Assalamualaikum wbt dan salam bahagia semuanya.
Berakhir sudah Kembara Indonesia kali ini, Alhamdulillah tok meninggalkan amanat besar buat para master di sini untuk mereka meneruskan ritual penarikan bagi memenuhi permintaan saudara saudara di Malaysia sana. Tok juga akan melakukan di Malaysia, jadi ia ada banyak cabang, mudah mudahan siap segera.
Hari ini tok di bawa Ke Jakarta Pusat , Kuningan sambil melihat Pemandangan di Monaz. Tok juga di bawa ke Gems Thamrin city. Di Jakarta pusat. Siapa bilank batu permata di sini Murah Hah?.. siapa?.. lebih murah lagi di Malaysia. Opal.. 9 juta. Delima Burma 50 juta saiz 50 sen... tok jual delima burma saiz 50 sen baru RM 450. Itu pun sudah di katakan mahal oleh org Malaysia yang modern dan Maju pembangunannya.
Kemudian Tok dan Puan Kai di bawa ke Pusat Gemstone terbesar di Jakarta. Mereka kenal tok org Malaysia dari cara Percakapan dan Loghat , habis tok di tarik ke sana sini..aku ni dah macam di Medan Tasek danau toba ka apa ..siapa pernah ke Danau toba mereka tau lah.. tok pun last ke Danau toba tu masa Tingkatan 2 hahaha.
Percent tok boleh beri Untuk keaslian permata di sana ialah Hanya 40% , selebihnya ialah batu sintetik. Yang asli ialah delima, Opal, Jade, Akik akik. Siapa cakap murah hah.. Master sahabat tok menyatakan Selepas pandemik peniaga menaikkan harga untuk cover kerugian semasa pandemik, dan ramai juga peniaga yang sebenar peniaga gulung tikar, kini di situ adalah org org luar dan mereka meniagakan barang dari China, permata sintetik dari china.
Yang masih asli boleh di cari di bandung dan juga Pulau Ambon atau Kalimantan. Jadi ramai pemborong ke sana terus bagi memborong permata.
Tok Baru 3 jam dalam kotaraya nya kepala tok dan Puan Kai yang sukakan ketenangan dah mula datang serabut, terus tok minta Sahabat menghantarkan tok pulang Ke Hotel yang berdekatan Lapangan terbang kerana esok awal pagi tok akan berangkat Pulang ke Malaysia. Tak boleh aku semak semak macam ni. serabut perut hahah.
No comments:
Post a Comment