9.5.25

PERANG WW3 BAKAL TERCETUS.. BERSEDIAKAH ANDA ??

 



Perang India–Pakistan 2025

 Api Dunia Sedang Dinyalakan dari Timur


 "Bila dua bangsa bersenjata nuklear berbalah di atas nama dendam lama… maka langit pun mula berdarah."



Dari ufuk Timur, angin sudah berubah arah.

Bulan di langit pun seakan muram… seolah tahu, ada darah bakal mengalir di antara dua negara bersaudara yang dah lama berseteru: India dan Pakistan.


Pada 7 Mei 2025, satu tamparan ghaib melanda dunia — bukan datang dari jin, bukan dari ifrit, tapi dari tangan manusia sendiri yang sudah hilang warasnya.


India, dengan nama operasinya yang berbunyi lembut tapi menikam ,Operasi Sindoor yang melancarkan serangan udara ke atas wilayah Pakistan. Sembilan lokasi jadi padang jarak, padang tekukur. Asap berkepul di atas Masjid, pasar, dan rumah. Jiwa-jiwa tak bersalah menggelepar. Di bahagian lain dunia, manusia masih tidur lena — tak tahu bahawa Kiamat kecil sedang memulakan kakinya di bumi Kashmir.



Pakistan Balas Dengan Taring


Negara yang diasaskan atas nama Islam itu tidak berdiam diri. Lima jet pejuang India dihumban ke bumi. Angin di utara berubah jadi panas.


Dari sisi langit, para khodam perang mula bergerak.


Kita tidak lihat dengan mata kasar, tapi jika anda diam, pejam mata… akan nampak ribuan roh pejuang dari zaman Ghaznawi hingga ke pejuang Kashmir bersedia menghunus doa.


Dan kata Menteri Pertahanannya, “Perang nuklear? Ia bukan amaran… tapi pintu yang sedang terbuka perlahan.”



Kashmir — Bumi Berdarah yang Dirahsiakan


Pahalgam, Kashmir – 26 orang pelancong dibunuh kejam. India tuduh Pakistan, Pakistan menafikan. Yang pasti, ada pihak ketiga yang bermain silap mata — mahu dua naga ini membakar satu sama lain hingga dunia jadi abu.


 jangan terkejut kalau tok kata, ada tangan-tangan ghaib antarabangsa yang mahu melihat dunia Islam dan Timur bertelagah. Mereka menyalakan api, dan kita dijadikan kayu bakar.



Langit Dunia Kini Terkoyak


Syarikat penerbangan antarabangsa ubah laluan.

Lapangan terbang ditutup.

Pasaran saham mula goyah.

Langit jadi medan pertempuran burung besi… dan ghaib.

Kalau dihalusi, tiap malam kini terasa berat, mimpi manusia semakin pelik, dan anak kecil menangis tanpa sebab.

Itu bukan dongeng.

Itu petanda.



Apa Peranan Kita?


ini masa untuk kita bangkit, untuk pendoa bersujud.

Bangunkan khodam, semadikan pendinding.

Berdoalah dengan hati.

Bumi ini milik Allah, bukan milik nafsu dunia.


Kalau perang ini meletus, jangan kata tak diberi amaran.




Firman Allah:

> "Dan apabila dikatakan kepada mereka: 'Janganlah kamu membuat kerosakan di bumi', mereka menjawab: 'Sesungguhnya kami orang-orang yang membuat kebaikan'."

(Al-Baqarah: 11)



Dunia Dalam Fasa Perang Jiwa


Bumi India dan Pakistan kini menjadi medan ujian.

Tapi sebenarnya, peperangan ini bukan di sana…

Perang sebenar ada dalam hati kita semua.

Antara akal dan nafsu, antara fitrah dan amarah.



Bersedialah semua.


 Bersedialah Sebelum Terlambat


 "Dunia sedang bergoncang. Bukan lagi retorik, bukan sekadar berita TV. Ini zaman tanda-tanda, bila langit berdarah, bumi membuak, dan manusia hilang arah."



Wahai rakyat Nusantara…

Bangunlah dari lena panjang.

Jangan tunggu perang sampai depan rumah, baru nak gali lubang.

Hari ini dunia terancam, bukan sahaja dari senjata — tapi juga dari krisis ekonomi, kelaparan, perpecahan, dan tenaga ghaib yang sedang dibebaskan oleh tangan-tangan jahat.


Adakah anda yakin simpanan duit anda boleh bertahan?

Adakah anda pasti makanan masih ada bila kilang ditutup dan jalan raya disekat?


Tubuh tanpa ilmu = jadi mangsa.

Harta tanpa pelindung = jadi rebutan ghaib.

Rumah tanpa penjaga = jadi pintu masuk makhluk liar.


Sudah terlalu ramai datang mengadu:

– “Tok, perniagaan saya jatuh mendadak…”

– “Tok, anak saya kena rasuk waktu azan…”

– “Tok, rumah saya panas macam api walau hujan turun setiap hari…”


Mereka semua datang selepas musibah berlaku.

Tapi Tok Muda ingin beri amaran:

Jangan jadi manusia yang hanya mencari khodam selepas musuh berjaya masuk.


Sekaranglah masanya untuk memaharkan pendamping ghaib,

Bukan untuk menunjuk, tapi untuk bertahan.

Bukan untuk kaya semata, tapi untuk terus hidup dalam dunia yang semakin liar.


Bersedialah dalam 3 bentuk:


1. Ekonomi:

Sediakan pelindung kekayaan ghaib — khodam yang menarik rezeki, menolak kebocoran.



2. Fizikal:

Perkuatkan diri — bukan dengan senjata, tapi dengan tenaga mistik dan pagar ghaib.



3. Rohani:

Jangan biarkan jasad kuat, tapi jiwa kosong. Khodam bukan sekadar penjaga, tapi pengingat.




No comments:

Post a Comment