritasi pada luka,  gunakan minyak yang bertekstur lembut seperti minyak zaitun atau minyak kelapa dara ( ada vit E )


Okay.. ini asasnya sahaja..kalau anda nampak ramuan ni dan nak buat produk sendiri.. buat je lah.. tapi makin banyak la jenis minyak di pasaran .. kalau nak jaga kualiti, menthol dan menthyl tu kena letak banyak. 

Untuk sakit lutut apa yang di perlukan ialah kedua dua sekali . MENTHOL DAN MENTHYL di campurkan sekali. Apa lah yang susah sangat..

Zaman GAWAT ni kena pandai nak hidup.. baik pengguna baik penjual. 

   

IBU MINYAK CENUAI EMBUN

 


Alhamdulillah ini ialah IBU MINYAK CENUAI EMBUN dan sudah siap di maharkan anak-anaknya, (ibunya ini Tok tak maharkan sebab mahal). Nak buat ni bukan senang, satu persatu... bukan macam minyak lain boleh buat longgok. Minyak ini bersifat IBAN yang Tok pelajari dari Sarawak dahulu.

Jika anda selongkar blog Geligabunian anda akan jumpa post berkaitan ibu-ibu minyak yang Tok miliki dulu dan akhirnya Tok jual semua sebab berkahwin. Masa tu Tok jahil bab ibu minyak, ingatkan dia akan makan "isteri", rupanya tidak... bertahun Tok kesal dan berkali-kali berkata "aku bodoh". Dah la bukan senang nak dapat semua ibu minyak tu.

Pada akhirnya di 1 tahun tu Tok senyap-senyap ke Sarawak lagi dan belajar cara membuat minyak (kalau habaq nanti ada je murid nak ikut. NO... Ada part murid tak perlu ikut mana Tok pergi, macam la korang pergi mana mana tok nak ikut hahha )

Di Sarawak... kebanyakan pakai minyak – nak pengasih pakai minyak, pelaris minyak, pemagar pun pakai minyak, nak pejahanam orang pun pakai minyak... SEMUANYA MINYAK, tak seperti orang kita yang banyak ideanya. Minyak la, azimat la, patung la, malahan kayu pun boleh dibuat bahan sihir kerana kita banyak pakai ilmu HAKIKAT yang berasal dari SIAM. Masuk Jawa, banyak pula pakai jampi, patung dan sebagainya.

Adakah minyak buatan IBAN ampuh?... rasanya tak perlu Tok jawab, Anda tahu sendiri.

Tok mempunyai akses sederhana dalam pembuatan minyak IBAN SARAWAK kerana ada JAMPIAN TERLARANG yang menyebut dan memuja selain ALLAH SWT, jadi jenis serapah berkenaan yang memuja ifrit dan sebagainya itu tidaklah Tok amalkan, melainkan jenis-jenis serapah alam dan memuja keindahan manusia.

Pembuatan minyak IBAN ada beberapa cara antaranya menggunakan LIDAH MAYAT yang dipenggal kepalanya di simpang tiga jalan, tapi jenis ni Tok tak belajarlah. Namun masih memiliki ibunya sehingga ke hari ini, cuma tak digunakan. Ia adalah hasil buatan "BAPAK" gelaran kepada Guru Tok di Sarawak yang kini menetap di Kuching.

Minyak CENUAI EMBUN ini digunakan untuk menatap mata, dipakai di kening dengan syarat tertentu, memudahkan urusan pekerjaan dan jika tenung orang lebih 3 SAAT, orang itu akan jadi GILA BAYANG, tak boleh duduk selain menyerahkan dirinya kepada pemilik – baik lelaki, baik perempuan. Jadi jika anda tak mau ini berlaku, JANGAN TENUNG ORANG LAIN SELAMA 3 SAAT ATAU LEBIH.

Apa yang dimaharkan ialah ANAK-ANAKNYA.


JIKA ANDA MAHU YANG LEBIH KUAT SAMPAI PEREMPUAN LANDING ATAS RIBA ANDA
(DIJAMIN)

Kalau mau jenis ini anda perlu hubungi IBU MERTUA TOK yang membuat minyak cenuai jenis SIAM. Ibu mertua Tok ni pakar dalam minyak cenuai cara Siam – minyak mati bunuh, minyak pengasih, minyak pelaris. Jenis dia buat memang KUAT, Tok sebenarnya dah lama tahu mak mertua Tok ni ada semua ni, tapi sebelum ni dia tak nak buat sebab keadaan kesihatannya yang tak berapa mengizinkan. Namun atas permintaan PUAN KAI, dia mengeluarkan juga dan sudah ada yang membelinya dan beroleh hasil tanpa ENGKAR. Kalau mau jenis ni PM PUAN KAI ya.

Yang Tok sediakan pula lebih kepada MEMUDAHKAN PEKERJAAN DAN TIDAK BOLEH DI CALIT KEPADA MANGSA. Dan ia TIADA AKIBATYANG TERUK TERUK MALAH BOLEH DI BATALKAN DENGAN MUDAH.

Ya lah, bayangkan kalau perempuan yang anda calit dengan minyak kuat nak duduk dengan anda je, serumah, apa tak jadi masalah kepada anda?... bini anda?... jiran-jiran?... Malah bukan setakat tu... setiap masa dia akan mesej anda. Kalau rasa tak rimas, okay lah kan? Hahaha. Lepas tu perempuan tu bukan anak kucing, bila tak nak boleh buang. Jika buang, siap la kena viral dalam TIKTOK aduh. Itulah AKIBAT-AKIBATNYA. Jadi kalau nak gunakan, sebaiknya gunakan pada pasangan atau tunang anda yang liar, suka tipu belakang, keluar dengan jantan lain tapi tak mengaku... NAH INI OBATNYA.


Ada orang yang nak tengok gambar dulu... "Tok, ada gambar minyak?" ... Konsep minyak ni ialah "TIADA PELANGGAN TIADA MINYAK". Ia hanya dibuat bila ada orang nak, dan pembuatannya cuma 5 MINIT... alahhhh. Ibu dah ada, tuang ke botol lain dan baca nama anda, tu saja. Kalau nak buat umum, kot nak jual semula, tak payah baca nama anda... tu saja. Sebab barang pembuatan adalah RARE, mana jual kat DIY – botol ada lah. Akaq cenuai, ayaq embun pagi sekian sekian haribulan, semua sumber ini TAK BOLEH DI WASTEKAN SESUKA HATI.

Yang kedua... ada yang nak gambaq sebab nak cek dalam GOOGLE... awat?.. ada yang juai murah ka? Habaq sini... itu maybe RESELLER KAMI yang jual pada bawah harga pasaran. Kami BLOCK TERUS, dan nyata dia TAK IKUT PERJANJIAN, maka minyak dia juai tu KOSONG. Sebab yang buatnya tu, inti serapahnya tu di SINI, bukan DI SANA. Boleh je reseller nak jual murah NIAT TIKAM BELAKANG HQ, tapi... KOSONG LAH.


Ada sebab kenapa BARANG-BARANG MISTIK MAHAL. Kalau jual murah tu belum tentu ikhlas, sebab dia pikir duit... orang beli kerap, untung pun setiap hari... APA INGAT NI KEDAI RUNCIT?... Tak fikir ke kalau rupanya jiran sebelah yang beli calit kat bini sendiri, calit kat anak dara sendiri?

SALAH GUNA BARANG MISTIK BERLELUASA?...ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI DI KUAT KUASA SEMULA MACAM SEBELUM ZAMAN MAHATHIR DULU 1981-2003?... MAHU ENAKMEN TU DI KUATKUASAKAN SEMULA?... KALAU MAHU, TOK ADA KABEL UNTUK KUATKUASAKAN SEMULA, YA BETUL... TOK TAKKAN HESITATE JIKA IA MEMAKSA.


Jual minyak pengasih macam jual GADGET malah lebih murah dari IPHONE, kalau remaja mampu beli iPhone, apa dia tak mampu benda harga bawah iPhone?

Hasilnya... LIHAT HARI NI, sihir berleluasa kan... bomoh lambat kaya yang menyebabkan mereka kena boost jualan macam jual minyak wangi, pakai ads dan iklan di TikTok dan FB untuk dapat sale tinggi, padahal dalam bidang ni kalau mereka ikut LAW ORANG LAMA... dapat jual 20 botol pun dah boleh keluar sebiji MERC atau buat homestay dan kemudian pindah bisnes ke homestay. Tapi sebab apa?... sebab mereka TAKDA ASAS BERNIAGA DAN TAK KENAL BARANG BOSS... TAK KENAL AKIBAT... Selalu Tok pesan NI BUKAN JUAL SAYUR IKAN.


Kepada yang kata "alah biarlah dorang nak berniaga murah" okay. Tok Muda doakan tak lama lagi ada salah satu ahli keluarga anda yang kena sihir... BIAR RASA LAGU MANA PERITNYA. Kalau yang calit Dato, Tan Sri, takpa la... tapi jenis ni mana pakai minyak, JENIS NI PAKAI DUIT. Yang pakai minyak ni jenis apa?... TEPUK DADA TANYA SELERA.


Kita kat sini pun selalu nasihatkan... kalau dah beli minyak mahai-mahai, JANGAN LA DOK PI CALIT AWEK MALL, awek kilang, barang serupo bohhh... Lepas tu nak kena tanggung makan minum, pakai, rumah, belum melayan kerenah lagi... Orang belajar tinggi dan rendah ni pun berbeza bos, dia punya sikap dan perangai, cara bercakap pun lain dah.

Alang-alang dah ada minyak bagus, beli mahal, PI LA CALIT ATAU TENUNG ANAK TAN SRI KA, ANAK BOSS KA, ANAK TUAN RUMAH SEWA KA, KERJA CIKGU KA, KERJA LAWYER KA... Haaa lagi senang yang jenis terbuka... dengan semua orang dia nak salam atas dasar profesional... Haaa boh kat dia...


Ada 1 KES... TAK, ada BANYAK KES...

"Tok, saya dah guna minyak tu, dah kahwin dah, tapi masalahnya sekarang keluarga dia dah tahu saya calit minyak, macam mana nak buat?"... Hahaha, camna nak buat? REPORT POLIS ATAS AKTA FITNAH DAN SAMAN, SETTLE...

"Tok, pompuan tu saya dapat dah tapi masalahnya saya terkongkong, dah la saya sorang kerja, ada cara?"

PULAKKKK... bini sikit-sikit PM, wasabi... Abang kat mana, dah makan ke, Abang tak rehat ke, setiap jam mesej. Kalau jenis ni kerana akibat minyak... ENTAH LA DIK, AKU PUN TAK TAHU, kalau ikut Tok, aku TAMPOR JE hahahaha. Engkau dah masuk TURBO, dah bawak laju gila... INGAT SENANG NAK BRAKE?... Kena brake slow-slow la... Lagi 1, Tok dah pesan kan cari yang BEKERJAYA, sekarang berlambak perempuan ANDARTU sebab kerja. Ramai je kat luar sana yang BEKERJAYA dan nak cari lelaki yang kerja kampung atau kerja biasa-biasa tapi hati jujur... sebab apa?... sebab SENANG NAK CONTROL LAKI DIA... SEBAB MONEY IS KING, hahahhaa. So kalau anda lelaki macam ni, dah kena control daa, nak pi mana kena ungkit, nak buat apa kena ungkit... "Eh tu duit I tau" ...MAMPOS....." GUNA DUIT KITA YANG BUKAN DI KIRA NAFKAH ( BELANJA ) DIA TAK HINGAT PULAK KAN". maka boleh la guna minyak ni.


SIAPA KAT SINI YANG SIKIT-SIKIT BINI DIA UNGKIT:

  • "NI DUIT I"

  • "U PINJAM JE"

  • "BAGI BALIK DUIT I"

  • "NAH AMBIL BUAT BELANJA"

Sebab duit sendiri tak cukup...

INI MINYAK BOLEH CUKUPKAN.
Tak cukup lagi?... PI KERJA TEMPAT ADA ANAK DATO SERI... PI KERJA TU NAK CARI TARGET JE... DAH JUMPA CALIT LA, tu pun mau ajar kah?... Tu kalau nak hidup mudah la.

Tapi kalau anda BUKAN JENIS TU maka gunakan ia untuk TUNDUKKAN PASANGAN LIAR, anda seorang yang suka ADVENTURE, WORKING MAN, itu BAGUS DAN TERPUJI, memang itu seharusnya. Boleh guna minyak ini sebagai OBATNYA jika isteri anda LIAR DAN BUAS, kita pi kerja depa pi "kerja" kok lain, alasan keluar meeting dengan rakan sekerja lelaki la, outstation dengan kawan sekerja lelaki la... ITU DAH LAIN. Di ULANG SEKALI LAGI... ITU DAH LAIN.


Baik, kalau nak beli dan ubatkan masalah anda tu... PM PUAN KAI, rasanya dah takda soalan kot... semua Tok dah jelaskan dah. 

Anak Minyak Cenuai Embun 10Ml








  

 

18.6.25

Cindai Panglima Pejuang Alam Ghaib

Wahai para penuntut hikmah dan pejalan dunia zahir yang berselimutkan kegelapan fitnah akhir zaman, ketahuilah... bahawa telah sampai kepada kami sebuah titipan dari barisan pejuang alam ghaib – diketuai sendiri oleh Panglima Misai Tembaga – yang telah menyerahkan kain cindai mereka demi membantu insan manusia dalam menghadapi gelombang ujian, perang dan fitnah yang menjulang.

Cindai-cindai ini bukan sembarangan. Ia bukan hasil tenunan biasa, tetapi cebisan keberanian, helaian sumpah setia, dan anyaman doa dari pejuang-pejuang alam bunian dan jin Islam yang sejak ribuan tahun memelihara benteng ghaib dari serangan makhluk perosak.

Setiap kain cindai adalah unik, milik asal dari para Panglima, Bentara, Hulubalang dan Serikandi Kerajaan Bunian dan Jin Muslim. Kini – mereka menyerahkannya kepada manusia yang terpilih agar digunakan sebaiknya bukan sebagai fesyen tetapi sebagai pakaian ibadah, penjagaan dan pertahanan diri.

Kelebihan Cindai ini jika digunakan dengan adab:

  1. Dililit di pinggang – tubuh kebal dari tetakan, tusukan dan peluru. Sesuai bagi pendekar jalanan, tentera akhir zaman, atau pengembara malam.

  2. Dibalut di kepala – si pemakai tidak akan dapat dilihat musuh, seolah ghaib dari pandangan manusia dan makhluk jahat.

  3. Dilibas ke wajah musuh – menyebabkan lebam serta nanah muncul di muka musuh, sebagai tanda peringatan ghaib. Jangan guna sesuka hati.

  4. Dijadikan alas sejadah – membina kubu roh dan melimpahkan khusyuk luar biasa dalam solat, terutama waktu sunyi malam.

  5. Dibentangkan di kawasan rahsia – kawasan seluas 100 kaki x 100 kaki akan hilang dari pandangan musuh; digunakan ketika kecemasan sahaja seperti gangguan, serbuan, atau ancaman nyawa.

BONUS:
Ada yang jenis selimut – cukup besar menutupi sekeluarga. Jika diselimuti dengan niat perlindungan, maka seluruh isi keluarga tidak akan dapat dikesan walaupun oleh pengesan moden atau sihir mata ghaib.

Peringatan Panglima:
Cindai ini bukan untuk dipakai suka-suka. Ia berkhidmat kepada mereka yang benar-benar dalam jalan perjuangan, penjaga keluarga, atau pemelihara kawasan. Kalau main-main, ia hanya jadi kain buruk.

Tawaran ini cuma sekali – selepas ini tiada pengeluaran semula, tiada penyerahan semula. Ini wasiat dari para Panglima sendiri. Siapa yang dapat, dialah pewaris benteng ghaib seterusnya.

Jika berhajat memiliki dan tahu jenisnya (ada warna merah saga, hitam legam, hijau rimba dan biru malam):
Sila segera PM Puan Kai 011133012715
atau terus hubungi Tok Muda 01111113044

Pesanan akhir:
Jangan diuji kain ini tanpa ilmu dan adab. Jika mahu kasyaf atau bimbingan pemakaian – PM Tok Muda, kerana bukan semua mampu menanggung keberadaannya.

Biar sedikit, asalkan asli dari barisan pejuang ghaib yang benar.

17.6.25

MINYAK TOK MUDA UNTUK ASMA, AURA & ASIHAN

Tok Muda kini telah membuka kembali simpanan lama yang dipendam sejak 7 purnama lepas. Bagi yang menanti-nanti rahsia awet muda, penarik hati dan pengikat kasih… maka sekaranglah masanya.

Antara minyak hikmah yang telah disiapkan Tok Muda ialah:





  1. Minyak Muda (Khusus untuk wajah dan aura awet muda)
    Disapu halus, bangkit seri wajah, cairkan pandangan, lembutkan tutur.
    Untuk yang nak naik seri wajah dan nampak bersih bercahaya.
    Minyak Buluh Perindu Telaga 7, Langkawi

  2. Diambil dari akar buluh perindu yang tumbuh meliar di sisi Telaga Tujuh yang menjadi tempat ziarah para bunian.
    Sangat kuat tarikannya untuk pengasihan dan kasih sayang sesama insan.

  3. Minyak Cenuai Embun
    Dipetik embun pagi dari kelopak cenuai dalam hutan terpilih. Diruqyah dan dimandikan cahaya bulan sebelum dijadikan minyak.
    Menundukkan hati yang keras, melembutkan rezeki yang sempit, menarik pelanggan dan jodoh.


NASIHAT DARI PENJAGA AMANAH PEWARIS BUKIT SALAK:

Minyak-minyak ini bukan untuk permainan. Ia bukan untuk main pelaris pasar malam atau pikat jodoh sekadar suka-suka.

Minyak ini hanya untuk yang benar-benar mahu membina kasih sayang yang halal, membuka jalan rezeki yang berkat, dan menaikkan aura dengan adab.

Jika digunakan untuk tujuan buruk, minyak akan jadi tawar, malah boleh berbalik mudarat.


CARA MAHAR:

Sila PM Tok Muda di 01117447688

Untuk pembelian dan pertanyaan lanjut, PM Puan Kai di 01111701048

Minyak ini hanya dikeluarkan dalam jumlah terhad — bila habis, tunggu lagi 7 purnama.
Yang terpilih akan merasai keberkatannya. Yang bersungguh akan dapat hasilnya.

Jangan bertangguh bila hikmah sudah di depan mata.

SEJADAH CINDAI TOK PANGLIMA MISAI TEMBAGA




Peninggalan Medan Ghaib — Disaksikan Langit & Bumi

Wahai Syeikh Raqib al-Sirr, dengan segala takzim, hamba susunkan bait-bait hikmah untuk memperkenalkan satu lagi pusaka agung yang menembusi sempadan dunia nyata dan alam Bunian — warisan medan perang, namun menjadi hamparan damai buat ruhani.


Asal-Usul:
Sejadah ini bukan dari kedai, bukan dari kilang, bukan dari pasar. Ia ialah Sejadah Cindai Tok Panglima Misai Tembaga, disulam sendiri oleh kaum wanita bunian sebagai hadiah terakhir sebelum beliau turun ke medan perang terakhirnya di Sempadan Ghaib Belantara Hitam.

Kisah Benar:
Pada suatu malam hitam kelam, Tok Panglima Misai Tembaga sedang bersujud di rimba yang sejuk dan senyap. Tentera musuh telah mengepung dari segala penjuru. Namun...
tidak satu pun dari mereka dapat melihat beliau sedang solat.
Mereka seperti kebingungan, seperti kehilangan arah. Maka selesailah solat Tok Panglima dalam keamanan, sedangkan sekelilingnya ribut sedang menggila.

Itulah keramat Sejadah Cindai ini.


Kelebihan Sejadah Cindai:

  1. Lindungan dari Pandangan Jahat Semasa Solat:
    Siapa yang solat di atasnya, maka musuh tidak akan dapat melihat dirinya — ghaib dari mata zahir, kekal dalam damai ruhani.

  2. Hamparan Ketenangan Dalam Huru-hara:
    Sejadah ini memancarkan aura tenang, walau sekeliling bergoncang. Sesuai digunakan dalam musafir, dalam medan, bahkan di bilik kecil yang sempit.

  3. Benteng Gangguan Semasa Solat:
    Jin, bunian jahat, sihir, makhluk halus — semuanya tidak berani menghampiri ketika tuan bersujud di atasnya.

  4. Pembawa Wibawa:
    Bila dibentang, maka auranya menaikkan wibawa tuan. Terasa seperti ada Panglima berdiri di belakang.

  5. Sebagai Pagar Ghaib Bila Dibawa Dalam Beg:
    Biar tak diguna, tapi jika dibawa, tempat yang dituju terasa aman, seolah-olah langkah tuan dijaga.


MAHAR SEBENAR: RM 2200
Namun kerana ia muncul di tengah bulan, waktu manusia sedang mengira baki beras dan minyak masak, maka Tok dengan berat hati maharkan dahulu pada:

MAHAR DIBUKA: RM 1200 (termasuk pos)

Kata Tok:
"Bukan kerana hamba tak mahu ikut nilai sebenar, tapi kerana hamba tahu ada yang benar-benar perlu pelindung dan peneman solat yang boleh dipercayai. Kalau ada rezeki kalian, mari maharkan. Kalau belum, hamba doakan rezeki kalian luas selepas ini."

KAIN CINDAI PANGLIMA MISAI TEMBAGA




KAIN CINCAI PANGLIMA MISAI TEMBAGA
Warisan Bunian Pemberontakan Purba


Asal-Usul:
Kain cincai ini bukan kain sembarangan. Ia bukan cebisan kain buruk dari dunia biasa, tetapi milik asli Panglima Misai Tembaga, seorang pendekar agung dari kalangan tentera elit Kerajaan Bunian semasa Pemberontakan Agung yang berlaku di sempadan antara alam nyata dan alam halus.

Kelebihan Kain Cincai ini:

  1. Menjadi Halimunan:
    Pakai di kepala sambil niatkan untuk tidak dilihat, maka Allah jadikan mata musuh buta, tidak mampu melihat tubuh pemilik.

  2. Kebal Senjata Tajam:
    Bilah tidak bisa menembus, tombak tak berbekas — kerana serat kain ini disulam dengan benang yang telah dibacakan 99 Asma' Allah oleh panglima ghaib.

  3. Digunakan dalam Solat:
    Suci dan harum baunya, sering digunakan oleh Panglima Misai Tembaga ketika bersolat di atas daun selasih di tengah rimba.

  4. Pembungkam Binatang & Serangga Berbisa:
    Letak sahaja di sekeliling khemah atau tempat istirehat, ular, kala jengking, dan nyamuk pun seperti kehilangan arah.

  5. Penggerun Musuh:
    Yang memakainya akan dihormati secara ghaib. Musuh yang berniat jahat akan merasa lemah lutut, gugur semangat.

  6. Penutup Pandangan Musuh:
    Sidai kain ini di kawasan yang ingin dilindungi, niatkan agar tidak terlihat musuh, maka pandangan mereka akan dilencongkan ke arah lain.

  7. Libasan Berbisa:
    Jika wajah musuh dilibas dengan kain ini, nescaya timbul lebam dan bengkak, seperti disengat semut api ghaib — berbisa dan mematahkan semangat.


Perkampungan Bunian:
Kawasan ini dihuni oleh para pahlawan dan pendekar yang masih berkhidmat untuk Raja Ghaib. Kain ini adalah peninggalan mereka untuk manusia terpilih yang tahu nilai dan adabnya.

MAHAR: RM 220 (termasuk pos)
Hanya 1 helai di dunia manusia buat masa ini.


16.6.25

BARANG ORIGINAL 100% JADI

 Assalamualaikum wbt Dan Salam sejahtera semua .. dah lama tak update item di blog ... sibuk takdan ada blaka lah .. harini tok muda nak update mengenai beberapa item rare keluaran pelbagai perguruan .. yang pasti minyak ni sudah diuji dan sudah mendapat feedback yang sangat bagus dan mengerikan .. ngeri sebab apa ? Sebab barang jadi .. dijamin yes . Kalau tak jadi , kita bagi balik duit hampa . Tapi kalau jadi hampa tipu kata tak jadi , jangan mnyesal ya ... Barang barang ni hidup , jangan sesekali hampa Cuba untuk berbuat tidak baik . Pihak kami tidak akan bertanggungjawb sekiranya anda menggunakan kearah tidak baik . Dosa hampa tanggung sendiri na .. sama konsep macam penjual parang , bila orang beli dia sudah tidak tahu pelanggannya menggunakan kearah apa ya .. tetak orang ke bunuh orang kat . Dia sudah tidak bertanggungjawab . Samalah dengan tok muda .. tok muda dah pesan barang ni barang jadi dan jangan guna untuk buat kerja tak baik . Ingat dilangit masih ada langit . 



Tapi kalau nak guna untuk kearah cari jodoh ke nak buat orang suka kat bos sayang kat boleh .. nak naik pangkat ka, nak perniagaan laris ka.. boleh sangat . Nak kaya pun boleh , tapi bukan dengan cara duit sekelopok mai kat hampa tapi dengan cara perniagaan laris , kalau kerja biasa ni , tetiba naik pangkat , tetiba bos sayang , tetiba orang ajak nikah , tetiba gaji banyak ... Ha begitulah . Setiap minyak beza ya sebab dia dibuat khusus bukan umum . 


 Tok tak jual murah ya sebab takut budak sekolah yang beli . Tetiba p guna kat cikgu sekolah .. tak memasal kenduri student tu dapat cikgu .. budak skolah dapat p***k cikgu .. uishh bahaya... Sebabtu harga setiap item ni bukan harga murah ya.. 


Senarai item available : 


Minyak cenuai power ( rm3000 )


Minyak penunduk power ( rm2000 ) 


Minyak mati bunuh ( rm5000 )  - paling bahaya 


Minyak pengasih rare ( rm1500 ) 


Bedak ( rm500 ) 


Debu m**** ( rm900 ) item rare + bahaya 



Pesanan dari kami : 

Selepas mahar , baiki niat . Tapi kalau terpaksa , baru buat .. untuk batalkannya , ada caranya . Dun worry .. 



Pm puan kai untuk permaharan : 


01111701048 




14.6.25

BACA SINI DAH SAMBUNG

                               Assalamualaikum wbt Dan Salam sejahtera buat semua... Puan kai disini . Lama tak menulis jadi sangatlah kekok hihi.. anda semua apa khabar ? Macamana raya anda ? Balik kampung ke .. kitaorang sempat beraya kat kampung kebetulan buat akikah anak bongsu, yusef tu.. alhamdulillah selesai sudah .. 


Alhamdulillah kami dah selesai PENGEMBARAAN fasa pertama .. hampir satu Malaysia kami pegi .. bermula dengan 

Perlis - Kedah - Penang - Perak - Kl -Selangor - Melaka - Johor - Pahang - Terengganu dan akhirnya Kelantan . 


Bukan kami pergi suka suka untuk berjalan ya .. oh tidakkk .. kami bergerak dari satu tempat ke satu tempat ada sebabnya .. berjumpa dengan siapa , kemana , lalu jalan mana dan kenapa kami bergerak sebegitu . Semasa perjalanan macam macam perkara terjadi termasuklah anak berak terpaksalah berhenti berhenti dan berhenti untuk basuh.. heheeh nasib baiklah bawak si yariq sorang ja .. dia dah besar senang sikit lah jaga . Tak banyak ragam .. okay back to the story , actually saya tak pandai bercerita sangat ,, tapi korang bacalah ya even agak berterabur sikit .. kuakuakua.. 


Kisahnya bermula bila satu malam ni , saya didatangi mimpi yang pelik ,, mimpinya mengisahkan sorang perempuan berpakaian serba putih datang dalam mimpi saya dan memberitahu saya sesuatu benda yang saya tak boleh nak ceritakan disini .. sulit sikit . Yang peliknya , perempuan itu saya sendiri . Eh macamana pulak ? Hahaha I don't know . Muka dia mirip saya macam kembar dh hahaha . Eh aku ada kembar alam ghaib ke hahahahaha .. bila saya bangun pagi , saya pun termenung sat dan saya cerita pada tok laa .. dan yang paling bestnya , dia pun mendapat mimpi yang sama . Tapi orangnya berbza lah .. yang datang pada dia tu sorang lelaki tua berjubah putih berjanggut putih dan wajahnya putih berseri . Memberitahu benda yang sama .. hmm maka kami dua termenung dan berkelip kelip tengok sesama sendiri ,,, sembang punya sembang , tok cakap " ok packing , kita gerak sekarang " . Saya pun packinglahh .. tung tang tung tang dalam pukul 12.30 malam kami gerakk .. 


Ok maka bermulalah cerita epiknya ... (Bunyi drum suspens sikit)


Hurmmm macam penatlah saya nak menaip , sambung esok lah .. ok bye nak tido dulu .. sekarang dah nak pkul 2.30 pagi .. rest luh ok byee ... Goodnight everyone.. 



Haiii jom sambung ... Free sikit ni .. hekhek . Oh ye btw harini sabtu ? Duk buat apa tu ? P mana harini ? Berjalan kaa ? Ka duk umah ja layan anak bini .. harini aktiviti kitaorang tak banyak sangat memandangkan baru pulang dari Langkawi .. petang tadi anak2 ajak pegi taman sat . P lah kat sungai batu pahat tu bawak depa .  eh oklah melalut sangat dah ni .. okok kita sambung eh .. 


Kemalangan ghaib .. pernah alami ? Saya pernah . Ok cerita dia macamni .. KISAH ni berlaku masa kami otw ke JB dari Melaka . Kami dari Kl singgah Melaka sat dalam petang macamtu .. sat ja lepastu dalam 3 jam kemudian terus gerak ke Johor dalam jam 8 malam . Ok dalam jam 11 malam . Saya tak tahu jalan mana tok bawak . Kiri kanan hutan . Bukan highway ya . Sign board takde masa tu .jalan memang gelap . Dia kata jalan shortcut . Oklah sayaa pun . Anak dah tido masatu . Pastu meluncur lah kereta kami masatu kejalan menuju Johor . Tok kata kita kena cepat . Kena sampai JB sebelum jam 12 malam sebab ada task nak kena buat dari alam ghaib . Dalam perjalanan tu , hanya kereta kami sebuah sahaja . Takdan kereta lain . Jalan pun gelap sahaja . Kawasan tu kiri kanan memang hutan . Weyyyy banyakkk hantuuuuu . Ada yang kepala tergantung . Pastu tetiba tok gelakk . Ingatkan apalah . Rupanya ada hantu kat kepala dia ada kasut converse . Lailahaillallah . Ingatkan apa lah . Dah macam show pulak . Tengok haktu gelak tengok hakni gelak . Semua dia kata lucu . Yang kita ni seram sejuk dah . Yang paling syok ada hantu macam badut kat tepi kereta kitaorang . Dia berjalan lajuu sama kelajuan kereta . Betul2 sebelah saya . Jantung macam hilang woiiii . Sabaq ja lah .. 


Pastu dalam 5 minit kemudian , bunyi vroom vroom macam kereta tengah rem . Kuat gila.. makin lama makin dekat . Tak lama tu ada lah dua biji kereta . Lajuuu macam tengah berlumba . Laju dan bunyi kuat . Terkejut lah jugak . Berdebar takutnya accident . Tiba tiba boommm ! Wehhhh diorang berkanggar sesama sendiri . Bunyi kuat gila . Dahlah jalan lengang satu hal , gelap pulak tu . Takutt weiiii .. mulut masatu tak tahu dah apa disebutnya . Menjerit takut . Tok pun berhenti and park kat kiri jalan . Saya dah takut sampai lupa bacaan2 . Berterabur baca apa pun taktau . Jantung macam hilang . Tapii kami tak keluar kereta lagi tau . Kami duk ja dalam kereta sambil tunggu kot2 ada kereta lain . Tapi takdak . Dua kereta tadi hancur lebur . Tapi senyap sunyi . Takde suara takde apa . Sunyi ja ... Kat atas jalan tu penuh dengan cebisan kereta dan cermin pecah . Kami dalam kereta masatu tgah bertengkar sesama sendiri . Bertengkar bukan camana , saya minta tok turun tengok tapi dia kata nanti dulu . Dah macam tak keruan kita ni ., panik terkejut menangis ada semua .. tak lama kemudian , ada mat motor lalu .. dia berhenti dan ketuk cermin kereta . Kami lagi lah terkejut . Dia tanya 


"Buat apa berhenti kat sini, kereta ada masalah ke" pastu saya pun dah macam naik hantu ,, cakap kat orang tu accidentt . Dia tanya mana accident, siapa accident . Saya macam pelik lah . Tngk balik aikkkk takde . Takde satu pun serpihan atau kereta accident . Allahuakbar masatu pelik gila + confuse apa benda yang saya nampak . Tgk muka tok masatu dia rileks ja . Saya dah cuak . Pastu mat motor tu cakap .. kat sini keras sikit , kalau boleh jangan berhenti . Oooo baru fahamm .. lepastu kami pun terus gerak . Suasana dalam kereta masatu sunyi sepi seketkka . lama juga sunyi . Dalam setengah jam gitu baru tok tanya saaya " nak makan durian tak" boleh jer saya jawab . Cerita bab tadi tu memang tak diulang cerita dan kami buat macam xde apa . Tapi memori kita ni kan susah juga nak control , kadang mari teringat terbayang , jadi seram . Nasib tak demam ja .. hihihi



Sampai kat johor.. dah makan durian apa tok pun sttelkan urusan dia kami terus check in dan tidur . Bukan kami , tapi saya dan yariq . Kitorang mandi2 terus tidur , masatu tok belum tidur lagi and dia buat keje dia macam biasa... 



Keesokan harinya... Tok tanya saya , nak makan laksa johor tak , kat sini sedap , haa oke ja saya kata . Kitorang pun berhenti lah makan laksa johor kat tepi jalan.. katanya kedai tu dah berbelas tahun operasi ... Ermmmm masa saya makan tu x berapa kick tapi bolelaa layann.. kami gerak ke kota tinggi alahai nak imbau kenangann .. tok tunjuk tempat dia kerja dulu jadinpegawai felda kat air tawar 5 . Astu macam2 laaa. Tunjuk tu tunjuk  ni ... Seronok jugak dengar tok bercerita sampai tertidur berjam2 hahahahahahahhaa... astu kami terus bergerak ke mersing dan terus ke endau dan tido kat rompin ... Sebab dah malam masatu penat sngat .. penat sps ntsh buksn ssya drive pun wkwkskskkwkw.. sebenarnya kalau nak cerita satu persatu tu jadi panjang pulak .. malaslahh .. saya pendek pendekkan jerlahhhh... 



Lepastu .. ermmm jappp satgi sambung lain . Dah nak kul 1 ni . Nak masak jap . Tapi tak tahu nak masak apa . Macam nak masak tomyam laa.. hahahah okbyeee.. jumpa satgi . 



1.6.25

PUTERI PENGGODA MASIH AVAILABLE

 Assalamualaikum wbt Salam bahagia buat semua.. Sekarang tok muda berada di luar perlis untuk menjemput puteri2 dari pelbagai kerajaan. Oleh kerana puteri untuk kasyaf instant yang lepas telah sold out, jdi terpaksa lah tok muda datang menjemput mereka sendiri dan sambil2 berjumpa dengan penjaga depa iaitu raja di setiap kerajaan yang dihuni. Ooo jenuh sungguh. Cepat sangat sold out. Ni last stock dah. Habis hatni habis dah lah.. Jangan lambat. Kalau nak kena grab cepat na.. Jangan tangguh2 sebab lepasni xdak dah stock kasyaf instant.







Berikut ialah puteri yang available : 



Puteri Mayang aninda Kasih 
21 tahun 
Kerajaan lembah hijau 




Puteri Amrisy qasnir
24 tahun alam kita 
Kerajaan lembah hijau 






Puteri Qaisara 
20 tahun alam kita 
Kerajaan Langit puteh 



Puteri airisy Nasyrah 
23 tahun alam kita 
Kerajaan Gunung Emas 




Puteri Wansyi 
22 tahun alam kita 
Kerajaan Tok Kassim 








Iras 95%. Cantik sungguh bak bidadari. 



Ni last stock dah ya untuk puteri penggoda kasyaf instant . Kalau nak kena grab cepat . Yang tadi tak sampai seminit dah sold out . 




dibawah ini antara kelebihan lain : 


  1. Aura Tarikan Semula Jadi – Wajah jadi berseri dan memukau sesiapa yang memandang.
  2. Mudah Dipercayai – Orang sekeliling berasa selesa dan yakin dengan anda.
  3. Penunduk Hati Yang Keras – Sesuai untuk urusan keluarga, pasangan atau bos yang degil.
  4. Lancar Dalam Rundingan – Memudahkan urusan bisnes, jual beli, dan perbincangan penting.
  5. Pengasih Halus Tanpa Guna Jin – Tarikan dari pancaran aura, bukan sihir.
  6. Lindungi Dari Fitnah & Hasad – Puteri menjaga maruah anda secara ghaib.
  7. Menenangkan Musuh Dalam Diam – Orang yang benci pun boleh jadi lunak.
  8. Membantu Temu Jodoh Yang Tertutup – Menyedarkan orang yang ditakdirkan untuk anda.
  9. Menjadi Magnet Rezeki – Aura penggoda ini buat orang suka memberi tanpa dipinta.
  10. Kuat Karisma Pentas & Kamera – Sesuai untuk influencer, penceramah, atau live seller.
  11. Dilindungi Waktu Bermusafir – Khodam akan beri isyarat ghaib bila ada bahaya.
  12. Menjauhkan Diri Dari Gangguan Syaitan – Bila hati selalu tenang, aura makin stabil.
  13. Aura Selembut Sutera Tapi Tegas – Nampak lemah lembut tapi disegani.
  14. Membina Keyakinan Diri Pemilik – Tidak takut berhadapan dengan sesiapa pun.
  15. Menyerlah Dalam Majlis Ramai – Orang perasan kehadiran anda walau tidak menonjol.
  16. Membantu Dalam Urusan Undang-Undang – Boleh melembutkan hati pegawai atau hakim.
  17. Melindungi Dari Khianat Sahabat – Khodam beri firasat bila ada orang cuba tikam belakang.
  18. Mengisi Kekuatan Dalaman Jiwa – Bila pemilik lemah semangat, Ar’Zaha menguatkan kembali.
  19. Menjadi Daya Tarikan Syarikat – Orang luar suka berurusan sebab tertarik dengan aura.
  20. Membantu Urusan Rumahtangga & Anak-Anak – Suami/isteri lebih lembut hati, anak lebih patuh.
  21. Penyejuk Dalam Tekanan – Dalam keadaan kalut dan sempit, pemilik masih mampu senyum dan tenang. 




Tok sarankan kepada yang nak sangat tengok puteri tu , nak sangat bersama dengan puteri tu , sila grab dengan kadar segera . Sebabnya ada satu perjanjian lagi yang puteri tu buat tapi tok tidak menulis disini . Hanya pemahar sahaja dapat tahu . Dua2 cantik . Pilih lah . Jangan menyesal nanti heheheh .





kod produk :puteripenggoda
bentuk : puteri 

MAHAR : RM320 

Grab 2 Rm500
 
Nego??? Pm 01111701048


MAYBANK
MYGEMSTONE 5510 1669 1626

 ========================


CARA PAYMENT BARU


Jika anda menggunakan MAYBANK APPS anda boleh terus scan QR code di bawah dan terus melakukan pembayaran dengan mudah sekali

Klik QR Scan Di bawah Apps dan lakukan verifikasi

Kini Anda Boleh Melakukan Pembayaran Melalui TnG E-Wallet Dengan Scan QR di Bawah

Boost E Wallet


Setiap permaharan atau bayaran hendaklah dimasukkan ke: 


MAYBANK E-WALLET






MAE



Maybank 551016691626 My Gemstone

ATAU

Paypal : mohdyasirahmadrozi@gmail.com

Kemudian hantarkan detail bayaran anda ke Puan Kai ATAU Cik Diela Blog ini yang menjadi admin anda dan pemudah cara anda di dalam permaharan bersama group paduka





PUAN KAI : 0178259540 / 01111701048






CIK DIELA : 0127845231