Nama Gelaran: Panglima Langkasuma ( Nama sebenar akan di beritahu kpd dampingannya sahaja )
Asal Usul Baharu:
Dahulunya berkhidmat sebagai Panglima Tertinggi Kerajaan Bintang, sebuah kerajaan ghaib yang bertempat di pedalaman Kedah Darul Aman, berhampiran Gunung Bintang. Kerajaan ini terselindung di balik tirai dimensi antara alam kasar dan alam ghaib, dan hanya diketahui kewujudannya oleh para wali dan ahli makrifah.
Kini, Panglima Langkasuma telah menabur taat setia kepada Kerajaan Kota Kayang, sebagai Ketua Panglima Perang Ghaib, menyandang gelaran "Wira Purnama Dua Belas", sempena isteri-isterinya yang berjumlah dua belas orang – semuanya dari kalangan darah mulia Bunian dan Jinniah Al-Hilwah. Gundik beliau? Jangan sebut banyak sangat, nanti tuan-tuan pening – yang pasti, ramai dan semuanya halimunan.
Usia:
46 tahun jika dikira menurut putaran masa manusia, namun dalam waktu ghaib beliau sudah menyandang ilmu melebihi 200 tahun pengalaman dalam medan pertempuran ghaib.
SENJATA ISTIMEWA:
-
Kapak Langit Tiga Serangkai
Ditempa dari logam bintang jatuh pada malam Nisfu Syaaban, kapak ini mampu membelah perisai sihir, tembus pertahanan jin kafir, serta menghempas angin ghaib yang mendatang. -
Busur Naga Hitam (Ra’mu al-Aswad)
Sebuah busur unik, diukir daripada kayu Taghzan al-Ghaib dan dihias kepala naga perak. Anak panahnya tidak kelihatan di mata kasar, dan mampu memburu musuh walaupun mereka menyembunyikan diri dalam tujuh lapisan alam ghaib.
KELEBIHAN DAN KEKUATAN DALAM MEDAN PERANG:
-
Tameng Panglima: Boleh membentangkan medan perlindungan ghaib seluas 7 hasta bagi menyelamatkan tuannya dari bala, panah sihir dan serangan jin perang.
-
Isyarat Langit Kedua: Menerima ilham dari penjaga langit ghaib untuk membaca taktik dan niat musuh sebelum musuh bergerak.
-
Kepungan Bayang 12: Akan muncul 12 bayang ghaib – perlambangan dari 12 isterinya – yang berperang serentak dalam bayangan semasa tuannya dalam bahaya.
-
Lafaz Runtuh Tanah: Bila dibacakan ayat tertentu, musuh akan merasa seolah tanah di bawah mereka bergegar, menghilangkan tumpuan dan tenaga batin.
mcm serupa je ni ..😂
ReplyDeleteTulahtu. Kembar tuan tu amiklahhh.. sian kawan tu nak pencen dah 🤣🤣
DeletePatut lah macam kenal, seiras tuan rupanya .. adui
Delete😂😂
Delete