Translate

29.8.25

Raga Kosong Naik, Raga Penuh Turun: Catatan Jerai Tok Muda

 Beberapa hari lalu, Tok Muda berkongsi kepada hamba akan perjalanan beliau bersama Puan Kai di Gunung Jerai. Kisah ini hamba catatkan kembali sebagaimana beliau ceritakan kepada hamba, supaya menjadi ibrah dan hiburan rohani buat kita semua.

Pada hari pertama sampai di sana, kata Tok Muda, beliau dan isterinya bercadang mahu bermalam di kawasan Batu Kapal. Tetapi sudah ada orang lain berkhemah di situ. Malam itu gelap, hujan mencurah-curah, kabus menutupi hutan, kedinginan sampai menggigil tulang.

Dalam suasana itu, Puan Kai terasa benar ingin membuang air. Mereka cuba ke hotel berhampiran, namun tandas sudah ditutup. Tandas di medan juga terkunci. Tok Muda lalu bertanya lembut kepada isterinya,
“Sayang, dah tak boleh tahan sangat ke?”
Puan Kai jawab masih boleh tahan. Namun Tok Muda berseloroh kepada hamba, “Aku tahu benar, kalau perempuan kata boleh tahan, itu tandanya memang macam empangan nak pecah, kikiki.”

Akhirnya langkah mereka membawa ke satu kawasan lain. Terlihat sekumpulan manusia sedang duduk minum. Salam diberi, lalu Tok Muda memohon izin menggunakan tandas. Permintaan disambut mesra.

Selesai hajat isterinya, Tok Muda pun berbual-bual seperti biasa. Rupanya orang-orang itu semuanya orang dalam – sahabat seperjuangan yang sudah berbaiah. Seorang yang lebih tua memperkenalkan diri. Bual bicara yang asalnya singkat akhirnya jadi mesra.

Ketika Tok Muda mahu beredar, hujan yang reda tadi kembali turun lebih lebat. Maka lepaklah beliau lagi di situ, sambil berbual dengan mereka. Melihat Puan Kai mula menguap beberapa kali, Tok Muda minta izin untuk pasang khemah. Mereka izinkan.

Malam itu, Tok Muda tidur-tidur ayam sahaja. Jam 4.30 pagi, beliau terdengar orang berjalan di luar khemah memberi salam:
Syeikh, Syeikh Serban Hijau sudah menunggu di Batu Kapal.

Seketika itu juga Tok Muda bangun bersama isterinya. Mereka berjalan perlahan, bimbang mengganggu yang lain. Sampai di belakang Batu Kapal, bertemu dua sahabat lama – Syeikh Serban Hijau dan Syeikh Serban Hitam.

“Pertemuan itu,” kata Tok Muda kepada hamba, “sungguh mesra. Kami berpelukan erat seperti sudah lama tidak bertemu.”

Syeikh Serban Hijau menghadiahkan sebungkus jerami berisi ramuan ubat, bersama dua jenis akar dan pokok. Beliau berkata,
“Ambillah sahabat. Campurkan ramuan ini, insyaAllah menjadi penawar bagi segala penyakit kecuali yang berkaitan rangka.”
Selawat sentiasa basah di bibirnya.

Syeikh Serban Hitam pula memberikan sebatang kayu seakan kayu sugi. Katanya,
“Potong, rendam dalam air, lalu ambillah air di Telaga Pak Syeikh. InsyaAllah ia penawar bagi masalah khayal seperti dadah dan arak, juga menguatkan tenaga lelaki. Tapi jangan berlebihan, jika berlebihan ia jadi sia-sia.”

Sebelum berpisah, Syeikh Serban Hijau tersenyum lalu berpesan,
Kamu sudah berusia, tidak lama lagi kamu akan bersama dengan kami semula.

Tok Muda berkata kepada hamba, pertemuan itu singkat tetapi penuh makna. Subuh hampir tiba, lalu mereka kembali ke khemah.

Esoknya, mereka ke Telaga Pak Syeikh. Kelihatan seorang pemuda bercakap seorang diri. Puan Kai hairan, “Biy, orang tu cakap dengan siapa?” Tok Muda hanya tersenyum, “Dia nampak yang lain, tapi kerana dadah sudah merosakkan urat sarafnya. Sebab itu dia berbual begitu.”

Kata Tok Muda kepada hamba, ramai manusia sebenarnya boleh kasyaf, tetapi rahsianya terletak pada urat saraf di kepala. Ada cara pernafasan, ada titik tertentu di kepala, ada pula cara lembut yang beliau ajarkan sendiri – biarkan saraf berkembang melalui kawalan minda. Namun katanya, “Biasalah, orang lebih percaya cara susah daripada cara mudah.”

Hari ketiga, Tok Muda dan Puan Kai banyak bergaul dengan penghuni khemah. Malam itu datang seorang ustaz dari Baling, namanya Ustaz Lan. Perbualan bermula syariat, masuk hakikat, akhirnya menyentuh maqam makrifat.

Tok Muda menguji dengan beberapa soalan, termasuk tentang talak, niat, marah, hingga hal orang gila. Pada mulanya ustaz itu menjawab berhati-hati. Tetapi apabila Tok Muda “menekan” dengan cara psikologi, akhirnya ustaz itu membuka jalannya yang sebenar – jalan sufi.

Dari situ, kata Tok Muda, perbualan deras mengalir: tentang solat hakiki, iman, akhlak, tauhid. “Aku rasa syukur sungguh,” katanya kepada hamba. “Naik Jerai dengan raga kosong, turun dengan raga penuh.”

Saat bersalaman dengan ustaz itu, air mata Tok Muda menitis. Puan Kai seperti biasa, wajahnya selamba. Bualan itu bukan bahasa biasa, ia bahasa sufi yang penuh qiyas.

Dalam perjalanan turun, Puan Kai bertanya,
“Biy, sembang apa dengan ustaz tu, saya tak faham langsung.”
Tok Muda hanya tersenyum nakal dan menjawab,
“Eh, ada anak beruk. Jom ambik.”
Puan Kai pun teralih perhatian, “Tu comel lah, ambillah biy.”
Tok Muda hanya ketawa kecil di dalam hati, “kikikiki.”

Demikianlah, kisah yang Tok Muda ceritakan kepada hamba. Mereka naik dalam keadaan kosong, dan pulang dengan penuh hikmah.

Alhamdulillah.


-----------------------------------------------


Anda boleh mulai order :

1. Tonik Puncak : RM 39

= Untuk semua penyakit kecuali tulang rangka, minum sekali terus ada nampak kesannya




2. Air puncak : RM 39

= Membuang rasa ketagihan dadah, rasa khayal jadi kurang selepas turun dari jerai, mungkin suhu panas bawah melupuskan sedikit elemen khayalnya ( bagus lah ) , menguatkan darah dan memperbaiki zakar yang lemah dan mati pucuk




3. Penawar Puncak : RM 120

= Ini sedikit mahal kerana pengguna perlu minum sekali sahaja, ia membuang semua toksik dan kolesterol jahat dalam badan menjadi seperti tubuh baru lahir, tidak risau lagi masalah jantung, stroke dll






4. Kopi Puncak : Akan datang, Jual By kilo sebab tok tak pakai kilang untuk pack, sekilo in Sha Allah dalam RM 80

= Badan rasa ringan, sedikit efek khayal, menguatkan zakar, membersih darah dan berasa segar setiap hari. Bila berjalan sedikit berasa seperti berjalan di atas udara *( efek mengikut sukatan yang di gunakan )


Semua tidak termasuk kos pos, asing ya

No comments:

Post a Comment

KERAMBIT ISIAN UNTUK DI MAHARKAN

   Di Maklumkan sebuah kerambit ingin di maharkan dan ia sudah tok isikan dengan beberapa kelebihan dan paling tok tekankan ialah penglimuna...