Translate

24.4.24

GELIGA KEKAYAAN DEWA JIN SOLD OUT

 


Sold out ! Sold out ! Sold out ! 


Assalamualaikum wbt dan salam bahagia semua.  Alhamdulillah kemarin tok ke Gunung Jerai sempena dengan genapnya 9 bulan kandungan isteri tok yang tercinta iaitu Puan Kai . Tok kesana bersama dengan Puan Kai dan Mochi . Tu pertama kali Mochi ke Gunung Jerai . Alhamdulillah semua berjalan lancar. 





Baiklah, kembali kepada geliga diatas . Diatas merupakan geliga kekayaan Dewa Jin . Kalini pemberian daripada dewa jin yang bernama Zurqin Qa'lin . Tok ingatkan bab kekayaan ni dah habis . Tapi rupanya masih ada . Tok muda happy sikit sebabnya yang ni sebenarnya yang tok muda tertunggu tunggu . Hehehe. Dari bulan 11 2023 lagi tok muda cuba untuk mengambilnya tetapi tidak diizinkan lagi . Tapi kemarin selepas tok muda pulang dari Gunung Jerai, sampai ke sempadan Kedah Perlis tu, tetiba satu cahaya putih yang terang sangat adil sebelah kereta tok muda . Dan satu bisikan hinggap di pendengaran tok muda . Masatu Mochi dan puan Kai dah tidur . Sekitar jam 10.30 malam . Bisikan itu mengatakan seolah olah hajat tok muda untuk mengambil geliga kekayaan milik dewa jin ditunaikan . Seketika cahaya itu hilang . Tok muda hanya tersenyum . 


Sesampai ya di rumah, tiba tiba tok muda ternampak satu geliga ini diatas meja komputer tok muda . Lalu tok muda tersenyum lagi sehinggakan puan Kai pelik . Lalu dia bertanya " apa yang senyum2 tu " lalu tok muda masih tersenyum . 


 Sebenarnya kisah mengenai lagenda geliga ini amatlah pelik dan unik . Ianya pada asalnya hanyalah sebiji geliga . Tetapi menjadi rebutan antara dua alam . Iaitu bunian dan jin . Antara bunian dan jin ni, mereka pernah berperang semata mata ingin memenangi geliga ini tapi ternyata geliga ini dimenangi oleh tentera jin dan disimpan kemas di istana jin yang berada di Seri Iskandar . 



Geliga diatas ini bukanlah setakat mempunyai aura kekayaan bahkan pernah juga diserahkan kepada seorang hamba Allah yang bernama Tuan Salihin yang menetap di Penang . Tuan Salihin ni asalnya orang susah yang hidup sebatang kara . Dia tiada sesiapa . Hanya ada sebuah motor buruk dan rumah peninggalan arwah ibu bapanya sahaja. Kerjanya juga hanya lah kerja kampung . Kais pagi makan pagi kais petang makan petang . Begitulah nasib si Tuan Salihin ini . Sehinggalah suatu hari, dia berjumpa dengan seorang Lelaki yang memakai serban hitam di belakang rumahnya . Lelaki itu memberitahunya 


Adakah kamu ingin mengubah nasibmu ? Adakah kamu ingin berkahwin ? 


Maka jawab tuan Salihin ialah 


"Ya aku mahu" 


Maka lelaki itu memberikan dia sebuah geliga . Dan geliga itu adalah seperti di atas . Dan setelah 10 tahun berlalu, maka tuan Salihin pun berjumpa lagi dengan lelaki tersebut . Maka ia menyerahkan semula geliga itu . Dan lelaki itu bertanya, mengapa engkau menyerahkan semula geliga ini . 


Lalu tuan Salihin menjawab " jika begini rasanya menjadi kaya, maka aku memilih untuk menjadi miskin , isteriku sudah meninggal dunia kerana kemalangan bersama teman lelakinya" . Aku sudah punya segalanya sehingga aku merasakan semua harta harta ini tidak berguna lagi . Aku sudah puas merasa semuanya. Aku ingin mengembalikan geliga ini " . 


Maka lelaki itu mengambil semula geliga itu . Lelaki berserba hitam itu sebenarnya merupakan jin penjaga geliga tersebut . 


Harini, tok muda sudah mendapatkannya dan tok muda ingin memaharkan kembali kepada sesiapa yang berkehendak.  Mahar yang tok muda ingin tawarkan disini adalah mahar yang sangat tak masuk akal . Kalau ikutkan tok muda ni, tok muda nak maharkan lebih lagi . Kalau tok muda nak maharkan rm25k pun, x jadi masalah kan ? Sebab anda akan dapat lebih lagi . Lepastu, hampa pun lupakan tok muda . Yelah dah kaya kan . Begitulah yang terjadi sebelum2 ini . Huhuhu. 



Baiklah maharnya seperti dibawah : 


RM4000.25 



Pm puan Kai 

01111701048 




1 comment:

DELIMA KUNING PANGLIMA GAGAH

Delima Kuning – Panglima Gagah Perkasa Nama Mistik: Delima Matahari Hikmat Panglima Arjuna Wijaya Khodam: Panglima Arjuna Wijaya –  panglim...