EPISODE 17
Tengku Raden Wirna Wijaga membuka helaian pertama kitab purba dengan rasa ingin tahu yang mendalam. Sebaik sahaja nama "Ratu Hubal Zufafah" tertera di muka surat itu, baginda terdiam. Nama itu, terpahat di dalam teks kuno yang dipercayai berasal sejak era Dewa memerintah alam ghaib iaitu Ratusan Ribu Tahun yang lepas, menyentak setiap ahli majlis di Balairung.
Seisi balairung menjadi sunyi, seolah-olah masa berhenti seketika. Mata Tengku Wirna beralih kepada Puteri Hubal, yang berdiri diam di sisi Putera Andika Asmara. Wajahnya tenang, namun ada kekeliruan di mata baginda yang tidak dapat disembunyikan.
Baginda akhirnya bersuara, dengan nada perlahan tetapi penuh rasa ingin tahu:
Tengku Wirna:
"Wahai Puteri Hubal... Apakah ini kebetulan atau memang takdir telah tertulis sejak zaman berzaman?"
Puteri Hubal menundukkan pandangan, namun tidak membantah. Dalam hatinya, perasaan bercampur-baur antara kebimbangan dan kerelaan mulai menguasai. Dia sendiri tidak tahu mengapa namanya tertulis dalam kitab purba itu sebagai Ratu.
Putera Andika Asmara, yang setia di sisinya, memberi penjelasan dengan suara lembut namun jelas:
Putera Andika Asmara:
"Tuanku, patik tidak membuka kitab ini sebelum tiba di hadapan tuanku, kerana patik percaya takdir dan hikmah di dalamnya harus diketahui terlebih dahulu oleh Baginda Sultan sendiri."
Tengku Raden menghela nafas panjang. Perlahan-lahan, baginda menyelak helaian seterusnya dengan lebih berhati-hati, seperti takut akan makna besar yang mungkin tersimpan di dalamnya. Setiap helaian kertas seolah-olah membawa rahsia kuno yang bisa mengubah nasib kerajaan dan hubungan mereka dengan alam ghaib.
Tengku Raden Wirna Wijaga:
"Kenapa nama ini—nama kamu—terpahat dalam sejarah sejak zaman purba, wahai Puteri Hubal?", Tanya Baginda Sultan dengan suara bergetar
Puteri Hubal mengangkat wajahnya, matanya bertemu dengan mata Tengku Wirna. Dalam sekelip mata, dia tahu bahawa rahsia hidupnya selama ini semakin hampir terbongkar. Perasaan tertekan, kasih sayang, dan kerinduan bersatu dalam jiwanya.
Baginda Sultan Tengku Raden Wirna Wijaga menyelak Halaman ketiga dan alangkah terkejutnya Baginda melihat Tulisan purba dan Gambaran Yang di lukiskan sangat mengerikan, Kelihatan Gambar Pheonix di atas awan dan di bawahnya Banyak makhluk termasuk dewa dan dewi terbunuh. Kejadian yang menamatkan Pemerintahan Para Dewa di zaman itu, Catatan Kuno itu menjelaskan Amukan Ratu Hubal Zufafah Pada ketika itu menghancurkan semua Makhluk Jin, Syaitan dan Para Dewa di alam Ghaib, ketidakseimbangan mula muncul Lalu menghasilkan Sebuah dimensi baharu bernama dimensi Sejalur ( Bunian )
Tiada kekalahan dan kemenangan di rekodkan, Ratu Hubaffah di katakan Jatuh terhempas di sebuah pergunungan yang di gelar Gunung Tanah emas sementara Dewi Lo Balqis Kehilangan Banyak energy Ghaib yang membuatkan Dewi ini hilang Ingatan dan kekuatan mistis yang besar. Dunia terpecah kepada 118,000 Alam termasuklah kewujudan Alam Bunian di atas Takdir Tuhan. Selepas kedua mereka Hilang, dunia kembali Aman. Para Dewa Sudah menciptakan sebuah Alat untuk memusnahkan Ratu Hubaffah Dan dunianya sekiranya perlu, Namun Pada Era Manusia mulai Wujud dengan tamadun, senjata ini di sembunyikan di sebuah Gunung Yang gagah serta tinggi, ia terletak di hujung dunia , sementara kuncinya di wariskan kepada Keturunan Jin Yang hebat hebat bagi menjaganya"
Hubah - CINTA
Dengan tangan terketar, Tengku Raden menutup kitab itu sementara. Sambil menatap ahli majlis dan kerabat yang hadir, baginda akhirnya bersuara:
Tengku Raden Wirna Wijaga:
"Tidak mungkin nama nama di dalam ini ada kaitan dengan Puteri Hubal dan Juga ... Adinda Permaisuri Balqis....benar bukan..?."
Tanya Tengku Raden dengan wajah yang kosong, namun tangannya masih terketar ketar.
Puteri Khairina : " Sudah lah ayahanda, masuklah berehat dulu di kamar , Bonda Urduja temankan Ayahanda"
Ratu Balqis : Semua Ahli Majlis Tertinggi, Beta minta kamu rahsiakan dahulu Hal ini, kita akan siasat dahulu Sebelum membuat keputusan.
Sementara Puteri Hubal Masih menundukkan kepalanya, Putera Andika Asmara memegangnya erat
Putera Andika Asmara : " Sayangku, Biar siapa atau apapun adinda, Kanda tetap menerima, mari sama sama kita siasat akan kebenarannya Ya?" Pujuk Andika
Sementara Permaisuri Balqis di hampiri Ratu Sabiqin
Ratu sabiqin :
" Adinda jangan fikirkan sangat, mana mungkin kisah puluhan ribu tahun dulu ada kaitan dengan adinda, jika benar.. wah adinda sekarang sudah layak kekanda panggil nenek " ujarnya berseloroh
" Mari ikut kekanda ke kamar Kekanda Tengku, Permaisuri Urduja dan Khairina sudah ada di sana", Ujar Ratu Sabiqin yang risau melihat keadaan Tengku Raden tadi dan melihat kerisauan Di wajah Permaisuri Balqis
___________________________________________________________________________________
NANTIKAN episode 18 yang lebih mendebarkan
1. Siapakah Puteri Hubal Zufafah Yang sebenar?
2. Adakah Puteri Hubal dan Permaisuri Balqis Musuh Lama yang bertemu semula?
3. Pihak Manakah yang akan menemui Artifak ini terlebih dahulu?
4. Siapakah Bedofaten Ty ?
Takhta Antara 2 alam Babaknya kian menggila
EPISODE 18 Akan di siarkan pada Jam 1800 Hari ini, Nantikan
Salam,tok.dgn kisah yg tok ceritakan ini terbongkarlah rahsia bagaimana alam ghaib terpecah menjadi 118,000 alam dan bagaimana padang pasir itu terjadi.terima kasih tok atas info ini.rupanya permaisuri Balqis adalah dewi yg hilang ingatan akibat perang dahulu.. seolah-olah mcm sy berada dekat situ pula..hebat cara tok ceritakan..fuhhh
ReplyDeleteSemua ini Sir Allah, dalam 37 Juta Manusia di Malaysia, hanya beberapa sahaja akan mengetahui.
DeleteTok sy ada satu soalan berkenaan bangsa reptilian yg menjayakan misi dajjal.mereka pandai menyamar menjadi manusia dgn meminum darah budak tgh tinggi andrenalin dgn cara menyeksa.pada pendapat tok siapakah mereka?adakah manusia kacukan syaitan atau syaitan berjasad?
DeleteOwh bangsa reptilia. Ada dalam novel ni tapi masih jauh ceritanya. Ikuti siri2 ini .jangan tertinggal
DeleteOk,tokππ»
Delete