Kalau kita perhati, dunia dah makin menghampiri kemuncaknya. Di mana-mana media, ahli politik dah mula berbicara pasal perang. Tun Maha dah hint awal-awal lagi:
“Negara penceroboh akan mengabaikan PBB dan terus membunuh. Inilah 'dunia baharu' yang ribuan dan jutaan anak muda telah pun menggadai nyawa mereka,” kata Tun Dr Mahathir. – Gambar fail
Di Kuala Lumpur, beliau pesan pada negara-negara kecil supaya buka mata dengan apa yang berlaku di Asia Barat. Bekas Perdana Menteri ni juga tegaskan, kalau negara kecil diceroboh dan rakyatnya dibunuh, jangan harap ada bantuan dari mana-mana pihak.
Orang ramai sekarang ni dah mula kalut. Tok pun tak tahu la korang rasa macam mana. Ada yang siap persiapkan diri dengan segala macam prep (preparation), dan macam-macam benda lucu Tok tengok.
Ada yang beli peralatan canggih dan moden… genset pun beli! Hmm… dalam perang, nak buat apa dengan genset tu? Nak bagi musuh nampak lokasi kita? Tentera dalam hutan tu usaha gila-gila nak elak dari dikesan musuh, tapi ada yang sibuk nak bawa genset bagai… kelakar betul.
Dalam latihan tentera, lampu suluh pun bukannya boleh guna sembarangan, kecuali kalau betul-betul perlu. Dalam hutan gelap pun, lampu takkan dibuka kecuali ada sesuatu di hadapan, contohnya ular, gaung, atau lubang. Tapi, tengok orang kita… excited nak persiapkan macam-macam, sampai lupa strategi sebenar.
Baru-baru ni, ada satu post di VTT, seorang komen, “Setiap kali buka TT je, video pasal perang, boleh buat aku jadi murung.” Tok pun balas,
“Murung sebab tak buat prep, cuba kalau dah buat prep, mesti tak murung.”
Aduhai… adik-adik, dulu-dulu orang bersiap dengan ilmu dan amal. Bukan baru hari ini nak belajar ilmu perang, esok nak guna terus. Dah terlambat kalau baru sekarang nak ambil ijazah ilmu perang!
Nak ada kelebihan tak semudah amal hari ni, bulan depan dah hebat. TIDAK BEGITU!
Kalau nak jalan pantas… ha, mungkin khodam la pilihannya. Tapi itulah, ramai yang kepala dah kena brainwash dengan pandangan Wahabi, takut nak guna bantuan saudara seagama untuk perlindungan. Ye la, ye la… “Fine lah, korang memang dah hebat!” Tok tepuk sket la untuk korang.
Tapi sebelum tu, tengok keliling dulu. Tengok mata anak-anak, tengok mata isteri. Dah ready ke mereka, macam mana kita konon-konon dah ready?
Oh, lagi satu, dalam perang musuh guna segala helah. Contohnya, gas beracun dan bom kimia. Kita bolehlah pakai topeng gas tu, tapi budak-budak macam mana? Anak-anak? Ada ke jual mask saiz budak, especially untuk bayi umur setahun? Fikir-fikirkanlah… masih rasa hebat?
Ingat, dalam perang ni, semua yang boleh dipakai, kita pakai. Jadi, jangan sombong dengan bantuan yang ada.
Tok,Sekarang saya rasa macam tak nak percaya semua ni..ngeri..saudara saya sampai tahap dah Jual rumah pindah kampung skrg ni,anak2pun tak dibagi sekolah.prepare sembunyi katanya hmm
ReplyDeletebila kita dlm situasi melihat org lain buat sampai macam tu sekali, dan kemudian belum berlaku.. ingatlah ..
Delete1. ia sudah berlaku di luar
2. dan semakin mendekat
3. saudara tuan mungkin bernasib baik kerana dia sempat membuat persiapan, tika itu berlaku, dia sudah dalam kondisi bersiap. berbeza dengan org yang belum bersiap, hanya akan tinggal sehelai sepinggang. atau pada waktu itu sedang meratap pemergian seseorang dalam ahli keluarga contohnya anak atau isteri dan menyesali.
Yang belum bertindak tu bukan apa, sebab mereka bersifat menunggu benda jadi dulu baru nak bertindak. fikirlah.. bila benda dah nak berlaku contohnya esok diistiharkan perang akan berlaku, hari ini org sudah berpusu pusu balik ke kg masing2, jalan jem, malah ada yang meninggalkan kereta dan berjalan kaki, huru hara akan berlaku, kerana kebanyakan manusia mementingkan diri.
Tiada lagi org ke mall melainkan kadar jenayah meningkat dengan mendadak kerana ada golongan tidak mampu juga ingin melakukan persiapan seperti bekalan makanan dsbgnya, rompakan sana sini. huru hara akan berlaku dengan sekelip mata.
Berbeza dengan mereka yang sudah melakukan persiapan lebih awal, di kampung pokok nyioor yang mereka tanam sudah mulai berbuah, ubi ubi kayu sudah mula nak mengeluarkan hasil, pagar rumah sekeliling sudah siap, dalam stor sudah berguni guni beras, tangki air sudah di bina bukan 1 dan bukan 2.
Pilihan di tangan kita.
Tok tau kenapa jadi tak percaya... sebab sejak 2012 dok dengar nak kiamat, nak perang, tapi tak jadi jadi kan?
Sebab Nabi bercakap mengenai tanah arab, bukan tanah melayu. Kawasan yang bernama tanah arab yg akan bergejolak... dan ia akan berjangkit sikit demi sedikit menuju ke arah kita.
Bayangkanlah..kita memang aman?... mangsa2 perang akan datang ke negara kita sbb dah takda pilihan. apa akan berlaku?.... skrg ada rohinya dan bangla pun kita dah huru hara?
Mereka akan berpusat di kotaraya. Di kampung akan selamanya aman sehinggalah ia benar benar berlaku.
Jika di tanya kepada tok yang memang sudah berpindah ke kampung, tok di sini lebih rileks sebab sekeliling dah tentu sanak saudara, susah senang di pikul sama sama, bermasam muka macam mana sekalipun sentiasa ambil berat antara satu sama lain.
DeleteTakde lah nak prep genset tu. Kita ada buluh untuk buat obor. Ilmu paling berguna bukan ilmu beli genset, tapi bagaimana nak buat api dengan sebilah parang dan buluh yang langsung tak melibatkan gadget yg perlu di beli atau yang bernama "habis dan kena order lain "
Di kg ni, yang kita risaukan kini ialah " siapa yg boleh di harapkan "
1. utk mewarisi apa kita dah sediakan
2. utk sama sama menjaga jika ia berlaku di generasi kita. Anak anak kita boleh di harapkan ke?..itu persoalannya