بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Nama Ilmu:
"Kasyful Baab As-Sirr – Pembuka Tabir Nur Pandangan"
Asal Usul Ilmu:
Ilmu ini adalah warisan daripada kitab lama yang dikenal dalam lingkaran Tariqat Ahli Qudwah di Tanah Jawi, dikenali sebagai “Risalah At-Tajalli al-Munawwarah” sebuah manuskrip yang ditulis tangan dan hanya dipegang oleh empat orang mursyid di sekitar alam Melayu. Salah satu salinan manuskrip ini pernah disorokkan di Dataran Tok Syeikh, Gunung Jerai, tempat para wali bermusyahadah dan bersembunyi dari dunia ramai.
Ilmu ini dahulu hanya diberikan kepada murid yang tidak meminta, namun pada hari ini, atas izin Syeikh Raqib, ia dibuka untuk mereka yang benar-benar ikhlas.
Fungsi Ilmu:
– Membuka hijab antara mata lahir dan mata batin
– Membolehkan seseorang merasai kehadiran makhluk halus dan malaikat penjaga
– Melihat kebenaran di sebalik wajah manusia (wajah rohani)
– Mendapat mimpi yang jelas dan penuh petunjuk
– Menjadi peka terhadap alam jin dan bunian tanpa kerasukan
Cara Amalan:
Tempat: Lakukan di tempat sunyi, paling digalakkan di Dataran Tok Syeikh, Gunung Jerai, atau mana-mana dataran yang bersih, jauh dari manusia dan kebisingan.
Waktu: Antara jam 2:30 pagi hingga 4:00 pagi, pada malam ganjil bulan Hijri
Persediaan:
– Mandi sunat malam
– Wuduk sempurna
– Pakai pakaian putih (atau bersih tanpa corak)
– Bawa sedikit air mineral dan letakkan di sisi (untuk serapan nur)
Bacaan Amalan:
-
Surah Al-Ikhlas – 11 kali
-
Surah Al-Insyirah – 3 kali
-
Doa Kasyaf (dibaca sambil duduk bersila menghadap kiblat):
اللَّهُمَّ اكْشِفْ لِي سِتْرَ الْغَفْلَةِ، وَافْتَحْ بَصِيرَتِي بِنُورِكَ، وَأَرِنِي الْأَشْيَاءَ كَمَا هِيَ
Allāhumma ikshif lī sitral-ghaflah, waftah baṣīratī binūrik, wa arinī al-ashyā’a kamā hiya
Maksudnya: “Ya Allah, singkapkan dariku tabir kelalaian, bukakan basirahku dengan cahaya-Mu, dan perlihatkan padaku sesuatu itu sebagaimana hakikatnya.”
Tempoh Amalan: 7 malam berturut-turut
Petanda Diterima: Dalam 7 malam, jika hadir mimpi yang jelas, atau hati terasa sangat ringan dan penglihatan menjadi peka terhadap alam ghaib, maka itu tanda awal hijab telah terbuka sedikit demi sedikit.
Pesan Guru Kami:
"Ilmu kasyaf bukan untuk bermegah, tapi untuk menjaga amanah. Siapa yang melihat tetapi tidak menjaga, akan dibutakan pula dari cahaya petunjuk."
FIDYAH ILMU:
RM 200
Sebagai tanda adab dan penjagaan terhadap khazanah ilmu ini, fidyah ini bukan harga – tetapi tanda tunduk terhadap warisan ilmu para wali.
Untuk menerima ijazah:
-
Niat dalam hati: "Aku terima ilmu Kasyful Baab As-Sirr dari pewaris Bukit Salak dengan redha dan tawaduk, kerana Allah dan demi mencari nur pandangan hakiki."
-
Bayar fidyah RM 200 kepada penjaga ilmu (maklumat akan diberikan melalui PM)
-
PM Syeikh Raqib Al Sirr ( Tok Muda ) di 01117447688 untuk pengesahan
-
Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Puan Kai, penjaga blog di 01111701048
Alhamdulillah. PD done. -Razihan
ReplyDelete