RM 5000
RM 15,000
RM 6000
==============================================
Di atas ialah Gambar Ratu Roro Kidul
Ini lagi item yang masih berada di tangan pemilik asalnya dan item ini di gunakan untuk menyeru Nyai Roro Ratu Kidul, Penguasa Laut Selatan.
Ada 3 jenis dan kesemuanya lain corak dan motif. Di antara alat yang di gunakan untuk menyeru Nyai Roro Sendiri.
Selain itu item ini mempunyai daya Kekuasaan Pengasehan yang tinggi
Mampu menundukkan Seorang Raja dan pemerintah untuk sesuatu keperluan.
Item ini sebenarnya sayang mahu di maharkan , tapi tok sengaja tanya jika dia mahu mahar berapa, lantas dia bilank ga mahu di maharkan, tok tanya kan lagi , lalu di jawabnya dengan nilai di atas.
Ada 1 Geliga yang sebegini baru sahaja dia maharkan kepada pembelinya pada nilai RM 52,000 duit Malaysia .
Seorang sahabat menyatakan di Indonesia ini kalau org suka, dan punya uang, berapa pun sanggup di bayar kerana mereka suka membuat koleksi dan bukannya ke arah Mistik.
Kalau di tempat kita org lebih melihat kepada mistik dan bukan kepada Nilai Estetika dan keunikannya. Pelik kan hahhaa. Tapi ye la, lain padang lain belalang.
Sebenarnya macam ni...dulu di Negara kita ramai je VIP VVIP yang sanggup membeli barangan yang ada nilai begini pada kadar mahal, tapi kerana sering tertipu maka mereka tidak lagi mahu berurusan, mungkin fikir mereka jika mahu membeli permata pada nilai 52k, baik bina 1 restoran simple , lagi bikin wang dari mudah di tipu .
Kalau di indonesia sekarang kebanyakan barang mistis geliga adalah barang tipu kerana sintetik, jadi jika jenis jenis geliga ini mereka siapkan lengkapkan dengan sijil ketulenan asli dan berani pula masuk pertandingan untuk membuktikan kelayakan diri mereka di dalam dunia batuan bertuah.
Kalau di tempat kita tok mahu tanya juga, jika diadakan pertandingan batu permata..ada berapa ramai peniaga mistik yang berani tampil membawa geliganya?... Kecuali mereka yang bernama kolektor. Kerana apa...?kerana peniaga mistik itu tahu barang dalam simpanannya barang apa.
Tadi juga tok ada syorkan agar pertandingan ini di bawa ke Malaysia dan in Sha Allah jika mereka setuju tok akan membantu mereka mengadakan pertandingan ini .
Bayaran hadiah yang mereka lakukan agak lumayan
70% kepada pemenang
30% kepada mereka
Jadi ertinya jika hasil kutipan yuran itu Ialah RM 100,000 maka jelas RM 70,000 adalah untuk pemenangnya.
Itu cara mereka di sini membahagikan hadiah kepada pemenang.
Okeh, berbalik kepada Mustika di atas. Pemaharnya akan di ajarkan cara manggil dan bagaimana untuk berurusan, sahabat tok ini berkata dia kurang yakin jika yang menyeru bisa bertahan semasa Hadirnya Nyai Roro Kidul kerana ia perlu di lakukan di tepi laut cina selatan dan ketika hadirnya pemilik akan melihat 1 pemandangan yang menggerunkan iaitu Ombak yang setinggi menara tertinggi dunia , dengan angin dan ribut kencang, semua itu hanyalah ujian dan permainan mata dari ratu untuk menunjukkan kemegahannya sebagai sang penguasa. Tapi ya, jika mahu memilikinya pasti ingin menggunakan. Atau cuma di jadikan alat pengasehan tertinggi bagi memiliki pasangan sahaja. Kalau pasangan itu menyenangkan kamu, ya bagus, tapi kalau pasangan itu memeningkan kepala kamu, ya macam tok selalu pesan, alang alang mencari biarlah puas hati dong.
No comments:
Post a Comment