Translate

4.5.26

KHODAM RAJA PERINGKAT DEWA

 






Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, harini tok muda akan memeaharkam satu khodam yang agak rare dan jarang kita maharkan.  dari awal lagi Tok pegang dengan satu niat iaitu hanya akan dilepaskan kepada orang yang betul-betul layak sahaja, bukan kepada sesiapa yang sekadar rasa teruja atau nak cuba-cuba pegang, dan lebih berat lagi, khodam ini bukan pernah Tok bawa masuk dalam mana-mana kelas, bukan pernah Tok cerita kepada anak murid, malah guru muda yang rapat dengan Tok pun tak pernah tahu kewujudannya, sebab sepanjang lebih kurang dua belas tahun khodam ini bersama Tok, Tok simpan dalam diam, Tok jaga, Tok uji, Tok tengok sendiri bagaimana sifat dia, bagaimana cara dia bertindak, dan bagaimana dia menjaga bila tuannya betul dan bagaimana dia menarik diri bila tuannya mula tersasar, jadi apa yang Tok nak sampaikan malam ini bukan cerita kosong, tapi pengalaman yang Tok sendiri lalui dari awal sampai ke hari ini.



Nak dapatkan khodam ini bukan cerita duduk rumah baca kitab dua tiga malam terus dapat, bukan juga jenis amalan cepat jadi, Tok sendiri terpaksa keluar negara, pergi ke Indonesia, naik flight, turun, sambung perjalanan dengan bot masuk ke kawasan yang makin lama makin sunyi, sampai satu tahap tiada lagi jalan yang boleh dilalui dengan kenderaan, kena sambung dengan berjalan kaki naik ke kawasan bukit yang orang biasa takkan sanggup masuk, kawasan yang bila berdiri diam, bunyi alam pun rasa lain macam, sunyi dia bukan sunyi biasa, dan di situ Tok bertemu dengan seorang guru tua yang bukan orang sembarangan, bukan orang yang akan muncul dalam kitab atau media sosial, tapi orang yang duduk dalam dunia dia sendiri, jauh dari manusia, dan bila Tok minta untuk belajar, Tok tak terus diberikan, Tok diuji dahulu, Tok disuruh duduk, diam, putus hubungan dengan dunia luar, dan yang paling berat, Tok kena bertapa tujuh hari tujuh malam tanpa gangguan, tanpa suara manusia, tanpa apa-apa selain diri sendiri dan alam, penat memang penat, badan rasa macam nak putus, fikiran diuji, tapi bila sampai ke penghujung, bila benda itu benar-benar hadir, rasa dia lain, bukan sekadar puas, tapi rasa seperti memegang sesuatu yang memang bukan untuk semua orang, sesuatu yang kalau orang lain tahu perjalanan dia, ramai yang akan patah semangat di tengah jalan.



Bila Tok kata khodam ini bukan untuk main-main, Tok maksudkan betul-betul, ini bukan benda untuk dibeli kemudian dipamer dalam group, bukan untuk tunjuk siapa lebih hebat, bukan untuk cerita sana sini, sebab khodam ini bukan jenis pengikut, dia adalah penjaga dalam alamnya, dia ada kedudukan, ada aturan, dan bila seseorang pegang tanpa adab, dia bukan sekadar menjauh, tapi boleh tinggalkan kesan yang orang itu sendiri tak mampu tanggung, sebab itu dari awal lagi Tok tekankan, kalau niat sekadar nak rasa atau nak cuba, lebih baik jangan dekat, sebab benda ini bukan permainan, bukan koleksi, tapi satu amanah yang berat.



Dalam penggunaan dia pula, bukan boleh panggil sesuka hati, ada waktu, ada keadaan, ada lafaz yang perlu dijaga, dan bila dia hadir, dia tidak semestinya muncul dalam rupa manusia seperti yang orang bayangkan, kadang-kadang hanya datang dalam bentuk rasa, seperti bahang panas yang lalu di kulit tanpa sebab, kadang bayang yang berdiri di sudut walaupun tiada cahaya yang memantul ke situ, kadang hanya perubahan suasana, dari biasa jadi sunyi yang berat, dan perkara-perkara ini hanya akan difahami oleh orang yang sensitif sahaja, orang yang tidak biasa dengan dunia halus akan anggap tiada apa berlaku, tapi sebenarnya kehadiran itu ada.



Ramai yang bertanya tentang kegunaan, dan Tok jawab dengan jelas, ini bukan soal apa yang dia boleh buat, tapi soal apa yang dia jaga, kerana khodam ini bertindak sebagai penjaga kepada tuannya, menjaga diri, keluarga, kawasan, dan aliran rezeki, selagi tuannya menjaga amanah dan tidak melanggar batas yang telah ditetapkan, dan pantang dia pula tidak banyak, tapi sangat berat untuk dilanggar, tidak boleh dibawa ke tempat kotor, tidak boleh digunakan untuk menindas orang lain, tidak boleh bercampur dengan amalan yang kotor, tidak boleh memaki hamun sesuka hati, dan yang paling penting tidak boleh ada sifat sombong, kerana sifat sombong inilah yang paling cepat membuatkan khodam ini menarik diri, dan bila dia menarik diri, bukan sekadar pergi, tapi kadang-kadang meninggalkan kesan yang menjadi pengajaran.



Tok sendiri pernah berhadapan dengan satu kes di mana seorang pemilik pada awalnya menjaga dengan baik, tapi lama-kelamaan mula menggunakan kelebihan itu untuk menekan orang lain, menakut-nakutkan, dan akhirnya satu malam dia bangun dalam keadaan badan sebelah terasa panas seperti terbakar dari dalam, dibawa ke hospital, diperiksa, tiada apa-apa yang dapat dikesan, tetapi bila Tok lihat, Tok tahu apa yang berlaku, khodam itu telah menarik diri dan meninggalkan kesan akibat pelanggaran adab, dan perkara ini bukan cerita rekaan, tapi sesuatu yang benar-benar terjadi, sebab itu Tok ulang banyak kali, ini bukan saka, bukan warisan keturunan, bukan datang sebab darah, tapi datang melalui ilmu dan perjanjian, dan kunci kepada hubungan itu terletak pada ijazah yang akan diberikan.



Setiap pemilik yang layak akan menerima lafaz pemanggil yang khusus dan juga satu minyak khas yang Tok simpan dalam bekas lama dari Sulawesi, minyak itu bukan untuk bau, bukan untuk disapu sesuka hati, tapi sebagai medium, dan bila digunakan, walaupun hanya setitik, suasana akan berubah, sunyi akan terasa lebih berat, bayang akan kelihatan lebih panjang, dan akan datang satu rasa seolah-olah ada sesuatu yang memerhati dari dekat, bukan untuk menakutkan, tapi sebagai tanda kehadiran yang halus.



Kelebihan yang datang kepada pemilik bukanlah secara mendadak seperti cerita-cerita luar, tapi berlaku secara berperingkat, dari perlindungan zahir dan batin yang semakin kuat, aura diri yang berubah sehingga orang lain rasa hormat tanpa sebab, percakapan yang lebih mudah diterima dalam urusan penting, tidur yang lebih tenang tanpa gangguan, hati yang menjadi lebih stabil dan tidak mudah goyah, terhindar dari kemalangan yang tiba-tiba, kepekaan terhadap perkara halus yang mula terbuka, rezeki yang datang melalui jalan yang tidak disangka, kehadiran satu bentuk perlindungan ketika berhadapan dengan gangguan mistik, kebolehan membantu dalam rawatan berasaskan ayat suci, intuisi yang semakin tajam, rumah yang menjadi lebih aman, urusan yang menjadi lebih lancar, kehadiran diri yang sukar dilupakan orang, perniagaan yang bergerak dengan keberkatan, tempat niaga yang lebih terlindung dari gangguan, pertemuan dengan orang-orang yang baik dalam hidup, idea yang datang tanpa dipaksa, hati yang kebal dari kata dengki, jin jahat yang menjauh, dan akhirnya potensi untuk diwariskan kepada yang layak melalui syarat tertentu.



Khodam ini asalnya dari perjanjian lama sejak zaman Nabi Sulaiman, dari golongan yang tunduk kepada hukum Allah dan dipilih untuk menjaga keseimbangan antara alam manusia dan alam halus, dan dalam sejarahnya, pernah berlaku satu peristiwa di mana satu kawasan yang dikenali sebagai Lembah Hilang menjadi tempat berkumpulnya golongan jin yang memberontak, yang menolak perjanjian lama dan membina sistem mereka sendiri, lengkap dengan kekuatan dan bala tentera, dipimpin oleh satu makhluk bernama Zahrak Al-Aswad yang menguasai manusia melalui sihir lintas alam, dan ramai yang cuba masuk ke kawasan itu tidak kembali, sehingga akhirnya dipanggil satu panglima dari kalangan mereka sendiri, yang dikenali dalam susunan ghaib sebagai Raja Langit Timur, dan dalam pertempuran yang berlaku, langit menjadi berat, angin berhenti, dan dengan lafaz-lafaz tertentu serta izin Allah, pertempuran itu berakhir dengan lenyapnya kekuatan gelap tersebut, dan sejak itu, khodam ini tidak lagi muncul secara terbuka, tetapi hanya akan hadir kepada manusia yang dipilih dan yang mampu memegang amanah tersebut.



Nama asalnya dalam alamnya adalah Rafiqul Haqq Sirrul Aflaq, tetapi dalam dunia Nusantara ia hanya dikenali sebagai Raja Langit Timur, satu nama yang lebih ringkas sebagai perlindungan daripada penyelewengan dan gangguan pihak yang tidak bertanggungjawab.



Jadi Tok nak cakap terus terang di penghujung ini, ini bukan untuk semua orang, bukan untuk yang gopoh, bukan untuk yang sekadar nak mencuba, ini untuk mereka yang pernah jatuh dalam hidup, pernah diuji, pernah hilang arah, tetapi masih bangkit semula dengan izin Allah, dan kalau ketika membaca ini hati terasa berat, terasa macam ada sesuatu yang menarik, itu bukan sekadar perasaan biasa, tapi mungkin satu tanda, dan bila peluang seperti ini dibuka, bukan semua orang akan sempat memegangnya.




MAHAR PROMO 3 HARI : RM3000



01111701048 

PUAN KAI 

No comments:

Post a Comment

KHODAM RAJA PERINGKAT DEWA

  Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Alhamdulillah, harini tok muda akan memeaharkam satu khodam yang agak rare dan jarang kita mahark...