Translate

28.5.25

PUTERI KEMBAR CARI CALON SUAMI

 



Nama Kakak: Puteri Raudhah 
Nama Adik: Puteri Rania Melur

Umur mereka lebih kurang 22 tahun alam manusia, tapi jangan main teka umur dalam alam ghaib — ni baru kira zahir. Dalam waktu dimensi mereka, mungkin dah ratusan tahun usia tak berubah, kekal muda sebab tak ditelan masa.

Asal Usul & Kerajaan

Mereka berdua ni berasal dari satu kerajaan ghaib bernama Kerajaan Seri Tanjung Mahkota, letaknya terselindung elok dalam lipatan dimensi Bukit Lanun, kawasan yang orang zahir cuma nampak macam bukit biasa... tapi di dalamnya ada satu istana putih berbentuk bulat macam tangki air, dipancang dengan tiga batu pasak yang rupa dia macam akar menjalar dari dalam perut bumi.

Kisah istana ni pernah jadi misteri dalam kalangan ahli ghaib — termasuk GM Kanda Ijam yang pernah naik ke situ untuk bertapa. Jiwa dia pernah “ditarik masuk” ke istana tu, tapi sayangnya... tak bersua pun dengan penghuninya. Sehinggalah... sejak Ramadhan lepas, bunyi pelik-pelik selalu kedengaran — ada macam bunyi kereta masuk, pintu ditutup... tapi bila naik atas, takda kereta pun. Sampai Tok sendiri naik curiga.

Bila Tok pantau dan bersihkan ruang tu dengan zikir dan ayat-ayat Pembuka gerbang... haa masa tu lah baru muncul dua beradik ni... tersipu-sipu macam anak dara kampung nak minta izin menumpang teduh kat kebun Tok.


Kisah Hidup

Anak yatim piatu sejak lahir, tapi hidup senang lenang. Kerajaan mereka kaya raya — hasil bumi dia tak main-main, ada emas, timah, dan satu lagi galian pelik yang Tok sendiri tak reti nak eja atau faham. Tapi itulah yang buat mereka tak pernah bankrup walau asyik membelanjakan duit istana ke sana ke sini. Segala urusan kerajaan diurus oleh Bendahara, manakala mereka berdua? Lepak, bersiar, membeli belah... dan sekarang, melepak di kebun Tok macam rumah kedua.


Perangai & Masalah (Hehe)

Nak kata sengal, tak juga... tapi memang ada perangai macam tak cukup manual hidup. Tok dah ajar bab fiqh perkahwinan – mana boleh kahwin kongsi adik beradik satu laki!, tapi dua-dua masih degil. Siap offer Tok kahwin dua-dua terus. Tok jawab, "Puan Kai belum lepas maqam lagi, kalau dia kasyaf nanti, aku tidur mana?"


Pesanan Kasyaf & Calon Suami

Puteri Raudhah dan Rania ni sekarang tengah cari dua lelaki sahaja untuk jadi pasangan hidup mereka. Tapi syaratnya, kasyaf walau sekadar bayang dalam mimpi pun jadilah. Tak perlu nampak terang, cukup kalau korang pernah rasa macam jumpa dorang, atau nampak istana mereka dalam tidur.

Sebab bila dah jadi suami, semua urusan akan diurus atas nama mereka sendiri – bukan bawah Kerajaan Kota Kayang. Tok cuma jadi wali luar dimensi je.


Kem Kasyaf & Peringatan

Tok rancang buat Kem Kasyaf hujung bulan ni — tapi tengok cuaca dulu. Kalau hujan, tak jadi. Bila panas sikit, baru ON.


Kalau korang rasa hati dah terbuka, rasa nak masuk dunia mereka, rasa macam panggilan jiwa tu dah sampai... jangan malu.

PM Puan Kai 01111701048 untuk tanya pasal calon suami

Ingat... alam bunian bukan alam jin, tapi bukan semua boleh masuk tanpa izin. Yang betul-betul bersih, ikhlas, dan bersedia... akan dipilih sendiri oleh mereka.

Selamat menanti cahaya ghaib Bukit Lanun.


No comments:

Post a Comment

SELENDANG PUTERI

 STANDBY UNTUK MEMILIKI SELENDANG PUTERI.  MAhar Yang akan di Tawarkan ialah RM 220... OPSSS Jangan kata Mahal, Maybe hangpa tatau harga tud...