Translate

18.5.25

BERITA RAHSIA DUNIA DAN RITUAL TERBARU

Al-Haris al-Zalzalah


Assalamualaikum wbt semua, apa khabar?.

Alhamdulillah tok baru sahaja selesai buat kerja sampingan tok iaitu menghasilkan lagu lebih dari 100 lagu bagi mencapai target untuk mendapatkan akaun jenis artis dan kemudian dapat globalkan semua lagu lagu tok ke pasaran antarabangsa ( mesti ada yang gelak haha ). Jangan pelik lah.. tok memang multi talent pun, selain repair enjin kereta dan apa saja enjin, bidang lain semua tok sebat dan boleh buat. Maklumlah kita ni mengaji tak tinggi, kena tau semua benda untuk memudahkan kehidupan. Tok pula terlalu banyak masa lapang selepas resign Felda dulu, banyak habiskan masa dengan kursus jangka pendek dengan MARA dan CIDB sejak sebelum tok duduk di kulai lagi. ILMU ni satu perkara yang penting dalam hidup yang perlu kita ada dan di sebalik tu kerajaan juga memberi pengecualian cukai hasil jika kita mengikuti mana mana kursus atau latihan ( sila rujuk borang LHDN ) , tapi akibatnya bila kita tau hampir semua benda... RAMAI LA MUSUH DAN PENDENGKI....tu kena ambil maklumlah ya haha. 

Tok sekarang buat lagu pun.. kebanyakan lagu tok lebih ke arah dakwah... Nasyid Rap dan ia lebih kepada perjuangan menyedarkan manusia tentang apa yang sedang berlaku di atas dunia . 

Kerja buat lagu ni dah tak sibuk sangat dah selepas tok kini dah capai lebih dari 130 lagu... boleh tumpu balik kepada Ritual ritual tok sejak Jumaat semalam. 

Baik. 

Selama 1 hari setengah ni tok ada berbincang dengan Abdul Rasyid iaitu penghulu kawasan Tok duduk ni ( di alam bunian sana ) kedudukan di tempat kebun tok ni lah. 

Mula tu tok nak bincang pasal jemput kerajaan kerajaan Jin untuk tinggal di kawasan kebun tok ni ( sebelum ni cuma ada kg Bunian dan Jin Jin asal yang duduk sejak berkurun ) , tok nak tambah dan memeriahkan suasana. Dah lama bagitau Puan kai tok nak tambah lapisan di sini, cuma lama tak buat memandangkan benda ni kena ada toleransi sesama makhluk, bukan boleh mai jemput tak tahwan hala, kang sat g hak asal dok ada ni tak suka ka lagu mana. kena bincang dulu. sebab kalau jadi apa apa...kita yang nak kena tanggung.

Bincang punya bincang, tok panggillah salah satu dari ketua kerajaan JIN yang bernama ********(di rahsiakan buat sementara waktu) dan dia pun menceritakan mengenai bencana yang semakin hampir akan berlaku di kawasan Asia kita. Tok macam biasa, terus tanya solusi yakni jalan Ghaib untuk membantu mengelakkan atau mengurangkan IMPAK jika ia berlaku. Dia memberikan satu Amalan berasaskan Ayat Al Quran yang berasal dari amalan Wali Al Haramain yang pernah di gunakan di zaman dulu untuk menjaga sempadan dari serangan tentera kafir ( manusia dan Jin Ifrit ) . 

Khodam ini bukanlah jenis Jin tapi ia dari jenis makhluk RUHANIYAH MUSTAHFIZAH sejenis makhluk Allah ( Hamba Allah ) yang bercahaya . 


Ia boleh di miliki ramai orang , namun untuk memilikinya haruslah memiliki keimanan kepada Allah SWT dan bertekad untuk menjaga diri, keluarga dan masyarakat sekeliling dari bahaya bencana. 

Sekarang, anda sedar atau tak... perang dunia ke 3 sudah berada di hujung garis terakhir , mungkin anda sedia maklum bahawa Amerika sudah tertekan  sehingga menaikkan kadar taarif kepada China dan kebanyakan negara, lalu China pula menekan Amerika dengan menghentikan Suply bahan bahan Nadir Bumi dan Bahan Penting lain.

China juga diam diam support teknologi perang kepada Yaman dan Pakistan , dan ada beberapa buah negara lain juga sedang menerima bantuan China bagi memulakan perang ke atas musuh mereka.

Cerdik negara China.. dia sendiri tak berperang , malah hanya menggunakan negara negara islam dan isu yang sudah lama berbangkit untuk menguasai DUNIA. 

Malah lebih tertekan ada pihak cuba melagakan China dan Amerika secara direct untuk Berperang.

Baru Baru ini Ada konspirasi China menghantar bantuan ke Gaza , namun sebenarnya bantuan itu di hantar oleh seorang Dermawan dari Negara Arab . Ada saja cara untuk menekan Amerika serang China secara direct. 

Tapi China ni seperti seekor Naga Yang Bijak mengendalikan suasana

China bukan nak hapuskan Amerika tapi sebenarnya ingin membuatkan amerika itu TUNDUK dan sekaligus CHINA akan menjadi Empayar Dunia .

Di masa hadapan.. Tak lama... sekitar 2 tahun lagi Negara berkuasa besar Ialah Negara negara Islam seperti Pakistan Dan Iran Serta Yaman, Namun di sebalik mereka ialah CHINA DAN RUSIA. 

Sampailah pada satu ketika Negara Negara Islam ini menjadi Bidak kepada mereka dan akan bangkit satu lagi kuasa Hebat dari Khurasan yang akan merebut kembali kepimpinan dunia. 

Meh tok kupas kat hangpa apa berita dan Rahsia yang tok perolehi dari perbincangan ini. 

Sekarang Rusia dan China sedang menggunakan Bidak bidaknya iaitu negara negara Islam untuk menekan Amerika Syarikat Khususnya dan mangsa Utama mereka ialah Bangsa Israel Zionis, senang kata Amerika tertekan. Zionis pun akan keseorangan dan akhirnya pupus. 

Ingat ya,, dalam penjelasan tok ni. ZIONIS DAN YAHUDI ialah dua kelompok berbeza. 

Dalam Perancangan Ini Zionis akan pupus. Iran memainkan peranan untuk menutup Kehadiran "Yahudi " Yang sebenar yang mereka simpan di Isfahan.Lepas dia serang Israel secara membabi buta hanya untuk menunjukkan kepada dunia islam mereka juga berjuang ( tapi sebenarnya melepaskan batu di tangga ) 

Apabila Amerika sudah tunduk, China dan Russia akan berkuasa dan sebuah Matawang Baharu akan di gunakan sebagai satu dasar sistem baharu yang bernama B**C. 

Tapi dalam masa yang sama mereka juga Tahu kisah Islam-Yahudi, mereka tak nak ambil peduli pun yang tu.. apa mereka lakukan kini ialah menjadikan Kita sebagai BIDAK mereka.. mereka beri senjata da tech untuk berperang melawan Amerika yang kononnya menindas umat islam.. sebenarnya mereka nak ambil kesempatan di atas isu ini. 

Pakistan pula muncul sebagai Bidak baru mereka untuk menundukkan  India. Mula mula India Riak sikit dengan mengatakan mereka mampu habiskan Pakistan... Macam depa poyo sikit lah , masa tu depa tak tau Belakang Pakistan ni ada CHINA yang supply senjata, bila mereka dah tau..agak terlewat apabila RUSSIA juga masuk campur dalam peperangan tu .

Tu yanbg kita lihat sekarang Pihak Pimpinan India mula la bercakap depan media macam nak undur diri dari perang ni ... hahah masalahnya depa yang mula dulu dengan menutup bekalan air empangan ke Pakistan 

Tak silap tok nama empangan tu ialah EMPANGAN BAGLIHAR. Yang mana selepas ia di tutup, ia trigger peperangan antara dua negara tersebut.

Okay.. kenapa mereka nak tekan INDIA?. Sedangkan kita tau India dan China ada hubungan yang sangat baik sejak Zaman Covid

Dalam dunia ni setiap negara ada peranan penting. Ibarat Macam sebuah Pekan .... Tok ambillah Bandar Kangar. 

India ni umpama Farmasi besar yang menghasilkan Ubatan.. Tapi kalau Farmasi ni lebih suka menjual barangnya dan melakukan kajian , malah membayar hasil pendapatan ke negeri kedah, Perlis ni tak dapat apa apa. Maka dalam side politik, Negeri akan menekan Farmasi ni seperti menyukarkan suply, menaikkan kadar cukai tertentu dan akhirnya mengenakan sesuatu kepada pengasas ( cari salah dan ambil tindakan ), bukan bertujuan untuk tutup, tapi untuk Farmasi ni suply kepada rakyat Negeri dan menyumbangkan tech perubatan keada Pihak Pakar  Kerajaan Negeri , walau terpaksa menerima keuntungan besar. 

Dalam  hal perang ni. Kalau Pengeluar Ubatan memihak kepada Amerika, apa gunanya jika menang sekalipun. Kita tiada Ubat untuk menangani krisis kesihatan. Analogi mudah.... India ni Seorang Doktor Pakar. 

Selagi India memihak kepada Amerika dan banyak berkongsi tech perubatannya dengan Amerika, selagi itulah India akan di tekan. 

OK ..boleh faham yang tu?... Yang best tu.. masa mula nak perang, India ni sangatlah POYO yang dia boleh menang di sebabkan keluasan negaranya, tapi jika kita lihat media hari ini, Generalnya sendiri macam nak berundur dari medan perang dengan menyatakan perang ini ialah sia sia. 

Baik.. apa akan berlaku selepas ni?

Amerika akan akur untuk menggunaka n BRIC atau akur untuk menerima BRIC dan menjadi Dunia kuasa hebat yang ke 3 selain Rusia dan China. 

Negara kita pun dah kena panggil Rusia baru ni kan.. sebab apa?.. sebab kita ni jenis nak berkawan semua.. US pun kita nak berkawan..itulah jadinya kalau pucuk pimpinan tak jadikan Ulama sebagai Sandaran Penasihat Negara..kita tak alert dengan hadis akhir zaman. Jika kita alert dengan hadis akhir zaman.. Kita akan cepat cepat beralih pihak. 

Contoh lah tok nak tanya... Ada 3 orang , A, B dan C


C berkawan dengan semua... kemudian A dan B ni tak sehaluan. 

Bergaduh jadi musuh. 

Yang C ni baik dengan dua dua.. bila jumpa B , dia dengar keburukan si A dan sebaliknya, dan paling best.dia mengiya iyakan apa saja yang di cakapkan oleh salah satu pihak ini ke atas pihak lain. 

Sementara D, E, F, G dan lain lain dok perati masalah ni dan paling utama depa perati ialah siapa?.,..... ialah C.. apa anggapan mereka kepada C ni?..... 

C ni bukan apa, dia nak kemudahan dari dua dua A dan B. dia tak mau susah, hangpa nak gaduh , gaduh la, aku kawan dua dua... 

Maaf cakap kalau bagi anggapan tok.. U need to choose.... Ya kamu perlu memilih sebenarnya.. bukan berkawan dua dua. Negara lain pandang kita ni apa?... TIADA PENDIRIAN, SELFISH, TALAM DUA MUKA. 

Sama juga halnya Zionis... di Negara KUTUK DEPAN RAKYAT, di luar negara siap ada majlis makan malam dengan mereka. Malah trend ini berjangkit kepada Rakyat. Tok tak nak cakap banyak lah... pikir sendiri. 

Jadi sekarang kita perlu memilih salah satu

Dan jika mengikut Hadis pun... Peperangan ini akan di menangi ISLAM, dan selepas ini kita akan berperang dengan mereka..... Siapa " KITA" tu?..

"KITA" tu ialah Afghanistan , satu negara Khalifah Islam yang sedang membangun hari ini , yang mana dunia media tutup mata ke atas mereka. 

Sekarang ni , semua dah ada serentak

DAJJAL
MAHDI
NABI ISA
Yakjuj dan Makjuj 

Dajjal dah kenalkan diri ( SISTEM ), Siapa Yakjuj dan Makjuj dan siapa MAHDI, ini tok perlu Rahsiakan...tok pernah bagitau dulu, tapi rasanya banyak lupa.. jadi kita diamkan dulu Bagi korang SUPRISE. 

Ada 1 PIHAK tersembunyi yang memegang "SISTEM" iaitu BANK DUNIA... menatang ni... orang selalu lupa. 

Jika tok kata gempa, tsunami, bencana alam yang berlaku ni atas "ORDER" Pihak mereka. Memang betul Allah yang Izinkan , Ini semua "PROSES" menuju Kiamat. 

KING SEBENAR DUNIA ialah " SISTEM". Dan CHINA sedar benda Ni... sebab tu CHINA cuba jadi "SISTEM" dengan bagi loan kepada negbara negara membangun.

Cuma sekarang CHINA tiada HAARP untuk kawal cuaca, dan CHINA juga tiada BLUE BEAM untuk buat gimik di langit ( konon muncul Jesus dan sebagainya ) 

Tapi CHINA ada 1 benda yang penting untuk dunia iaitu " Matahari Buatan" dan Teknologi " CIPLAK" mereka haha. 

Pihak BANK DUNIA Buat Gempa bagi negara negara kecil musnah, CHINA yang bagi LOAN... bukan Bank dunia... Jadi Bank Dunia juga kini TERTEKAN. Inilah Saatnya " SISTEM" Sedang di tekan. 

DAN Selepas ini ............

WELCOME TO NEW WORLD

Di mana Dunia akan aman, Manusia cepat kaya, malah boleh di katakan susah nak jumpa manusia Miskin. 

Dan tak Mustahil sehari dua lagi akan muncul berita TikTok bahawa CHINA ni MAHDI, Atau ISA.. Ini bagi mereka yang kurang pengetahuan tentang susunan Hadis Akhir Zaman.. Jadi janganlah anda terpengaruh ya.

Belum Saatnya.

Sekarang apa yang kita harapkan ialah Pemimpin kita akan memilih RUSIA ...bukan AMERIKA dan tawakal untuk membuang AMERIKA dari diari kamu negara sementara ia di tundukkan.. atau Negara kita akan menghadapi Ancaman Besar.

-----------
Tak Lama lagi Orang orang macam Tok akan di tarik , ini juga ada tertera dalam Kitab Kuning/lama. Yang mana di Akhir zaman Orang akan berperang menggunakan Pedang, kuda, memanah dan berenang. 

Apa yang tok berikan kepada anda yang terpilih... YA... anda terpilih.. Kenapa tok cakap macam tu..Tok bayar Adword untuk naikkan blog, Rakyat Malaysia ada 37 Juta Orang, tapi yang melihat blog ini cuma dan Blog lain sekitar 3000 orang sehari, dan yang terbuka hatinya dengan Gerak Allah untuk memiliki dan belajar ilmu akhir zaman cuma sekitar 100 orang kebawah... Meh tok perincikan...

Yang Ambil ilmu nak kaya lebih dari 30 orang

Yang AMBIL ILMU AKHIR ZAMAN TAK lebih dari 20 Orang. 

Korang bayangkan... Malaysia yang berkeluasan 330,803 KM persegi termasuk sabah sarawak... HANYA Bawah 20 orang yang memiliki ILMU TERKINI Akhir zaman

Apa Maksud TERKINI?

Bukan Ilmu baru, Tapi ILMU LAMA yang pernah di gunakan orang islam zaman dulu, PURE dari zaman mereka.

Jadi apa maksud ilmu baru?... Cari sendiri... dan kesemua Ilmu baru jni dah di kaji BARAT dan dunia...contoh Ilmu Pukulan Jarak Jauh... Musuh sudah pun tau kelemahannya.. ILMU KEBAL pun musuh dah tau kelemahannya dan apa yang kita dapat hari ini bertujuan MELEMAHKANNYA.... antaranya apa?...

Penyakit

Kandungan Bahan dalam Makanan


Malah Yang jaga kesihatan pun terkena juga melalui udara Yang di sebarkan melalui CHEM TRAIL... apa benda CHEM.... Ia bermaksud CHEMICAL.... Chemical apa?..tu pun nak tanya ka?... sendiri tau la na. 

Jadi apa yang kurang 20 orang ni mampu buat?.... YA .. jawapan sudah kita tau, mereka hanya mampu cover keselamatan diri, keluarga dan jiran tetangga mereka SAHAJA dengan Izin Allah.

ILMU KAYA?..

KAya pun tak guna kalau Perang duit Jatuh Merudum, ada emas , kena rompak di kala darurat, hangpa ingat bila darurat manusia duk saja ka... Penyamun akan bermaharajalela. 

Apa yang penting hari ini ialah :

Persiapan perang
Belajar bab bab perubatan
Belajar survival dalam hutan
Belajar Ilmu Perang termasuk Nyata dan Ghaib

Walau kita ingat negara kita ni akan aman kerana kita ada Perisai Sumatera dan Filipina serta kepulauan2 kecil sekeliling... INGAT

Thailand sebuah negara yang akan membuka laluan sempadan untuk musuh masuk...ini memang sejak dulu pun. 

Bila kita memilih Memihak kepada RUSIA, Mata Amerika akan memandang kita dan tak mustahil Bom gempa akan di letakkan  di laut selat melaka... 

SERAMPANG 2 MATA

Malaysia kena, Sumatera kena

INGAT

Pengkalan US terdekat ada di DIEGO GARCIA dan FILIPINA.

Kalau US letak Bom Jangka di dasar laut antara Sumatra dan Malaysia ..... Antara Malaysia , China, Kemboja dan Indonesia ( di kawasan Spratly Island ).... Dan meledakkannya... apa akan  berlaku kepada kita?

Yes.. Semenanjung Barat tenggelam hampir ke Banjaran Titiwangsa. 

Sabah Tenggelam

Kawasan Timur Malaysia Tenggelam terutama Kelantan akan jadi Laut kerana mirror Impact dari Phnom Penh dan kepulauan2 Kecil

Johor?.... Yang berada di hujung Benua tu?.. HABIS

Singapore toksah tanya la..

Kalau US Tutup Mata Pasal Singapore dll sekutunya... HAL INI AKAN BERLAKU

Dan Bila dia nak Tutup MATA?

Apabila Zionis Kalah...

Apa Tujuannya ?... 

PERTAMA
China akan menghabiskan banyak WANG LOAN untuk membantu Malaysia, Kemboja Indonesia dll

Jika Amerika tidak memandang sekutu sekutunya yang ada di sini Termasuklah Thailand, FILIPINE Dan Singapore.

Namun kebarangkalian nak berlaku tu agak sukar , kerana mereka tidak akan mendapatg sebarang keuntungan. 

Pemilik Rezab emas Gudang ialah China dan Pemilik Rezab Emas dalam Tanah Juga ialah CHINA.... Sapa kata Malaysia?... Malaysia cuma memiliki Rezab Emas bawah tanah 100-200 Tan Sahaja. China Memiliki 14000 Tan dan Indonesia Memiliki -+ 3000 Tan.

Jadi selama ni yang org dok sebut Semenanjung ni banyak emas salah la?.. tak salah.. cuma bukan JUARA. 😏    

Jadi.. apa yang menariknya tentang kita?.... FOOD😙

CUMA

Kita akan terhimpit dengan apa yang berlaku sekeliling, terutama dari segi ekonomi... dan Bila keadaan ini berlaku... Jenayah akan meningkat, kes samun, rompak akan meningkat... terutama orang senag, kaya dan mewah, penyamun takkan sasarkan orang miskin atau orang susah. Dan yang terlalu KAYA.. 

=========================

Baik..tok teruskan.... Mengenai Khodam ini. 

Siapa nak cepat PM Puan Kai... Puan  Kai tu Baru balik dari kelantan, dia dah OTW dari kelantan ke Perlis. 

Nak PM Tok Pun Boleh, cuma sehari dua ni Tok Tak balas Mesej sebab fokus ke musik untuk dapatkan title Artist. hahaha kelakar kan Bila Org macam tok ni dapat title artis secara rasmi.. Profile Tiktok pun dah lain dari orang lain. Bukan nak dapat title sangat , tapi nak tembus global kena melepasi syarat syarat yang di tentukan iaitu hasilkan lebih 100 buah lagu, tandatangan MOU dengan Broker Muzik dan sekaligus mendapatkan copyright bagi lagu lagu yang tok pilih ( bukan semua lagu di tiktok tok pilih buat copyright..yang ada potensi sahaja )

Semalam  tok dapat tawaran jadi pengadil untuk mengadili sebuah acara Nyanyian, Alhamdulillah.

Baru tok sedar ..orang GILA Nama/Pangkat ni nak apa... Ada peluang di sebaliknya rupa. Auto ia datang tanpa kita bersusah... Maksudnya ..BUAT DULU BARU HASIL DATANG. 
 



(الحارس الزلزلة)

Penjaga Gegaran Besar


Asal Usul
Khodam ini berasal daripada lembaran amalan wali al-Haramain, yang dahulu digunakan untuk menjaga perbatasan ummah daripada serangan tentera kafir dan jin ifrit. Ia dicipta daripada kombinasi amalan zikir tanzih dan ayat al-Haul. Khodam ini bukan jin biasa, tapi termasuk dalam kategori Ruhaniyah Mustahfizah – makhluk cahaya yang menjaga sempadan ghaib.


Sifat Khodam

Berbadan tinggi sekitar 3 hasta
Bermata bara api, namun tidak memudaratkan
Mempunyai lidah api di sisi kiri dan air di sisi kanan – menandakan sifat seimbang antara amarah dan rahmah
Bersayap seperti burung rajawali dari Baitul Maqdis


Fungsi Kegunaan

Melindungi rumah, keluarga dan sempadan jiwa dari vibrasi perang yang membawa ketakutan, keraguan, dan gangguan sihir massa
Memberi amaran awal kepada tuan empunya tentang fitnah akhir zaman yang sedang menghampiri
Menguatkan firasat dan memberi petunjuk arah jika berlaku huru-hara
Menegakkan semangat jihad ruhani dalam menghadapi kesesatan dan kekufuran global

FIDYAH
RM 577



6 comments:

  1. Assalamualaikum ...tok nk Tanya ada x no direct to mat untk wasap

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum tok,nak Tanya chronovisor time travel device tu mmg wujud ke..saya Tanya sbb tok Kan serba boleh ,Serba tahu hehe tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam wbt, kalau tak silap tok konon mesin masa ni di cipta oleh 1 paderi bernama Pellegrino Ernetti, yang sebenarnya mesin ni tak wujud, yang wujud ialah Ilmu Tafsir atau ilmu Taktrifat, Takrif sesuatu mengikut Fakta atau hawa nafsu atau pengaruh tipu daya syaitan. Mesin ni tak wujud melainkan ia di jadikan propaganda paderi ni dan kumpulannya untuk menyakinkan penganut.

      Setiap tech akan di umumkan awam apabila mencapai usia 15 tahun untuk kegunaan Military terutama, tambahan ia tech dari vatican sudah pasti depa akan show off untuk tunjuk kepada dunia bahawa mereka mempunyai tech maju termasuk dapat melihat betapa berkembangnya umat islam di dunia sekarang terutama di Amerika Syarikat.

      Jadi , alat ini yang di klaim sebagai alat fizikal dan sampai hari ini belum di terbitkan atau di guna pakai dalam sistem military dan awam, maka ia adalah FAKE

      Delete
    2. Tok tak pandai buat rumah dan repair enjin je tuan, selebihnya in Sha Allah termasuk welding, wiring piping ( benda paling mudah ialah piping ) sehinggalah melatih anjing K9 ( dulu buat K9 breeding utk kegunaan Jabatan kerajaan, skrg tak buat sebab ada halangan keluarga )

      Delete
    3. Tok sarankan pembayar cukai negara ambil kursus setiap tahun sebab dalam borang LHDN ada pengecualian cukai bagi kursus2 yg di ceburi , kursus CIDB ke, penerbangan ke dll. yg tok sebut ni ialah benda yg tok minat dan akan ambil kursus di masa akan datang .

      Delete

CENUAI TOK DALI

  Cuba cari gambar ni kat google?.. kalau xde, paham sendiri ya Alhamdulillah tok perkenalkan Cenuai Tok Dali Siapakah Tok dali? Tok Dali ad...