Pernah tak anda singgah ke kawasan lata atau air terjun, kemudian terasa seperti “ditegur” oleh penghuni yang tidak kelihatan? kawasan begini sering dikaitkan dengan alam bunian, malah ada yang mendakwa pernah terserempak dengan puteri-puteri jelita yang sedang bermandi-manda.
Begitulah juga cerita yang menyelubungi Lata Hujan yang terletak di Kampung Ulu Kusial Tanah Merah Kelantan . Kalau waktu sudah menghampiri senja, orang kampung di sekitar kawasan itu sendiri jarang mahu berlama-lama di sana. Tempat tersebut memang sejak dahulu mempunyai cerita dan pantangnya tersendiri. Malah pasangan yang senakal mana sekalipun biasanya tidak berani melakukan perkara tidak elok di kawasan tersebut. Boleh dikatakan Lata Hujan menyimpan seribu satu misteri yang sehingga hari ini masih belum benar-benar terungkai.
Tok sendiri sebenarnya baru mengenali kerajaan yang dikatakan berada di bahagian atas kawasan air terjun tersebut. Hendak masuk terlalu jauh ke dalam hutan pun bukan boleh dibuat main. Setahun yang lalu ada cerita mengenai beruang mengamuk, membaham kambing dan menyerang manusia. Kalau bab hantu atau makhluk ghaib, itu satu cerita lain. Yang Tok lebih fikir kalau tiba-tiba berdepan beruang atau rimau dalam hutan...
Ada rimau? Aah... ada. Kalau tak percaya, cubalah masuk jauh ke kawasan sana. Tapi tanggung sendiri risikonya. Kawasan yang Tok ceritakan ini terletak di sebelah Pantai Timur. Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa Tok selalu sangat menyebut tentang Pantai Timur? Adakah sebab Tok mempunyai isteri yang berasal dari sana?
Sebenarnya bukan kerana itu.
Tok rasa ramai sendiri sudah tahu bahawa di sebelah Pantai Timur memang terkenal dengan masyarakat yang masih menyimpan pelbagai petua, amalan dan ilmu tradisional. Boleh dikatakan di sesetengah kampung, hampir setiap keluarga ada sahaja orang yang mengetahui sesuatu ilmu, termasuk Kampung Puan Kai. Kampung Puan Kai ini sedikit ke pedalaman, tetapi bukannya terlalu jauh dari pekan. Lebih kurang 20 kilometer sahaja dari bandar Tanah Merah. Satu perkara yang Tok suka tentang kawasan ini ialah kalau bab perubatan kampung, memang mudah hendak mencari orang. Nak cari bomoh atau pengubat tradisional, macam-macam ada. Ada yang mahir merawat penyakit tertentu seperti kayap, ada yang biasa merawat bayi, ada yang pandai menguruskan kecederaan dan patah, dan bermacam-macam lagi. Boleh dikatakan banyak keluarga mempunyai ilmu rawatan mereka sendiri. Bahkan ibu mertua Tok sendiri pun tahu mengubat orang.
Baiklah...
Tok terus kepada cerita sebenar yang Tok mahu sampaikan. Sebelum pulang tempoh hari, Tok sempat singgah ke lata tersebut untuk bersiar-siar. Tetapi sebenarnya Tok mempunyai satu tujuan lain. Tok mahu menemui seorang puteri yang tinggal di kerajaan tersebut. Puteri ini sangat jelita dan bukan calang-calang kedudukannya. Beliau merupakan antara individu yang diberikan hak untuk memegang beberapa senjata khazanah kerajaan.
Namanya Puteri Rashidah adik kepada Puteri Rasitah , atau lebih dikenali sebagai Puteri kabus .
Puteri Rashidah merupakan anak kepada salah seorang bekas pemangku alam ghaib di Kerajaan Timur. Dalam kalangan puteri di sana, beliau dikenali sebagai seorang yang bijaksana, lembut pekertinya dan mempunyai hati yang sangat mulia. Tujuan Tok menemuinya pada ketika itu adalah untuk membawa satu utusan daripada sebuah kerajaan jin yang berada di kawasan berkenaan. Menurut utusan tersebut, pihak kerajaan jin sedang mencari seorang puteri untuk diangkat menjadi permaisuri di Istana Jin Lata Hujan.
Namun...
Permintaan tersebut telah ditolak dengan tegas oleh Puteri Rashidah. Bukan kerana beliau menghina atau memandang rendah kerajaan tersebut, tetapi kerana Puteri Rashidah sudah terlebih dahulu mengikat sebuah janji dengan bondanya, Permaisuri Raswati Amanda Kasih. Dalam perjanjian itu, Puteri Rashidah menyatakan bahawa beliau mahu menikahi seorang lelaki daripada alam nyata. Beliau juga berjanji bahawa apabila tiba lelaki yang menjadi suaminya kelak, beliau akan menghormati serta mematuhi apa yang telah dipersetujui bersama bakal suaminya.
ISI PERJANJIAN PUTERI RASHIDAH
Mengenai upacara perkahwinan tersebut, menurut adat dan kepercayaan yang Tok bawakan dalam kisah ini, segala urusannya akan dilaksanakan sendiri oleh Tok Muda. Pihak yang menerima hanya perlu menyediakan diri dan berada dalam keadaan tidur ketika proses tersebut berlangsung.
Dan kalau seseorang belum bersedia untuk menjadikannya sebagai isteri, tidak semestinya perlu terus kepada perkahwinan.
Sekadar melamar Puteri Rashidah sebagai pendamping terlebih dahulu juga boleh.
========================






No comments:
Post a Comment