Assalamualaikum wbt dan salam bahagia buat semua.
Alhamdulillah tok mengeluarkan 1 lagi senjata khusus untuk peperangan yang bernama Pedang Anti Kebal Panglima Shu'ib.
Perbezaan pedang ini dengan pedang biasa ialah:
Ia di tugaskan kepada Panglima Shu'ib Untuk bersamanya, Mampu bergerak sendiri apabila musuh hadir bila pemiliknya tidur
Di perbuat dari besi terbaik di dalam Asia
Tempaan Design Pamor Damaskus original Bukan Print laser
Mempunyai tetulang di tengahnya menjadikannya ia Tahan Patah dari tetakan Musuh
TIDAK HAIRAN JIKA MUSUH KEBAL , IA MAMPU MENEMBUSINYA
Mampu menembusi kerana ia di tempa bersama emas dan Perak Asli ( Gold & Silver )
Mata bilahnya tajam atas dan bawah
Sarung yang di perkemaskan dengan Lock bagi menghindar di rampas musuh
Di perkemaskan dengan tembaga di hulunya agar tidak lekang dari hulu akibat cuaca panas sejuk berzaman
Pedang ini tok simpan selama hampir 7 tahun di dalam simpanan dan pembuatannya memakan masa selama lebih 3 bulan bagi menyiapkannya dan kemudian ia di tapakan di sebuah kawasan di dalam Gunung Jerai selama 21 malam dan kemudian di perasapkan selama 7 Jumaat bagi menghidupkannya agar setanding Parang Terbang.
Pedang ini tidak berkarat selama dalam simpanan tok kerana kelebihan besinya yang bermutu dan ia di balut di dalam kemasan kain merah yang beerti menunggu darah bila di perlukan.
In Sha Allah selama tok menyimpannya banyak kelebihan yang di perolehi walau ia tersimpan antaranya :
Binatang berbisa dan buas tidak masuk ke rumah sedangkan rumah kebun tok ini berada dekat dengan hutan dan bukit, tak sampai 200 meter pun.
Pernah kepala pencuri memberitahu ternampak orang ramai berada di kawasan kebun , dia bukan nak mencuri tapi nak buat kebun tok ni port ngisap dengan kawan kawannya. Yang syiok tu dia sendiri yang cerita kat tok ( dia ni bukan org asing la, ada kena sedara jugak )
==================
Kegunaan pedang ini adalah KHAS untuk peperangan dan menjaga diri
Sekiranya berminat sila PM Puan Kai sebelum tok berubah fikiran
Maharnya tidak sampai pun RM 10k seperti lembing lepas
01111701048
==================
SELAIN ITEM INI Ada 2 Pedang untuk di maharkan dan 2 pedang ini dari Zaman PERANG SALIB KE 3, Penghujung Kurun Ke 12. Anda boleh google dan membaca kehebatannya, Matanya masih sempurna tajam dan masih mampu di miliki, malah tok sudah mempersiapkan sarung kayu kemuning emas dengan salutan Silver sebagai ikatannya.
Pedang ini in di lepaskan pada nilai RM 15,000.....Wahhhh mahalnya?.... Ya kita orang Malaysia sahaja anggap ia mahal, sebenarnya Barangan seperti ini bernilai lebih dari 2 juta Dollar......Hah terkejut?
Baiklah...mungkin anda tidak tahu atau maybe pernah dengar tapi tidak tahu bagaimana.
Untuk pengetahuan , sepanjang tok menyimpan barangan bernilai antik ini ada 2 pemuda Cina selalu datang jumpa tok, sejak tok di Johor sampailah tok Mula duduk di perlis 5 tahun lepas. Mereka kerap memujuk tok untuk membawa tok Ke Hong Kong atau Eropah untuk menyertai PEMBIDAAN Antarabangsa . Sejak dulu tok selalu menolak ajakan depa tu sebab Tok khuatir nanti dah sampai sana lain jadinya.... Sudah banyak berlaku..sampai di negara orang Kita di samun malah mungkin di tuduh mencuri barang mereka pula, lain lah kalau kita pergi tu dengan broker kita kenal siap dengan pengawal. Ni ajak tok sorang, tok nak bawak org lain tak bagi katanya budget belanja utk tok sorang saja, aiii suspicious tuuu..
Selama perkenalan tok dengan mereka, beberapa perkara tok pelajari antaranya untuk menyertai Pembidaan Antarabangsa. Mereka kata org kaya di luar sana tidak kisah dengan duit, mereka suka berlagak menunjuk siapa duit banyak sesama mereka walau hanya barangan kecil yang tidak berguna, contohnya Pasu lama Dinasti China lama. Yang kedua kata Seorang Sahabat lama, Di auction inilah mereka nak tarik perhatian pelabur asing walau sebenarnya syarikat mereka sudah mau lebur, Bila mereka berjaya dalam auction ini akan meningkatkan kepercayaan pelabur walau berita tentang kegagalan syarikat mereka tersebar luas. Lalu dengan cara ini mereka membuktikan mereka masih strong.
Di dalam Asia ada Asian Bidding dan tok tahu tempat ini di mana dan pernah mengikuti Berita mengenainya dari seorang Kenalan Dato Di seremban 2 dulu. Cuma masa tu tok tidak memiliki barang, maka sebab tu tok mula mencari barang..kena tipu barang palsu tu toksah cakap la, habis puluhan ribu , rasanya hampir 100k habis sebelum dapat yang betul ori.
Untuk pengetahuan anda, Tok memiliki 2 pedang lama, 2 keris lama yang masih belum di maharkan. Tok memilikinya kerana nilai pelaburan, Namun manusia hanya merancang, Allah juga maha Menentukan, dengan keadaan tok sekarang agak mustahil untuk tok jalankan seorang diri..Ya.. maksud tok ialah mengenai keselamatan.
Bayangkan anda membawa 1 barang untuk di sahkan , dan kemudian di sahkan Asli serta datang dari kurun ke 12 , jika ia menjadi perhatian media , pasti keselamatan kita akan terancam...walau tok tidak takut akan mati, tapi keselamatan 2 anak kecil tok bagaimana pula, itu belum bab nak uruskan Kebun tok di sini, tinggal 1 hari huru hara jadinya tidak menentu dan sekaligus mungkin akan menjadi aset kepada anak anak tok pula ke depan hari. Kalau tok masih ada waktu itu bolehlah tok tunjukkan mereka jalan..kalau tak...butalah mereka.
Itu sebenarnya NILAI barang antik..... anda nak pi beli sendiri di pasar malam sebab murah?, silakan.... tok akan tepuk tangan jika anda jumpa yang asli.
Di tahun 2024 ini , jika anda nak tahu yang baru pun orang boleh buat jadi lama.
Kesemua step untuk menjual pada nilai tinggi sehingga ke European Bidding ada di dalam kepala tok ni.
Lembing yang di maharkan Lepas Oleh Tuan H.H dimintanya tok uruskan, tapi dengan sekali telefon sahaja 1 broker akan menguruskannya sehingga berjaya ke Asian Bidding atau Europe Bidding. Broker itu sudah bersedia dan sekarang cuma menunggu tok menghantar lembing ini ke Kuala Lumpur untuk pengesahan Tahun/zaman ia di perbuat. Broker ini juga mempelajari dari tok namun dia mempelajari sehingga 2 Step sahaja, Step untuk Masuk auction ada pada tok sendiri. Bermaksud selepas 2 step, broker ini perlu berjumpa tok dan sponsor pula untuk ke luar negara bagi di masukkan ke dalamn Bidding Auction.
Broker menganggarkan Lembing itu bernilai sekitar 1.2 Juta Dollar dan mampu mencecah sehingga 3 Juta Dollar....itulah yang tok maksudkan bagaimana lembing itu mampu di jual sehingga RM 10 juta.
Mungkin kita anggap ...siapa nak beli?.... Bang.. di luar sana yang seangkatan dengan Rostchild si kaya dunia tu berlambak bang, nak masuk auction ni bukan calang calang orang.
1 lagi ialah pedang dari kerajaan Dinasti Ming, Pedang ini di sahkan asli secara tersirat oleh sekumpulan pemilik Tokong cina. Masa tu tok nak jual dengan Nilai RM 8000. Konon malam tu mereka panggil 1 org yang mahir dalam pedang, mereka bercakap cina sesama mereka dengan pedang ini di atas meja... salah 1 member tok yang bawa tok jumpa mereka ni la yang bagitau.. dorang bagitau pedang tu asli sesama mereka dan boleh pergi jauh harganya kalau di jual di Taiwan atau Hong Kong. Selepas mereka Chu Cha Chu Cha sesama mereka, salah 1 berkata, pedang tu tak ori, kalau boleh jual pun mereka nak ambil dalam RM 1000, member tok menyigung pinggang tok dan gelengkan kepala perlahan. Dia ajak tok keluar dan suruh ambil semula pedang, di dalam kereta dia ceritalah apa yang cina cina tu sembang tadi.
2 hari selepasnya Wallahi, salah 1 cina tu contact direct tok dan kata nak pinjam pedang tu sebab TUHAN ke 7 dia nak pedang tu di simpan dalam bilik kuning.
Selama 1 tahun pedang itu di sana, masuk tahun ke dua tok minta semula, mereka minta tangguh..tok pun cakap lah..kalau macam ni bayar sewa lah 1 tahun rm 4000. Hahaha barulah mereka pulangkan..siap reben merah bagai dah pedang tu hoho... Nampak sangat susah mereka nak bagi balik.
Pedang tu masih di simpan dengan baik di rumah Tok ni dan maharnya masih sama yakni RM 8000.
Sarungnya besi, sangat berat, matanya langsung tiada Karat, Di sarungnya ada simbol Merak yang bermakna pedang itu dulunya di miliki oleh seseorang yang berpengaruh, kaya dan hebat. Sejarah pedang itu ialah ia di cipta untuk menembusi pasukan baju besi musuh.
Sarung dan hulu serta matanya masih asli. Untuk pedang ini dan pedang damaskus, serta pedang Anti Kebal ..tok akan hantar sendiri by Hand, Ya lah dah tentu caj penghantaran di kenakan kerana harga diesel yang tinggi.
Jadi...jika anda ingin memaharkan koleksi barangan antik dan berguna ini , pakej yang tok sediakan ialah anda akan di ajarkan bagaimana nak menembusi international bidding..usah risau...jika anda tidak ada duit nak ke eropah ke Taiwan ke, Tok ada sponsor yang sudi sponsor perjalanan anda dan sudah tentu caj Komisen akan di kenakan di atas kejayaan Bida item anda.
Kalau tak beli maaf la..tok takkan ajar sumber dan lobang auction ini, anda google pun takkan jumpa kecuali anda VIP.
Jika berminat pedang di atas atau salah 1 koleksi senjata antik tok miliki Sila PM Puan Kai segera, barang tak banyak, setpa satunya cuma ada 1..siapa cepat dia dapat.
===================
Ada 1 keris yang cukup bernilai, ia bermata sundang dan ia memiliki kelebihan mistis, amat di geruni paranormal Indonesia dan Malaysia , ia mempunyai 2 kelebihan :
Mendatangkan kekayaan
Membalikkan sihir musuh
Keris ini sudah di kualifikasikan hanya ada 2 ( Sepasang ) di dalam dunia dan 1 lagi pemilik yang memiliki pasangannya juga ingin memaharkan pada nilai yang sama dengan Tok....errr.actually mahar tu tok yang ikut dia...
RM 50,000
Walau harganya begini, jika anda ingin melihatnya anda boleh datang dan melihat sendiri. Mata keris ini memiliki 1 bau tersendiri .bukan di calit minyak wangi, tak pernah tok calitkan atar ke apa sebab sayangkan ke bau aslinya.
Keris ini tok warisi dari seorang Guru 1 masa dahulu.
Jika anda berminat mengenai keris ini juga maka di persilakan...
Berikut deskripsinya...tapi deskripsi ini di ambil dari halaman yang menjual barang baharu ya..ia langsung tidak sama..cuma nama keris ini sama, dari segi pembuatan.. memang tidak sama langsung kualitinya
Pamor Buntel Manyit: Juga dikenali sebagai gubet yang melilit bilah sesebuah keris. Pada zaman dahulu pamor jenis ini dihindari kerana dianggap mempunyai tuah buruk dan pemilih. Jika serasi Pamor ini dianggap boleh mendatangkan kekayaan dan kesenangan kepada pemiliknya. Selain itu, ada juga yang pendapat yang mengatakan bahawa pamor buntel manyit memiliki tuah untuk menundukkan orang yang baran & pemarah. Oleh yang sedemikian, pamor buntel manyit banyak dicari oleh orang kerana tuahnya kepada pemilik & penunduk sekalian manusia. Difinisi sebenar pamor yang melilit (buntel) dan miring (mayat) dari pangkal hingga ke hujung mata keris. Pemahaman berkenaan perkataan mayat atau jenazah mahupun tubuh yang sudah mati ditafsirkan dalam bahasa jawa yang yakni mayit. Hal ini sebenarnya sangat menarik untuk dikaji secara mendalam walaupun sebelum ini telah ada penjelasan dan etimologi asal-usulnya. Tujuannya adalah untuk mengupas mitos kenapa pamor yang dihindari dizaman dahulu menjadi buruan pada masa ini. Pamor ini juga membuatkan keris ini dipercayai mempunyai kuasa magis dan oleh kerana itu juga ianya diburu dan harganya sangat mahal.
No comments:
Post a Comment
Hubungi Pn Kai Shomel 01111701048/01133012715 Utk Nego