Translate

30.10.24

Takhta Antara Dua Alam – Episod 25: Dua Wanita dan Artifak senjata Dewa


Di wilayah Tengah berhampiran Gunung Tahan, balairung megah Ratu Bongsu sedang bergema dengan kekecohan dan ketegangan. Keadaan menjadi tegang apabila Permaisuri Urduja berdirit dari tempat duduknya setelah mendengar kebenaran tentang penglibatan Puteri Balqis dengan Kerajaan Tahan.

Ratu Bongsu menghela nafas dan mula berkisah,

"Nama sebenar Balqis ialah Dewi Lo Balqis. Dia pernah menjadi penguasa kerajaan kami lebih 30,000 tahun yang lalu, dan dia bersama Phoenix 2 Unsur adalah senjata terkuat di Gunung Tahan. Tetapi ketika peperangan terakhir, Tengku Raden Wirna Wijaga berjaya menawannya—bukan dengan senjata, tapi dengan hati. Selepas berkahwin dengan Tengku Raden, Balqis meninggalkan kami dan memihak kepada Kota Kayang."

Dia menyambung dengan lebih tenang tetapi penuh makna,

"Kami di Kerajaan Tahan menyimpan satu rahsia—kami tahu siapa sebenarnya Balqis dan juga Hubal Zufafah. Kami mendekatkan kedua mereka seperti saudara sejak awal, agar suatu hari nanti, jika ingatan mereka kembali, mereka akan tetap bersahabat. Dengan itu, kita berharap keseimbangan dunia kekal terpelihara."

Namun, kemarahan Urduja membara mendengar kata-kata Ratu Bongsu.

Permaisuri Urduja membentak,

"Kamu fikir itu sudah cukup? Artifak kuno telah dicuri, dan sekarang Kota Kayang sedang diserang! Apa yang kalian lakukan selama ini?"

Ratu Bongsu cuba menenangkan Urduja.

"Tenanglah, Urduja... Barangkali Kerajaan Tangga 7 dan Ledang memiliki jalan penyelesaian."

Tetapi Urduja enggan ditenangkan.

"Tidak. Ini lebih besar dari sekadar bantuan sekutu. Ada satu lelaki yang menamakan dirinya Panglima Zarq."

Wajah Ratu Bongsu berubah terkejut.

"Panglima Zarq? Jangan-jangan dia ialah Panglima Wajah 1000?"

Urduja mengangguk perlahan, memerhati ekspresi Ratu Bongsu yang tiba-tiba berubah pucat.

"Kamu kenal dia?"

Ratu Bongsu bangkit dari tempat duduknya dengan wajah resah.

"Zarq bukan sekadar manusia... dia adalah Dewi Bedofaten Ty yang masih hidup. Seorang Dewi Yg sangat berkuasa! Dan jika dia terlibat, ini bukan sekadar ancaman biasa."

Urduja mengerutkan dahi, tergamam.

"Bedofaten Ty? Dewi? Maksudmu dia seorang wanita?"

Ratu Bongsu mengangguk serius.

"Selama ini, Kerajaan Tahan berusaha keras melindungi agar Dewi Bedofaten Ty tidak mendekati Balqis. Dia adalah satu-satunya yang dapat merosakkan keseimbangan ini."

Urduja semakin risau.

"Apa yang akan terjadi kalau dia berjaya mendekati Balqis?"

Dengan nada penuh ketakutan, Ratu Bongsu menjawab,

"Jika itu terjadi, dunia kita akan musnah. Tiada siapa yang akan selamat."

Keheningan menguasai balairung, seperti bayangan kehancuran mula menapak di dalam fikiran mereka. Permaisuri Urduja menyedari bahawa ancaman ini lebih rumit daripada yang dijangkanya.Dewi  Bedofaten Ty bukan sekadar lawan biasa, dia adalah penjaga takdir yang akan menentukan masa depan mereka semua—dan jika dia berjaya menguasai Balqis, dunia bakal diheret ke dalam kegelapan abadi.

Di saat genting ini, Urduja dan Ratu Bongsu tahu, masa semakin suntuk. Mereka mesti bertindak cepat sebelum Panglima Zarq—atau lebih tepatnya, Dewi Bedofaten Ty—memenuhi takdirnya


Di Balairung Kota Kayang

Panglima Zarq Kegirangan

Di dalam perjalanan Ke Alam Bunian bersama Ratu Munni Kerram

Panglima Zarq Tersenyum berhelah




Di dalam Artifak.... 1 Jasad Tersenyum dengan Matanya mengeluarkan Sinar Kebiruan 


Permaisuri Urduja meluncur dengan pantas di langit malam, diikuti bala tenteranya dengan sayap terbuka lebar, angin malam berhembus deras. Matanya tajam menatap lautan di hadapan, di mana kilauan api biru mula terlihat dari jauh – tanda bahawa Naga Laut Berapi semakin mendekati perairan Kota Kayang.


Di Perairan Kota Kayang

Di bawah langit berbintang, Tengku Nangril tiba bersama armada naganya yang gagah. Sayap-sayap naga mengepak dengan keriuhan, siap untuk menyerang, namun langkah mereka terhenti apabila Sultan Alauddin Rijalul Haq Syah muncul bersama kapal-kapal udara Tangga 7.

Sultan Alauddin:
“Cahul anqaz ithrim. Walifuz mor an Thalay Kayang.”
(Berhenti di sini. Serangan akan menghancurkan Kota Kayang.)

Tengku Nangril merenung tajam tetapi dia tahu Sultan Alauddin benar. Serangan di perairan ini boleh mencetuskan bencana. Dengan pertempuran ini, ombak dan api akan menelan seluruh pantai Kota Kayang.


Telepati 3 Pemerintah

Dalam ketegangan, mereka membuka jalur telepati untuk berbincang segera dengan Tengku Raden Wirna Wijaga di istana.

Tengku Raden Wirna:
“Raqan biramath ithar? Nalgari ar Kayang lar wimathara?”
(Apa langkah kita? Bagaimana kita pertahankan Kota Kayang?)

Tengku Nangril:
“Buan a’rah! Nithal Naga ar lugath gahl wan shurma!”
(Tiada pilihan! Kita mesti tundukkan Naga dengan kekuatan!)

Sultan Alauddin:
“Kirrim ar nathal lahriq. Wabath Kayang wathiwal bin ghirqa.”
(Serangan di sini hanya akan menghancurkan segalanya.)

Dalam diam, Panglima Zarq tersenyum licik.

Panglima Zarq (dalam hati):
“Raqa talith wanith arith mirnath firriq… Qaran ithriq arith. Pelan terakhirku telah sempurna.”
(Segala-galanya berjalan seperti rencana. Pelan terakhir akan segera dilancarkan.)


Arahan Tengku Raden Wirna

Panglima Zarq:
“Ampun, Tuanku Raden. Armada naga dari Kerajaan Naga sudah tiba, bersama kekuatan Tangga 7. Dengan sekutu ini, kita tak perlu takut gagal. Namun, patik cadangkan agar Permaisuri Balqis dan Ratu Hubal bertindak. Mereka memiliki kekuatan yang tepat untuk berdepan dengan Naga Laut.”

Tengku Raden Wirna:
“Baiklah. Putera Andika, apa pandanganmu?”

Putera Andika:
“Ithril anwan. Ithra athil wanith mirnath raqar. Tugath ithram nithal mirnath arith walithar.”
(Kita cuba saja. Jika ada apa-apa berlaku, Tengku Nangril dan Sultan Alauddin sedia membantu.)

Tengku Raden mendekati Permaisuri Balqis. Dia memeluknya erat dan mengucup keningnya dengan lembut.

Tengku Raden Wirna:
“Pergilah, adindaku. Kanda percaya adinda mampu mengalahkan Naga Laut itu.”

Di samping mereka, Putera Andika memegang kedua-dua tangan Ratu Hubal, memandang ke dalam matanya dengan keyakinan.

Putera Andika:
“Adinda, pergilah dengan tenang. Beta tahu adinda pasti berjaya.”


Misi Balqis dan Hubal Dimulakan

Kedua-dua wanita itu berjalan keluar dari balairung dengan langkah mantap. Suasana di lembah penduduk sudah huru-hara. Pekikan dan hiruk-pikuk rakyat yang dipindahkan ke kawasan selamat bergema di udara, manakala para tentera berjaga-jaga, mengarahkan orang ramai mengikut arahan darurat.

Di bawah bulan purnama, Permaisuri Balqis dan Ratu Hubal berdiri di ruang terbuka. Mereka saling berpandangan dengan tenang tetapi penuh azam.

Permaisuri Balqis:
“Adindaku, kita akan sama-sama mengalahkan Naga Laut Berapi ini.”

Ratu Hubal:
“Baiklah, Kekanda Balqis. Namun jika ada sesuatu yang tidak kena, kita harus segera berundur. Adinda berasa tidak sedap hati.”


Mereka Bersiap untuk Pertarungan



Kedua-duanya memanggil kekuatan dalam diri masing-masing. Sayap besar Hubal mula terbentang, melambangkan gabungan kuasa api dan ais, manakala Balqis menghunus pedang turquoise berkilauan yang menyala di bawah cahaya bulan.

Di kejauhan, api biru dari Naga Laut Berapi semakin membesar. Ombak menggulung, memukul pantai dengan kekuatan luar biasa. Perjalanan menuju pertempuran terakhir telah bermula – dan takdir kedua-dua wanita ini kini terikat dengan nasib Kota Kayang.

Malam ini, segalanya akan berubah.

Di langit malam yang pekat, Permaisuri Balqis dan Ratu Hubal melayang perlahan ke arah Naga Laut Berapi. Dengan sayap terbuka dan kekuatan masing-masing terhimpun, mereka berdua memanjatkan doa, memohon keselamatan dan perlindungan daripada Yang Maha Kuasa. Ombak besar terus menggulung, dan api biru naga semakin marak, mencipta suasana tegang yang menyelimuti perairan Kota Kayang.


Di Lokasi Ratu Muni Kerram

Di dalam ruang rahsia bersembunyi Panglima Zarq bersama Ratu Muni Kerram. Bayangan jahat di wajah Zarq semakin ketara saat dia menyedari rancangannya berjalan lancar.

Panglima Zarq:
“Tuanku Ratu, masanya sudah tiba. Kita bergerak sekarang untuk menyaksikan pertunjukan ini dengan lebih jelas. Setelah Phoenix itu mati, Kita akan terus melancarkan serangan Ke atas seluruh kerajaan wilayah utara itu"

Ratu Muni Kerram ketawa besar, suaranya bergema di ruang takhta.

Ratu Muni Kerram:
“Baiklah! Panglima Xinas, kerahkan seluruh armada kita! Setelah Phoenix itu musnah, kita akan menghancurkan yang berbaki. Hahaha!”

Panglima Xinas, dengan tubuh sasa dan bersayap, memberi arahan kepada semua bala tentera. Armada besar mereka mula bergerak menuju Kota Kayang, bersiap sedia untuk menyerang sebaik pertempuran selesai.


Permaisuri Urduja dan Keberanian di Langit



Di kejauhan, Permaisuri Urduja masih meluncur di udara dengan kelajuan maksimum. Hatinya penuh kerisauan, memikirkan risiko yang bakal dihadapi jika Permaisuri Balqis dan Ratu Hubal terperangkap oleh tipu daya Panglima Zarq. Dia tahu betapa liciknya Zarq, dan setiap langkahnya pasti berlapis muslihat.

Permaisuri Urduja (berbisik):
“Balqis, bertahanlah….”

Dia memberi isyarat kepada bala tenteranya untuk terus maju, memastikan mereka bersiap sedia menghadapi apa jua kemungkinan.


Pertemuan di Langit dengan Naga Laut Berapi

Sementara itu, Permaisuri Balqis dan Ratu Hubal menghampiri Naga Laut Berapi yang semakin mengganas. Api biru menyala-nyala, memanaskan udara di sekeliling dan menyebabkan ombak laut memuncak lebih tinggi.

Permaisuri Balqis:
“Ithril a’nathur. Firuth alith, arith walath ar naga ini.”
(Kita mesti fokus. Hanya dengan kekuatan bersama kita boleh tundukkan makhluk ini.)

Ratu Hubal mengangguk, matanya berkilauan dengan gabungan elemen api dan ais yang mulai menyatu dalam dirinya. Sayapnya bergetar lembut, bersedia untuk melepaskan kekuatan maha dahsyat bila diperlukan.

Ratu Hubal:
“Lawan ini bukan mudah, Kekanda Balqis. Tapi kita takkan berundur, selagi kita bernafas.”

Namun........Mereka terlupa sesuatu...

___________________________________________________________________________________

Artifak Terbangun

Di udara, Permaisuri Balqis dan Ratu Hubal kini berada begitu dekat dengan Naga Laut Berapi. Mata naga itu yang tadinya menyala dengan api biru kini tiba-tiba menjadi redup. Tubuhnya beku, diam seperti patung batu, seolah-olah dikawal oleh kekuatan misteri.

Di bawah perutnya, satu cahaya terang muncul – sebuah bentuk terapung, memancarkan sinar berwarna emas dan biru.

Permaisuri Balqis (terkejut):
“Artifak...”

Di hadapan mereka kini tergantung Senjata Dewa Kuno – Artifak yang sekian lama tersembunyi di dasar lautan. Aura kuno dan maha dahsyatnya mula menyelimuti ruang udara, mempengaruhi alam sekeliling dengan getaran mistik.


Balairung Seri Kota Kayang

Tanpa sesiapa menyedari, Pedang Naga di pinggang Tengku Raden Wirna tiba-tiba bergetar dan terbang keluar daripada sarungnya.

Tengku Raden (terkejut):
“Pedang Naga...! Apa yang terjadi?”

Dia cuba menghalang pergerakan pedang itu, tetapi senjata tersebut bergerak dengan kelajuan luar biasa, meninggalkannya tanpa sempat bertindak.

Pedang Naga terus meluncur ke arah artifak yang tergantung di udara dan menusuk tepat di tengah-tengah artifak Seperti sebuah Kunci, hulunya lebur dan tinggal hanya mata pedangnya.


Artifak Mula Aktif

Serta-merta, artifak itu terbangun. Suara gaung aneh memenuhi udara, diiringi letusan tenaga luar biasa. Ruang sekitarnya bergoncang hebat, dan Naga Laut Berapi meraung dengan nyaring sebelum terhempas ke permukaan laut, lemah seperti kehilangan jiwanya.


Ratu Hubal Mulai Lemah

Di belakang Permaisuri Balqis, Ratu Hubal tiba-tiba terhuyung-hayang. Tenaganya seolah-olah disedut oleh artifak yang baru aktif itu. Wajahnya pucat, dan tubuhnya kehilangan kekuatan.

Ratu Hubal (lemah):
“Balqis... adinda... tak mampu...”

Permaisuri Balqis segera berpaling dan cuba memegang tangan adindanya yang mula jatuh ke bawah. Namun, belum sempat dia menghulurkan tangan, satu kuasa besar menarik tubuhnya menuju ke arah artifak.



Permaisuri Balqis (terkejut):
“Tidak...!”

Dia cuba meronta, namun kuasa artifak itu terlalu kuat. Walaupun dengan segala kekuatannya, Balqis tidak mampu melawan tarikan yang luar biasa itu.


Ratu Hubal Diselamatkan oleh Tengku Nangril

Ketika Ratu Hubal hampir terhempas ke permukaan laut, seekor naga terbang milik Tengku Nangril menyambar tubuhnya dan membawanya ke tempat selamat. Hubal yang lemah dipeluk erat oleh Kaki naga itu, berusaha melindunginya daripada bahaya lebih lanjut.


Permaisuri Balqis Terperangkap oleh Artifak

Sementara itu, tubuh Permaisuri Balqis terus melayang tanpa henti, ditarik lebih dekat ke dalam artifak. Getaran kuasa dari artifak semakin kuat, dan dia mula diselubungi pancaran cahaya emas dan biru yang memerangkapnya. Dia mula merasakan energy dalam dirinya menjadi bertambah hebat dan kuat sehingga tidak mampu mengawal kekuatannya sendiri, Permaisuri Balqis seperti pengsan dalam keadaan terapung berdiri dengan jasadnya terus mendekati artifak perlahan lahan.... di dalam batinnya, hadir 1 Bayang bayang misteri.... seorang perempuan yang seperti dia kenali, namun ingatannya belum pulih sepenuhnya... di dalam nuraninya yang sepi dia bertanya kepada dirinya, siapakah perempuan itu... Kelihatan mata perempuan itu mengeluarkan cahaya biru dan tersenyum ke arahnya, semakin dekat dan mendekatinya.....Suasana sangat sepi sekali.


Panglima Zarq Menghilang

Di balairung, Tengku Raden Wirna segera berpaling mencari Panglima Zarq, namun bayangan Panglima Zarq sudah hilang tanpa jejak. Kejadian berlaku terlalu pantas – Zarq lenyap di dalam bayang sebelum sesiapa sempat menyedari niat jahatnya.


Tiga Armada Berkumpul di Langit

Di udara, armada Ratu Muni Kerram tiba semakin dekat. Kini, tiga armada – dari Tangga 7, Kerajaan Naga, dan Kerajaan Jin Kafir – mengelilingi peristiwa ini. Dua daripadanya cemas dengan apa yang sedang berlaku, manakala satu lagi tersenyum puas.

Ratu Muni Kerram (ketawa):
“Lihatlah! Saatnya telah tiba. Mereka lemah, dan kemenangan kini di tangan kita!”


Tengku Raden Hendak Bertindak, Namun Ditahan

Di balairung seri, Tengku Raden Wirna bersiap untuk keluar dan menyelamatkan Permaisuri Balqis.

Tengku Raden:
“Beta tak boleh biarkan Balqis begitu... Balqis perlukan Beta!”

Namun, sebelum dia sempat bergerak, Putera Nangril dan Puteri Khairina segera menahannya.

Putera Nangril:
“Sabar, ayahanda! Jika ayahanda pergi sekarang, nasib ayahanda juga akan sama seperti kami. Artifak itu menyedut segala yang bernama Tenaga dalam”

Puteri Khairina:
“Ayahanda, biar kami susun rencana. Kita tidak boleh terburu-buru!”

Tengku Raden terhenti sejenak, berusaha menenangkan diri. Dia tahu bahawa keputusan yang salah pada saat ini boleh membawa bencana lebih besar kepada semua yang mereka sayangi.


Misteri dan Ketegangan Memuncak

Artifak kuno kini aktif, dengan kuasa luar biasa berdenyut di udara. Permaisuri Balqis masih terperangkap dalam tarikan misteri artifak, sementara Ratu Hubal terlantar lemah di dalam gengaman kaki naga Tengku Nangril. Di kejauhan, Panglima Zarq entah di mana, menyembunyikan senyuman jahatnya, menunggu saat yang tepat untuk melancarkan rencana terakhirnya.

Tiga armada besar kini mengelilingi kejadian ini, menunggu langkah seterusnya dalam ketegangan yang memuncak. Pertempuran besar hampir meletus – pertempuran yang bakal menentukan nasib Kota Kayang dan seluruh dimensi bunian.


Bersambung... 






2 comments:

  1. Tak sabar nak tunggu apa yang akan terjadi seterusnya, haha berdebar plak rasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salah 1 dari mereka akan terkorban... nantikan sambungan novel

      Delete

Hubungi Pn Kai Shomel 01111701048/01133012715 Utk Nego

CHENTA PONTIANAK

 Malam itu sunyi sepi. Adam, seorang “supernatural hunter” yang sudah biasa berhadapan dengan makhluk-makhluk ghaib, sedang meredah belantar...