Translate

12.10.23

TEORI INFINATA SEBUAH ILMU YG MAU DI KLAIM BARAT

 Bismillahirrahmanirrahim

Penulisan ini dilakukan melalui voice typing dan mungkin akan ada beberapa kesalahan dari koma dan titik. Pembaca dinasihatkan untuk membaca dengan berhati-hati bagi memahami segala isi kandungan penulisan di bawah.




Bagi mereka yang menyedari mengenai teori infinita yang sedang berlangsung di dalam kelompok kecil manusia termasuklah di dalam pengetahuan cendekiawan Islam.

Kisah di bawah dirujuk melalui: 

1. وَالۡاَرۡضَ مَدَدۡنٰهَا وَاَ لۡقَيۡنَا فِيۡهَا رَوَاسِىَ وَاَنۡۢبَتۡنَا فِيۡهَا مِنۡ كُلِّ زَوۡجٍۢ بَهِيۡجٍ

Wal arda madadnaahaa wa alqainaa fiihaa rawaasiya wa ambatnaa fiihaa min kulli zawjim bahiij

Dan bumi yang Kami hamparkan dan Kami pancangkan di atasnya gunung-gunung yang kokoh dan Kami tumbuhkan di atasnya tanam-tanaman yang indah


2.  شخص بواحد منها في زماننا، مقدر كما ذكرنا. وقيل: إن في بحر الشأم، في بعض الأوقات من شكله شكل إنسان وله لحية بيضاء، يسمونه شيخ البحر، فإذا رآه الناس استبشروا بالخصب.


“Manusia laut adalah haiwan yang menyerupai manusia, namun dia memiliki ekor. Al-Qazwaini berkata: ‘Ada seseorang yang datang membawa haiwan ini di zaman kami dengan bentuk yang telah kami sebutkan’. Dan disebutkan: "Sesungguhnya di laut Syam di beberapa waktu ada haiwan yang bentuknya menyerupai bentuk manusia dan dia memiliki janggut yang putih, mereka menamainya dengan ‘Syaikh Al-Bahr’. Jika mereka dilihat oleh manusia maka mereka senang.” (Hayaah Al-Hayawaan 1/46).


Diterangkan dalam kitab Hasyiyah Al-Bujairimi jilid 4 halaman 230 yang bermaksud:

“Banaat Ar-Ruum adalah ikan di laut yang menyerupai wanita. Dia memiliki rambut yang terurai panjang. Warnanya condong ke coklat-coklatan, memiliki farj (kemaluan) dan payudara. Dapat berbicara namun tidak dapat difahami, mereka tertawa dan terbahak-bahak".


"Terkadang ikan ini tertangkap oleh para pelaut kemudian dinikahi dan dikembalikan lagi ke laut” (Tuhfah Al-Habib ‘Alaa Syarh Al-Khatiib 4/325).

3. Kitab kalamulinsaan & alaminsaan di dalam tajuk 7 sifat 7 kejadian

4. Gunung Qaf, atau Jabal Qaf, (Bahasa Arab: جبل قاف‎), adalah gunung lagenda yang popular dalam kisah-kisah mitologi Timur Tengah. Dalam tradisi Islam, Gunung Qaf dikatakan tempat tinggal jin dan dibuat daripada batu zamrud oleh Tuhan. Gunung Qaf dikatakan terletak jauh di hujung dunia dan mengelilingi dunia berdekatan dengan lautan. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Gunung_Qaf


Teori infinata ini dikatakan diterbitkan oleh seorang remaja atau pemuda yang melakarkan peta di luar kawasan dunia manusia iaitu di sebalik sempadan Antartika yang di dalam Islam dikenali sebagai Banjaran gunung Qaf. 

Teori pemuda ini juga dianggap sebagai sebuah teori peta khayalan oleh mereka yang tidak mahu mengkaji namun pemuda ini menjadi popular dengan peta yang dilukisnya dan sehingga kini menjadi misteri.

Sebenarnya pemuda ini mengaji al-quran dan mendapatkan maklumat-maklumat melalui Internet media semasa blogger dan juga dari video YouTube dan kemudian beliau melakukan teori konspirasi nya sendiri dengan melukiskan lakaran peta dan menamakan setiap Pulau dan daratan di dalam lukisannya seperti di bawah mengikut sesuka hatinya termasuklah daratan yang bernama ASGARD🥴.



Sebenarnya di dalam ilmu Islam ataupun salah satu dari cabang ilmu Islam dari ribuan cabang-cabang ilmu yang dikupaskan oleh cendekiawan Islam semenjak zaman dahulu lagi memang sudah dibincangkan mengenai daratan dan kehidupan di sebalik gunung Qaf ini. Namun karena tajuk ini tidak diketengahkan di dalam sistem pendidikan dan melanggar sistem pendidikan British sedia ada yang kita amalkan maka pengetahuan ini dilupakan zaman ke zaman Dan akhirnya di zaman ini seorang remaja non muslim ingin mengklaim bahawa beliau dan ayahnya menjumpai kawasan yang digelar sebagai infinata sedangkan di dalam ilmu Islam ia sudah lama di perbincangkan malah di katakan ada ilmuan Islam yang sudah sampai ke sana. 

Tok muda tidak ingin menekankan mengenai apa yang cuba di claim oleh pemuda tersebut kerana salah orang kita sendiri malas untuk mengkaji dan hanya menunggu untuk orang suap seperti anak burung dan dengan itu Tok sendiri dengan satu tujuan melakukan Trawangan menuju ke alam di sebalik gunung Qaf ataupun yang disebut antartica dari sebelah arah Australia yang mempunyai pintu masuk kedua yang lebih mudah.

Mungkin akan ada mereka yang tertawakan Tok muda dan beranggapan ini semua adalah kerja yang sia-sia namun Tok muda ingin menyatakan bahawa kita kini di ambang perang besar dan Tok muda mempunyai cara tersendiri bagaimana untuk membantu di dalam peperangan akhir zaman ini. Mungkin kedengaran seperti apa kena mengena kan?.. namun ini adalah jalan tok muda mengikut daripada perintah dan penulisan ulama-ulama terdahulu di dalam kitab-kitab kuning ataupun kitab lama. Sekurangnya tok muda sedang melakukan sesuatu dari mereka yg hanya sekarang sedang mentertawakan org lain😆🤪.

Dikatakan di akhir zaman mereka yang lain akan keluar membantu umat Islam bagi memenangi peperangan akhir zaman dengan izin Allah subhanahu wa Ta'ala namun Tok melihat mereka masih belum keluar walaupun tanah-tanah mereka kini sedang dilanda bencana dan mereka juga kini sedang sibuk menyelamatkan diri masing-masing.

Sebagaimana yang Tok muda jelaskan lepas bahawa kerajaan-kerajaan alam ghaib menghadapi bencana alam dan mereka berundur dari alam ke alam sehingga ke alam bunian dan tidak lama lagi mereka akan beransur menuju ke alam manusia. Pada ketika itu Tok muda sendiri pun tidak memahami erti sebenar apakah yang sedang berlaku, apa yang Tok muda faham pada ketika itu bencana itu ialah bencana menuju akhirat dan Tok muda merujuk kepada semua manusia akan berlari ke arah Syam kerana dikejar oleh api yang besar oleh demikian Tok muda beranggapan bahawa semua makhluk berlari menuju ke Syam dan Syam itu ialah dunia manusia. Baik mungkin ada yang masih lagi tidak faham jadi tok akan jelaskan di bawah setiap pengertian istilah-istilah yang diguna pakai.

Maksud ghoib ialah sesuatu yang tidak kelihatan contohnya sekarang Anda memegang handphone Anda dapat melihat handphone Anda kemudian Anda letakkan handphone Anda di bawah kerusi jauh dari penglihatan mata anda maka pada ketika itu handphone Anda adalah di dalam kategori ghaib. 

Maksud ghoib ertinya tidak kelihatan. 

Kerajaan alam ghoib artinya sebuah kerajaan yang tidak kelihatan di mata manusia dan tidak ada di dalam mana-mana peta yang dilakarkan oleh manusia.

Dimensi antara dimensi bermaksud sebuah laluan yang mungkin kita boleh klasifikasikan sebagai sebuah frekuensi atau gelombang yang lebih laju dari cahaya dan mempunyai pengaruh tertentu kepada alam semesta dan juga manusia. Artinya sihir yang dihantarkan dari paris ke Malaysia . Dihantarkan melalui gelombang ataupun frekuensi yang tinggi dan frekuensi ini menusuk ke dalam tubuh mangsa dan memberikan kesan contohnya ilmu telepati, ilmu telepati memerlukan seseorang melakukan ia melalui tubuh badan sendiri melalui ucapan dan juga bayangan di dalam minda lalu ia dilancarkan kepada korban yang tertentu. Jika mahu dihantar melalui alam manusia maksudnya dari Paris ke Malaysia melalui gelombang biasa maka gelombang ini perlu melalui gelombang-gelombang lain yang berfrekuensi rendah sederhana dan tinggi contohnya gelombang radio, gelombang satelit dan gelombang gelombang lainnya . Ini akan menyebabkan tujuan pengiriman menjadi lambat atau terbatal di tengah jalan ,oleh demikian dimensi antara dimensi digunakan tanpa gangguan frekuensi dan gelombang yang berjalan dan beredar di alam manusia. Sekiranya anda tidak faham apa yang Tok tulis sila baca kembali perenggan ini dari atas.

Tujuan Tok muda Trawangan ke alam disebalik gunung qaf adalah untuk mengklaim bantuan Yang dijanjikan oleh mereka pada satu ketika dahulu kepada nenek moyang kita yang bernama cendekiawan Islam dan ulama' ulama' yang terdahulu. Sudah ramai umat Islam mati ditindas dibunuh dan disiksa oleh puak-puak zionis dan juga orang-orang kafir yang bersekongkol dengan mereka. Sebelum mereka terus melupakan janji mereka akibat kekalutan bencana yang berlaku di setiap kerajaan masing-masing maka tok muda berniat untuk menjejaki mereka bagi menuntut janji lama untuk membantu umat Islam di akhir zaman bagi memenangi perang malhamah kubra. 

Perjalanan Tok muda melalui Trawangan dilakukan empat hari yang lepas ,pada hari yang pertama persiapan dilakukan dan Tok muda hanya menjalankan perjalanan ini bersama dengan permaisuri Urduja dan Puteri Khairina bersama pengawal-pengawal khas naga yang lain. 

Perjalanan kami itu sebenarnya Kalau dilakukan dalam satu hari mampu diselesaikan namun kerana Tok melakukannya pada 1.00am dan dengan keadaan tubuh badan Tok yang tidak lagi muda Trawangan Tok hanya mampu bertahan selama 15 ke 20 minit shj.

Jadi perjalanan itu tertangguh-tangguh, maka kita mulakan kisah ini. 


PENAFIAN/ DISCLAIMER 

Sekiranya anda ingin beranggapan ini adalah fantasi dan khayalan maka itu adalah hak anda sebagai seorang warganegara Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi

Kisah pengembaraan ini tidak berkait dengan mana-mana pihak tanpa paksaan dari mana mana pihak dan bukan idea dari mana-mana pihak. Malah ia dari rangkaian kajian baharu tok muda sendiri melalui pengamatan kitab kitab dan penyampaian cendekiawan Islam itu sendiri.

Tok muda tidak meminta anda untuk mempercayai kisah ini kerana penulisan Tok muda disini adalah lebih kepada untuk rujukan Tok muda sendiri di masa akan datang jadi sekiranya anda membaca dan menganggap ianya adalah fiksyen semata-mata maka anda dibenarkan untuk beranggapan sedemikian namun anda tidak dibenarkan menggunakan penulisan di atas dan di bawah untuk dijadikan bahan ejekan dan hinaan di mana-mana media di dalam internet dan juga diluar dunia Internet kerana tulisan ini automatik menjadi hak milik dan hak cipta terpelihara blog ini dan juga untuk keseluruhan Paduka group melalui tarikh dan masa ia direkodkan, jika sekiranya didapati ada mana-mana pihak yang mencuba untuk menghina dan mengejek penulisan ini atau menggunakannya bagi tujuan konspirasi maka kami dengan hak Yang dijelaskan oleh MCMC akan menggunakan kenyataan ini bagi menafi dan membela penulisan pada hari ini.

Catatan record yang dilakukan di halaman ini sama ada di atas dan di bawah adalah untuk record dan rujukan untuk tok muda di masa akan datang dan ia bukanlah bertujuan untuk merubah fakta sejarah atau menafikan sistem sama ada sistem pendidikan dan juga kepercayaan masyarakat khususnya masyarakat Malaysia.


-------------------+++------------------

Pada hari kedua perjalanan Tok muda bersama mereka dimana kami sudah sampai di atas puncak Antartika di bahagian sebelah dunia manusia kami berhenti berehat sebentar dan kemudian beberapa perbincangan diadakan antaranya adalah formasi pengawal dan juga beberapa maklumat lain sebelum kami berangkat menuju ke laluan di sebalik gunung Qaf atau lebih dikenali sebagai kutub Antartika. 

Kemudian dengan izin Allah subhanahu wa Ta'ala melalui terawangan tersebut kami semua terbang meluncur memasuki laluan tersebut dan Tok agak laluan itu sepanjang lebih 1000 km. Untuk pengetahuan anda daripada kerajaan kota Kayang menuju ke kutub Antartika kami lebih memilih laluan alam manusia dan kemungkinan ada orang-orang dan penduduk di sekitar timur Australia yang mungkin terlihat tiga cahaya di ikuti dengan lima cahaya kecil melintasi kawasan tersebut menuju ke arah Antartika. Kalau ada yang nampak tu itu bukannya ufo ya haha. Itu kami bertiga bersama 5 pengawal lainnya.

Laluan bulatan merah


Kami tidak melalui lautan India kerana di lautan itu ada sebuah kerajaan jin yang super kekuatannya seperti kerajaan di segi tiga Bermuda ( tidak mau berlaku konflik )

Pada hari ketiga tepatnya pada malam ketiga alam manusia ( di sana siang tiada malam ...belum jumpa malam )  kami meneruskan perjalanan dan terus sampai di belakang iaitu di belahan belakang Antartika Dan betapa saking terkejutnya Tok muda pada ketika itu kerana melihat sebuah pemandangan yang cukup aneh di belahan belakang gunung Qaf ini adanya sebuah daratan yang mempunyai tumbuh-tumbuhan dan tumbuh-tumbuhan ini bukan tumbuh-tumbuhan yang sudah tua ianya kelihatan seperti tumbuh-tumbuhan yang baru berusia kurang 100 tahun tidak ada pokok yang bernama pokok balak besar-besar 2-3 pemeluk. Kami berhenti di puncak gunung yang berada dibelakang belahan benua itu sambil melihat pemandangan yang sangat indah



Pemandangan yang menghijau dengan mempunyai alur-alur air yang jernih kami melihat disekeliling dan Tok memerintahkan beberapa formasi pengawal untuk berpecah dan mencari hidupan yang seperti manusia atau seumpama dengannya sekitar 100 km persegi namun kami tidak menjumpai sebarang makhluk yang bernama manusia atau yang menyamai seperti manusia.

Sebelum tok meneruskan kisah ini Tok terlupa untuk memberitahu anda sesuatu bahawa semasa perjalanan kami menulusuri laluan yang melebihi 1000 km tersebut Tok mendengar satu suara yang berkata"jangan kamu ceritakan apa yang kamu jumpa di sebalik gunung ini kepada orang awam ataupun orang ramai kerana dikhuatiri perhatian ditujukan di dunia ini ( dunia misteri itu )" . Jadi tok tidak akan menceritakan perkara yang mampu menarik minat manusia untuk xplore ke kawasan ini biarpun Barat sudah meletakkan beberapa pangkalannya di Antartika untuk mengkaji kewujudan makhluk selain manusia. Sudah tentulah kisah kisah mengenai perempuan dan juga khazanah kekayaan yang menjadi daya tarikan utama dan dua perkara inilah tidak akan tok ceritakan kepada umum apa yang akan Tok ceritakan ialah tujuan kita datang ke sini.

Kami berhenti di sini seketika bagi melepaskan lelah dan kemudian kami meneruskan lagi peluncuran menuju ke arah lebih jauh kedalam dan pada ketika itu Tok sudah berasa penat dan perjalanan disambung pada hari seterusnya.

Pada hari seterusnya Alhamdulillah setelah jemu melihat pemandangan yang serba menghijau yang mendatar tanpa gunung dan yang ada cuma haiwan-haiwan yang spesiesnya masih belum ditemui manusia dan saiznya tidaklah seperti gergasi paling besar pun sebesar harimau mungkin kami belum atau tidak perasan ada haiwan yang mungkin lebih besar dari gajah kerana perjalanan kami bukan dengan berjalan kaki. 

Hijau demi hijau akhirnya kami menemui sebuah bangunan seperti istana dan bentuknya cukup aneh, ia mempunyai dua kubah yang panjang berbentuk roket berwarna putih dan berjalur merah dan sedikit warna hijau di sekeliling bangunan tembok tersebut. 

Kami bertiga mengambil keputusan untuk berhenti dan melihat dari jauh bangunan tersebut, sambil menggunakan peralatan yang dibawa melihat dan memantau kawasan istana unik tersebut kami cuba untuk mencari sebarang pergerakan manusia ataupun makhluk yang menyamai manusia namun kami gagal.




Perbincangan demi perbincangan dilakukan bersama permaisuri urduja dan Puteri Khairina akhirnya kami membuat keputusan untuk memasuki bangunan unik tersebut. Tok memerintahkan lima panglima naga ini bagi mengawal keadaan sekeliling sementara kami masuk ke dalam bangunan tersebut. Tok muda tidak ingin menceritakan bagaimana suasana di dalam istana itu kerana itu juga akan menarik minat anda dan manusia lain untuk explore dunia tersembunyi ini. 🙂. Apa yang pasti tidak ada sebarang makhluk yang kami temui untuk berkomunikasi, tok berasa sangat pelik mana pergi semua orang takkan bangunan punya besar satu orang pun tak ada. Ini memang pelik. 

Puteri Khairina berkata mungkin ini cuma adalah kediaman sementara ataupun istana hinggap bagi seorang pemerintah. 

Sementara permaisuri urduja pula memantau sekeliling dan kemudian datang kepada kami dan mengangkat bahunya serta menggelengkan kepala tanda tidak berjumpa sesiapa. 

Kami keluar dan sekitar tidak lebih tidak kurang lima kilometer dari kawasan istana tersebut kami membina sebuah kem sementara bagi berhenti berehat dan insyaallah perjalanan akan diteruskan pada malam ini. 

BERSAMBUNG.... 



4 comments:

Hubungi Pn Kai Shomel 01111701048/01133012715 Utk Nego

PERMATA PELANGI PUTERI

  Permata Pelangi Puteri  Permata ini memancarkan bias cahaya yang berubah-ubah mengikut sudut pandangan dan dikenali dalam dunia ilmu gha...