Translate

19.6.25

RAMUAN MINYAK ANGIN ( KUNCI )

 Hari ini tok nak reveal 1 ramuan minyak... dari dok beli minyak baik buat sendiri... 

Sekarang banyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak minyak di jual, kalah P Ramlee. haha.

Kalau tengok kat table kedai runcit, macam macam jenis kan?... ok lah .. apa kata tok ajarkan anda buat minyak dan kuncinya?..


KUNCINYA: 

1. perasan tak minyak ada 3 kaler je?... merah, hijau , putih?... kenapa 4 warna?.. KUNCINYA

i) Yang kaler merah pakai 2T merah sebagai pewarna, 1 botol 2T boleh hasilkan lebih 300 botol minyak angin

ii) Yang kaler merah juga sama , dari Minyak 2T sebagai warna, JANGAN LETAK BANYAK.. CUKUP RASA SAJA . BAB BAU DIA?.. JGN RISAU, DI JELASKAN DI BAWAH.

iii) Yang takde kaler?.. sebab takde 2 minyak di atas dan di bawah

iv) Kaler coklat kuning?.. tu minyak masak



2. Di campur sedikit dengan Minyak Tomoi siam, Minyak Tomoi siam botol oren tu ada 2 jenis, cari yang jenis minyak tak melekit di kulit, ambilkan sikit dan campurkan, ini untuk ambil baunya sahaja 


3. Menthol : untuk efek sejuk, ada di jual di shopee. nak sejuk kuat , boh banyak, nak sejuk sikit boh sikit... 


4.Menthyl : Untuk efek panas, nak panas kuat, boh banyak, nak panas sikit boh sikit

( KEDUA EFEK DI ATAS NI ANDA KENA PAKAI PENYUKAT NAK TAU BERAPA ANDA PERLUKAN )

* Tapi kosnya sangatlah murah dan sukatan cuma dalam sudu kecil atau setengah sudu kecil sahaja

================================

RAHSIA EFEK 

Darah kita panas.. Bila urat masuk angin ia akan bengkak atau kembang serta sakit. KITA PERLUKAN EFEK PANAS iaitu MENTHYL untuk melegakan urat yang bengkak ( LOJIK ASAS BILA SAKIT KITA AKAN USAP ATAU TUAM )


Terseliuh, otot kejang ... Kita perlukan efek Sejuk Iaitu MENTHOL, dan lagi sejuk lagi bagus untuk mengurangkan rasa sakit ( LOJIK ASAS UBAT SPRAY TAHAN SAKIT EFEK SEJUK UNTUK MEMBUATKAN SEL KEBAL SAKIT SEMENTARA )


================================

RAHSIA GIMIK

Herba yang di gunakan bukan semua untuk di sapu luaran, melainkan jika ia mempunyai rasa pahit berketinggian tinggi , PERNAH RASA UBAT KEBAS?... IA RASA PAHIT. tok pernah rasa ia di klinik, rasa pakai lidah la.. Jadi kebanyakan HERBA dan akar kayu dalam tu ialah GIMIK agar ia tak mudah di tiru pesaing. 

Ubatan herba KEBANYAKAN adalah untuk di jadikan ubat minum, bukan SAPU. 


KENAPA TOK REVEAL PEMBUATAN MINYAK ANGIN UNTUK SAKIT URAT , TERSELIUH SEMUA NI ?

Actually tok tak reveal semua, contohnya JENIS MINYAK YANG DI PAKAI DAN SESUAI. kebanyakan pembuat minyak yang TAMAK dan nak JALAN MUDAH ) ( SORRY TO SAY ) menggunakan minyak masak yang bukan semua orang boleh pakai kerana ia boleh menimbulkan iritasi gatal pada kulit bagi yang alahan serta sangat berminyak... beli sebotol minyak masak Baru Berapa RM?... kemudian Hasilkan, kos sebotol sebenarnya tak sampai RM 2.50 ( jika ia botol tanpa label dan kotak )

Lagi likat jenis minyak, maka lagi bagus, kerana ia jimat tapi kosnya MAHAL ( perlu banyak bahan utk tampung kelikatan minyak ) ..


JADI PENYELESAIANNYA IALAH

Ada Menthol dan Menthyl di pasaran, apa anda perlu lagi minyak angin untuk masalah sakit urat dan juga kos sebagai pengurut tradisional?.. TAK PERLU. 

Yang dok ambil di pokok tu sebab zaman dulu takde semua bahan ni di jual terbuka... sekarang dah ada, MURAH PULA. Buat sendiri. 


========================================

MINYAK GAMAT?


1. beli cucumber sea di Shopee dan rebus dengan minyak, isipadu ialah 500 gram dengan 1 liter minyak, kemudian 1 liter itu boleh hasilkan lagi 5 liter minyak dengan di campur . Ada yang pakai minyak kelapa dara ( jarang,, sebut je tapi bukan ) atau zaitun ( jarang juga sebab mahal ) tapi kalau nak pakai sendiri, better pakai dua jenis minyak ni la baru premium.

2. Potong hgalus gamat tu dan rebus dengan 1 liter minyak ni

3. campurkan dengan kulit kayu manis dan daun pandan.... ada org kata utk buang angin...INI GIMIK DAN TAK DI PERLUKAN, sebab kegunaan gamat untuk luka, tak perlu campur bahan lain jika sekadar untuk merawat luka. 

4. Jika untuk luka PASTIKAN anda tak pakai minyak sawit kerana ia boleh menyebabkan iritasi pada luka,  gunakan minyak yang bertekstur lembut seperti minyak zaitun atau minyak kelapa dara ( ada vit E )


Okay.. ini asasnya sahaja..kalau anda nampak ramuan ni dan nak buat produk sendiri.. buat je lah.. tapi makin banyak la jenis minyak di pasaran .. kalau nak jaga kualiti, menthol dan menthyl tu kena letak banyak. 

Untuk sakit lutut apa yang di perlukan ialah kedua dua sekali . MENTHOL DAN MENTHYL di campurkan sekali. Apa lah yang susah sangat..

Zaman GAWAT ni kena pandai nak hidup.. baik perngguna baik penjual. 

   

No comments:

Post a Comment

SELENDANG PUTERI

 STANDBY UNTUK MEMILIKI SELENDANG PUTERI.  MAhar Yang akan di Tawarkan ialah RM 220... OPSSS Jangan kata Mahal, Maybe hangpa tatau harga tud...