Translate

12.5.26

KHODAM PANGLIMA AZZAFIR

 




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Tok nak cerita sikit pasal satu benda yang orang luar selalu salah faham bila dengar nama “Khodam Panglima”. Bila sebut ja panglima, terus depa bayang macam dalam filem… mata merah menyala, bunyi guruh berdentum, berdiri atas bukit sambil angin tiup jubah macam iklan syampu. Padahal bukan macam tu pun. Kalau semua panglima muncul tiap malam dengan asap berkepul, mahu tok sendiri pindah tidur rumah jiran. Sebenarnya khodam panglima ni lebih kepada semangat pendamping yang membawa aura ketegasan, gerun dan kepimpinan kepada tuannya. Orang lama dulu bukan sembang kosong bila depa kata ada manusia yang sekali pandang ja dah rasa berat nak lawan. Ada orang masuk kedai… pekerja terus jadi senyap. Yang biasa pijak kepala pun tiba-tiba cakap lembut macam baru lepas dengar ceramah subuh. Benda ni bukan magic kartun. Ia lebih kepada perubahan pembawaan diri. Tok dah lama bermain dalam dunia barang lama, geliga, penarikan dan pendamping ni… dan tok boleh kata, khodam panglima antara yang paling susah nak jumpa sebab dia bukan jenis ikut semua orang. Ada orang beli barang mahal ribu-ribu… tidur tetap berdengkur sampai dinding bergegar. Tapi ada orang baru beberapa malam berdamping, cara bercakap mula berubah. Dulu jenis takut nak bersuara. Orang herdik sikit terus diam. Tapi lepas bersama panglima, bukan jadi samseng… cuma orang mula rasa segan nak pijak kepala dia.


Panglima ni dia bukan kerja bagi duit jatuh dari siling rumah sampai boleh beli Alphard minggu depan. Kalau macam tu, tok dah lama buka showroom Ferrari dekat Kangar. Tapi panglima ni dia bekerja perlahan-lahan melalui semangat tuannya. Bila hati mula kuat, cara berjalan berubah. Cara pandang manusia berubah. Cara buat keputusan pun jadi lain. Dan peliknya… kadang orang sekeliling lebih dulu nampak perubahan tu daripada tuan badan sendiri. Tok pernah ada seorang customer, dulu hidup dia memang lembut sangat. Orang pinjam duit tak bayar pun dia senyum lagi. Pekerja pijak kepala. Kawan guna nama dia sana sini. Lepas beberapa bulan berdamping dengan panglima, dia mai jumpa tok sambil gelak. Dia kata, “Tok… saya taktau kenapa sekarang bila orang nak tipu saya… depa sendiri jadi takut nak sambung.” Tok cuma senyum ja sebab benda macam ni tok dah banyak kali nampak. Kadang bukan sebab kita ni terlalu lemah… tapi aura kita terlalu mudah dimakan orang. Panglima ni bantu bina satu lapisan semangat dalam diri. Bukan suruh cari gaduh kat kedai tomyam pukul 2 pagi. Yang tu namanya cari bil hospital. Tapi dia bantu bagi ketahanan hati. Macam pokok besar… ribut mai, daun jatuh sikit, tapi batang tetap berdiri.


Dan satu benda yang tok perasan sepanjang menyimpan pendamping panglima ni… dia kuat bab “gerun”. Gerun tu bukan sampai orang nampak lembaga hitam tepi almari terus pengsan sambil baca Yasin terbalik. Bukan macam tu. Gerun ni lebih kepada orang rasa segan nak buat benda bukan-bukan dengan kita. Kadang orang yang ada niat buruk pun tiba-tiba tarik handbrake sendiri bila berdepan dengan tuan dia. Dunia ni sebenarnya banyak benda pelik, cuma manusia moden sibuk sangat dengan phone dan wifi sampai lupa dunia batin pun ada jalurnya sendiri. Sebab tu orang lama dulu suka simpan pendamping panglima bila berniaga jauh, masuk hutan atau berjalan malam. Bukan nak tunjuk hebat… tapi untuk kuatkan semangat hidup. Tok pun bukan selalu buka barang macam ni sebab tenaga dia berat. Ada orang pegang terus rasa panas, ada yang mimpi pelik, ada yang tiba-tiba jadi rajin bangun awal subuh. Haa yang ni paling misteri sekali sebab manusia zaman sekarang alarm bunyi lima kali pun masih peluk bantal macam peluk hutang. Tapi itulah… setiap panglima lain sifatnya. Ada yang kuat bab perlindungan, ada yang kuat bab kepimpinan, ada yang kuat bab perniagaan. Dan panglima ni bukan suka tuan yang hati busuk atau suka aniaya orang. Kalau beli sebab ego, biasanya tak lama. Tapi kalau benar-benar mahu kuatkan semangat hidup, lindungi keluarga dan bangkit semula selepas jatuh… kadang-kadang di situlah panglima mula membuka jalannya sendiri. 



Biodata : 


Nama : panglima azzafir 

Umur : 400 tahun alam kita 

Pengawal kerajaan hitam 




MAHAR : RM500



01111701048 (PUAN KAI ) 

No comments:

Post a Comment

KHODAM RAJA NAGA EMAS

  Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh… Tok nak cakap terus terang malam ni… sepanjang tok bermain dalam dunia pendamping, penarikan, ...