KHODAM: ILMU YANG DIANGGAP SESAT, TAPI SEBENARNYA DITINGGALKAN, BUKAN DILARANG
oleh Basyri dari Bukit Ajyad, Mekah
Wahai semua pembaca yang dikasihi, izinkan Saya ni nak bukak cerita sikit... cerita pasal khodam. Ya, khodam! Bukan kodam, bukan kodim, bukan juga komando. Tapi khodam – pembantu dari alam ghaib yang Allah cipta dari kalangan makhluk halus seperti jin, atau yang terikat dengan asma’ Allah dan amalan para wali.
Kenapa Ilmu Khodam Tak Dapat Perhatian?
Benda ni Saya fikir sejak balik dari Mekah. Di Mekah dulu, ilmu khodam bukan cerita dongeng. Di lorong sempit Syari' al-Jiyad, dekat masjid lama yang uzur tu, ada seorang syeikh tua – Syeikh Sa’ban al-Juhani, dia ajar amalan khodam asma’. Jemaah dia tak ramai, tapi yang datang semua ahli zikrullah. Mainan khodam di sana bukan macam sini. Di Mekah, khodam dipanggil untuk jaga rumah, untuk beri ilham waktu qiam, bahkan untuk bantu rawat orang yang terkena sihir. Serius.
Di Malaysia? Hmmm... bila sebut "khodam" je, terus dapat cap sesat, bomoh, tak betul, syirik. Sampai ada yang kata “ni mesti amalan syiah”, padahal... khodam ni disebut dalam kitab Ahlus Sunnah pun ada!.
Antara Yang Mengajar Ilmu Ini:
Pondok-pondok tradisional, terutama di Pattani, Kedah, Kelantan dan sesetengah tempat di Sumatera, memang ada ajar. Tapi bukan ajar main-main tau. Mereka tekankan asas tauhid dulu, jaga solat, zikir kuat, baru buka bab khodam. Sebab khodam bukan untuk gaya. Ia amanah.
Ulama Tak Larang, Tapi Tak Galak. Kenapa?
Dalam al-Fatawa al-Kubra oleh Ibn Taymiyyah, jilid 4, muka surat 462:
وَقَدْ يَكُونُ مَعَ الرَّجُلِ مَلَكٌ أَوْ شَيْطَانٌ، أَوْ جِنِّيٌّ يُخَاطِبُهُ، وَهَذَا كَثِيرٌ فِي النَّاسِ
"Dan sesungguhnya bersama seseorang itu boleh ada malaikat, atau syaitan, atau jin yang berbicara dengannya, dan ini adalah perkara yang banyak berlaku dalam kalangan manusia."
Ibn Taymiyyah sendiri tak kata haram. Dia kata ia berlaku, dan kita kena jaga agar tak terpesong. Tapi larang terus? Tak ada.
Khodam Asma' Allah: Bukan Mitos
Dalam Manba’ Usul al-Hikmah, Sheikh Ahmad bin Ali al-Buni menyebut bahawa setiap asma’ Allah ada khodam yang menjaga kekuatan lafaznya. Contoh, Asma’ “Ya Hayyu Ya Qayyum” – ada khodam dari kalangan malaikat hafazah yang hadir ketika seseorang zikirkannya dengan istiqamah.
Kata al-Buni:
وَلِكُلِّ اسْمٍ مِنْ أَسْمَاءِ اللَّهِ خَدَمَةٌ مِنَ الْمَلَائِكَةِ وَالْجِنِّ وَالنُّورِ الْمُهَيَّمِينَ عَلَى تَصْرِيفِ ذَلِكَ الِاسْمِ
“Setiap Nama daripada Asma’ Allah ada para khadam dari kalangan malaikat, jin dan cahaya yang ditugaskan mengurus kekuatan nama itu.”
Kitab Manba’ Usul al-Hikmah, m.s. 11.
Agama Lain Pun Masuk Dengan Roh-Roh Mereka
Sementara umat Islam tolak khodam, budaya barat masuk melalui "spirit", "guardian angel", "medium", "conjuring", "ritual pagan". Tak percaya? Tengok saja dalam filem. Penuh dengan benda ghaib, tapi versi mereka. Kita? Bila nak guna ilmu sendiri yang halal, terus dicap "syirik".
Nabi SAW pernah bersabda:
"Kamu akan ikut jejak langkah orang-orang sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, hingga kalau mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun, kamu akan ikut juga."
(HR Bukhari dan Muslim)
Islam Ada Ilmu, Tapi Kita Tak Guna. Kenapa?
Saya tanya ni ikhlas: kalau ilmu khodam ini disebut oleh para ulama terdahulu, dan ia tak melanggar hukum syarak, kenapa kita tak guna?
Adakah sebab kita tidak yakin?
Allah berfirman:
"Dan barang siapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit."
(Surah Taha: 124)
Kalau kita abaikan ilmu yang Allah izinkan, tapi pilih ilmu luar yang kita tak faham, itu tanda hati dah mula tak yakin. Bila tak yakin, kita mula mendekati syirik.
Allah Ta’ala dah ingatkan:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni dosa yang selain itu bagi siapa yang Dia kehendaki."
(Surah an-Nisa': 48)
Kesimpulan: Khodam Itu Amanah, Bukan Mainan
Jangan kata khodam itu sesat, padahal kamu tak pernah belajar dari sumber yang betul. Jangan biar orang luar kawal minda kita dengan ilmu ghaib mereka, sedangkan kita sendiri ada ilmu ghaib yang Allah izinkan.
Khodam bukan punca syirik. Syirik itu bila hati berpaling dari Allah. Khodam itu wasilah, bukan tujuan. Kalau betul-betul belajar, kamu akan nampak... yang dulu-dulu tu kuat sebab mereka bukan hanya ada ilmu, tapi ada khodam yang menjaga zikir, solat, dan wirid mereka.
Kalau tak yakin, jangan pandang rendah. Tapi kalau yakin, belajarlah. Ilmu ni masih hidup... cuma menanti yang sanggup menggali.
Basyri,
Dari lorong kecil Bukit Ajyad, kini menumpang di kaki Jerai, Kejap lagi saya balik dah kebetulan Hantar 1 customer balik gurun siang semalam, tak sempat jumpa Syeikh , ada urusan di rumah.
No comments:
Post a Comment