Translate

14.7.24

MAHDI SUDAH DI BAIAT





Assalamualaikum wbt dan salam bahagia buat semua,Alhamdulillah Kebahagiaan semakin mendekati.

Tok Muda ingin menyampaikan sebuah berita Gembira kepada anda. 

Pada Musim Haji Yang di lakukan baru ini Pihak Kami di sini menghantar beberapa ( yang kamu gelar sebagai Agen ) individu dari 3 Negara berbeda namun berada di bawah Naungan yang 1 yakni KKST 8 yang terdiri dari Murid Murid Lama ( Musa , Jamaica / Mustapha , Lahore dan Pasangan Emily, UK ) bagi mengesahkan Pembaitan yang di lakukan di sana sebagaimana yang di sebarkan Ulama ulama dunia mengenai Kwujudan Mahdi. Sebab tu tok selalu pesan dengan Murid Murid yang pernah membelot secara Kasar jangan buat main dengan KKST 8 kita bukan sekadar ''''' ( Faham sendiri ) Intel yang kita terima Solid dan di sahkan Pembaitan memang sudah di jalankan di Mekah Al Mukarramah. 

Bersedia ?

Adakah anda sudah bersedia Wahai Umat MELAYU?

Yang mengklaim dirinya Bangsa TAMIM?

Bersediakah KAMU?

Apa?..... Tidak menepati hadis?... Beginilah.. kalau di beritahu esok akan muncul penyelamat di sekian sekian lokasi, Apa Gang Sniper Kafir ni Buta Maklumat?..Semua sudah di rencana semenjak dahulu oleh ulama, Yang mengetahui kisah sebenar HANYA ulama yang sebenar benar ulama, Berapa Ramai Ulama Yang mengikut telunjuk Dajjal dan Berapa Ratus Ribu Atau Jutaan murid mereka menyebarkan dakyah agar kita TERUS LALAI?. 

Ingat Pesan Nabi :

"Seramai 70000 ulama Asfahan akan menjadi pengikut Dajjal."
Ulama yang disebutkan Nabi ini ialah ulama yang cintakan dunia.

Ulama Ni siapa Anda tahu?.... Umpama Ketua.....Bawah Ulama Ada berapa juta Ustaz Ustaz dan di bawah Ustaz Ada berapa Juta lagi Dai' ????


Paling lucu apabila di sebutkan Oleh mereka yang akan muncul ini bukan MAHDI tetapi Hanya Pejuang... Mereka sengaja memutar belitkan FAKTA, MAHDI bukan individu, Tetapi sebuah kumpulan yang membawa perjuangan Islam itulah Maksud MAHDI. Sama juga dengan DAJJAL, ia bukan individu tetapi sebuah Organisasi yang Besar yang Matlamatnya Cuma 1 Yakni menguasai Umat manusia dan menjadikan dunia ini Syurganya sementara Kita Hamba

HAMBA SISTEM

Ya..kita sudah pun menjadi HAMBA SISTEM bukan?..

Bersedialah ... biar pun anda bekerjaya, teruskan kerjaya, Namun di hati anda...ada nilai Seorang PEJUANG. Masanya sudah sangat dekat , sungguh sangat sangat dekat. 

====================================

BERITA SUPERNATURAL BERKAITAN KEBANGKITAN MAHDI

Di katakan di dalam Kitab Kuning ( Kitab Lama ) Bahawasanya Sekalian Pejuang Dari Alam Ghaib juga akan turut serta di dalam peperangan ini. Bila di sebut alam Ghaib bukan beerti Nuh alam roh nuuuuu...Ghaib maksudnya tak nampak... yang sebelum ini kita tak nampak tapi mereka wujud nyata. 

Untuk pengetahuan, semenjak 2 tahun lepas banyak kerajaan kerajaan di Belakang Gunung Kaf sudah di serang dan ada di antara mereka sudah memasuki Kawasan Alam Kita dan ada juga yang sudah menikahi anda melalui permaharan di sini cuma mereka di sisi anda belum sampai masa untuk berWUJUD diri kerana keadaan. Tidak lama lagi mereka akan berwujud diri jangan anda terkejut pula. 

Berita terbaru yang tok perolehi beberapa malam lepas sebuah Kapal tidak di kenali memasuki Kutub utara sebelah Australia , Di khabarkan kapal itu sangat besar dan kemudia  menghilang di sebuah kawasan yang di gelar " Blue emerald " oleh manusia. Blue emerald kerana ais di kawasan ini bewarna kebiruan dan sangat sejuk.

Keesokan harinya Pihak NASA sudah memulakan pencarian menggunakan pelbagai teknologi mereka... Haha.. cubalah cari kalau jumpa.

Kisah perjalanan Nusantara... Di khabarkan Penghuni kapal ini Akan membuat Garisan Lurus ke Gunung Ledang , kemudian  Gunung Tahan , Gunung Jerai serta Gunung Tebu, mereka akan memecahkan Penghadang yang di buat oleh Bekas PM kita dahulu bagi memberi laluan Mereka membina pertahanan mereka sendiri. 

Perjalanan mereka akan terpecah lagi dari Nusantara Jantung dunia ini ke seluruh Gunung di Dunia termasuk Everest dan lain lain. 

Perjanjian Lama Akan terbatal " Old Testament" dan akan wujud Perjanjian paling terbaharu, Syiar Baharu dan Islam yang sudah di kotori dengan liberalisme serta sekular ini akan di murnikan.

Anda rasa bagaimana Nabi Isa Turun huh?... Terbang?

Imam Ibnu Kathir mengatakan bahawa Nabi Isa AS akan turun pada masa Imam Mahdi di Menara Putih, bahagian timur Masjid al Umawi, Kota Damaskus

 Cuma di dalam Kitab takda lah sebut Kapal Angkasa apa semua, kerana pentafsiran Org dahulu serta sebutan yang belum bersesuaian dengan zaman.



ANDA YAKIN KITA PEMILIK TEKNOLOGI TERMAJU?


Video di bawah menyediakan semua Faktanya Beserta Firman Allah


Itu belum dia sebut bagaimana Nabi Nuh Bercakap dengan anaknya di bawah dalam keadaan ribut badai dengan Terang dan jelas, apa dia pakai Interkom, walkie talkie??


Di zaman dahulu semua kerajaan bersatu dan menghasilkan Teknologi yang tiada di zaman kita, di Zaman Nabi Sulaiman adanya teknologi suntikan Genetik ke tubuh manusia, nak ada sayap, nak dapat jadi Harimau dan lain lain... itulah teknologi yang mana Manusia Zaman Pra Moden dulu sebutnya sebagai Sihir, Sihir bagi mereka kerana mereka tiada ilmu. 

Lihat dan fikir... Nak buat sihir kena pakai Rambut, darah kuku...apa itu?.. DNA.. maka sihir itu terus tembus tegak menuju sasaran.

Kapal yang datang dan singgah di Hujung kutub ini bukan datang dari Angkasa, Tapi dari belakang Gunung Kaf....


KISAH GUNUNG KAF


GUNUNG Qaf atau gunung ghaib merupakan gunung yang Allah SWT sembunyikan keberadaannya dari manusia. Gunung itu kononnya didiami oleh Nabi Khidir.

Sebagaimana namanya, gunung ghaib ini tidak dapat dilihat oleh manusia. Hanya beberapa orang soleh sahaja yang boleh sampai ke sana. Di antaranya Raja Iskandar Dzulqarnain.

Gunung ghaib yang konon ditempati Nabi Khidir ini telah diungkapkan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadisnya. Sebagaimana dipetik dari sumber, gunung ghaib ini memang tidak diketahui oleh manusia.

Keberadaan Gunung Qaf yang sangat besar dan diperbuat dari zamrud berwarna hijau. Memandangkan gunung ini diselimuti warna hijau zamrud, maka ini mempengaruhi warna langit yang kita saksikan.

Gunung ghaib memang dijaga oleh makhluk ghaib, tapi bukan jin. Dia adalah malaikat. Dikatakan bahwa malaikat yang menjaga Gunung Qaf ini sangat besar, kekal, dan kuat, sebagaimana gagahnya gunung ghaib itu. Ibarat manusia, Gunung Qaf ini adalah raja dari gunung di Bumi yang merupakan uratnya untuk menjaga keseimbangan Bumi. Jika urat-urat Gunung Qaf tidak menjaga keseimbangan Bumi, nescaya Bumi ini akan bergoncang dahsyat dan membahayakan manusia.

Keberadaan Gunung Qaf diterangkan oleh Rasulullah SAW ketika salah seorang sahabatnya bertanya. Sayyidina Abdullah bin Salam bertanya kepada Rasulullah: “Ya Rasulallah, dengan apa Bumi ini boleh tenang?”

Rasulullah lantas menjawab: “Dengan beberapa gunung”.

Kemudian Sayyidina Abdullah bin Salam bertanya lagi: “Lalu dengan apa gunung-gunung itu dikukuhkan?”

Rasulullah menjawab: “Dengan Gunung Qaf yang terbuat dari zamrud hijau dan birunya langit.”

====
Jabal Qaf, yang diciptakan oleh Allah dari zamrud hijau (sehingga warnanya mempengaruhi langit biru dunia yang sering dan selalu kita lihat) adalah bukit yang mengelilingi semua penjuru urat bumi sehingga bumi tidak bergerak bergoyang dan ia dijaga oleh satu malaikat besar, kekok dan kuat.

Suatu hari Iskandar Zulqarnain menaiki Jabal Qaf dan bertanya:

"Hai Jabal Qaf, di bawah ini terdapat sejumlah bukit kecil, cubalah beritahu aku kekuatan Allah seperti itu," jawab pegawai Qaaf:

"Di belakangku, ada perjalanan 500 tahun dari bumi ditambah oleh Allah, yang memiliki kekuatan besar, 500 bukit yang terbuat dari air beku, bukan ais atau salji.

Dengan air beku yang dimaksudkan sebagai tahan terhadap lapisan bumi agar tidak hancur hancur oleh keganasan api neraka yang ganas yang berada di bawah lapisan bumi yang paling rendah ".

"Dan Dia menanam di bumi gunung untuk menjadi tiang agar kamu tidak goyah
" (Luqman: 10).
=====

TERRA INFANATA




7 Lapis Bumi
7 lapis Langit
7 Lautan Dunia

Penciptaan tujuh lapisan langit telah diterangkan secara jelas dalam Al-Qur'an . Beberapa ayat yang menjelaskan fenomena tersebut di antaranya adalah Surah Al-Mulk ayat 3. “Yang menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Tidak akan kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pengasih. Maka lihatlah sekali lagi, adakah kamu lihat sesuatu yang cacat?" Surah Al-Mulk Ayat 3.

وَلَوۡ اَنَّ مَا فِى الۡاَرۡضِ مِنۡ شَجَرَةٍ اَقۡلَامٌ وَّالۡبَحۡرُ يَمُدُّهٗ مِنۡۢ بَعۡدِهٖ سَبۡعَةُ اَبۡحُرٍ مَّا نَفِدَتۡ كَلِمٰتُ اللّٰهِ‌ؕ اِنَّ اللّٰهَ عَزِيۡزٌ حَكِيۡمٌ
Wa law annamaa fil ardi min shajaratin aqlaamunw wal bahru yamudduhuu mim ba'dihii sab'atu abhurim maa nafidat Kalimaatul laah; innal laaha 'aziizun Hakiim

Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh lautan (lagi) setelah (kering)nya, niscaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat-kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Mahaperkasa, Maha bijaksana. Luqman Ayat 27


========================

Disebalik lautan dunia, Allah Ta'ala telah menciptakan 40,000 alam dan tujuh lautan lainnya. Adapun lautan pertama bernama Lautan Baytush di mana lautan ini mengelilingi bumi di belakang Gunung Qaf. Kemudian di belakang lautan itu berturut-turut lautan yang bernama Lautan Asamm, Lautan Qaynas, Lautan Sakin, Lautan Mughallib, Lautan Muannis dan Lautan Baki. Setiap dari lautan ini mengelilingi lautan yang sebelumnya. Firman Allah Ta'ala di dalam al-Quran, Surah Luqman ayat 27 yang bermaksud: "Dan laut, ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudahnya".
Di dalam setiap lautan ini terdapat bermacam-macam makhluk berbagai karakter yang hanya Allah Ta'ala yang mengetahui jumlahnya. Allah Ta'ala telah menciptakan makanan bagi para makhluk-makhluk ini dalam hari yang keempat seperti yang tercatat di dalam al-Quran, Surah Fussilat ayat 10 yang bermaksud: " Dan Dia menciptakan bumi itu gunung-gunung yang kukuh di atasnya. Dia memberkatinya dan Dia menentukan padanya kadar makanan-makanan penghuninya dalam empat masa".
Adapun di setiap lautan tersebut terdapat seorang Malaikat yang menjaganya. Di antara nama Malaikat yang menjaga lautan tersebut antaranya bernama Malaikat Shadluqan, Malaikat Arariail, Malaikat Gagiail, Malaikat Azari'il dan Malaikat Mahlahyaabil. Walaupun para Malaikat menjaga setiap lautan, tetapi mereka terbatas dengan alam yang lainnya, antaranya Alam Azrak.
Alam Azrak merupakan salah satu dari ribuan alam yang berada dilapisan keempat setelah bumi, dan hanya diduduki oleh sebagian mahkluk yang mempunyai pangkat, kedudukan, maqom dan darjat yang tinggi dihadapan Allah SWT, terhitung sejak zaman nabi Adam AS, sampai sekarang. Alam ini disebut sebagai wadah dari beragam aliran makhluk, seperti Manusia, Jin, Syaitan, Rijalul Ghaib, bangsa Waliyulloh, dan lain-lain. Alam Azrak merupakan alam yang sangat jauh dengan alam bumi, dalam segala sifat penghuninya.
Selain Alam Azrak, terdapat juga Alam Iblis dan Alam Jin. Alam Iblis merupakan alam yang dipenuhi dengan kaum² Iblis dan merupakan empayar yang terbesar yang menguasai lautan sementara Alam Jin adalah alam yang dipenuhi dengan kaum Jin yang berpusat di atas bumi meliputi hutan belantara, gunung-ganang dan sebahagian kecil lautan. Adapun istana Alam Iblis itu terletak di tengah lautan dan lautan itu merupakan lautan yang tidak pernah diterokai oleh manusia amnya malah terdapat bermacam² makhluk yang menghuni di dalamnya yang berasal dari bangsa Nisnas dan bangsa Banul Jan. Antara mereka adalah bangsa Adaamiyah al-Bahr (Bunian Laut), Huriyyah al-Bahr (asma peri) dan Bandar ar-Rum (bangsa duyung).
Bangsa Adaamiyah al-Bahr yang dikenali sebagai Bunian Laut merupakan bangsa yang memiliki bentuk tubuh seperti manusia sama seperti Bunian di darat. Mereka dikatakan lebih bertamadun dan berbudaya sehingga dapat membina bandar² dan kota² moden. Bangsa ini pernah membuat perjanjian dengan raja manusia agar menjauhi antara dunia laut dan dunia darat bagi mengelakkan berlakunya konfrontasi. Bangsa Adaamiyah dan bangsa Huriyyah dikatakan sama-sama menyembah keluarga al-Hin yang dikenali sebagai Basa'idun yang dianggap sebagai bapa dan pengasas kepada tamadun mereka.
Bangsa Huriyyah merupakan bangsa yang memiliki tubuh badan yang bersirip dan memiliki jari jemari seakan haiwan akuatik. Mereka juga memiliki mata yang besar seperti mata ikan dan mereka lebih mirip kepada humanoid kerana mempunyai kaki dan tangan. Mereka dikatakan hidup jauh dari bangsa manusia dan tidak pernah menonjolkan diri dipermukaan laut.
Bangsa Banaat ar-Rum merupakan bangsa yang sering kita dengari iaitu bangsa ikan duyung. Ikan duyung memiliki sebutan yang berbeda di tiap tempat. Di Afrika barat dan tengah ia disebut sebagai Mami Wata; di Rusia dan Ukraina disebut sebagai Russalki (Rusalka) sementara di Irlandia disebut sebagai Merrow.
Dalam Kitab Ajwibah Az-Zarqani ia disebut dengan nama Admiyatul Bahr atau manusia laut. Dalam kitab Hasyiyah Al-Bujairimi disebut dengan nama Banaatul Ruum sementara di dalam Kitab Hayah Al-Hayawaan disebut dengan nama Insanul Ma’ serta Syaikul Bahr untuk yang jantannya. Syaikh Fauzan menyebutnya dengan nama Hurriyyah al-Bahr atau peri laut.
Bangsa duyung diyakini sebagai makhluk mitologi haiwan laut setengah manusia dan setengah ikan. Kisah putri duyung muncul dalam cerita rakyat dari berbagai budaya di seluruh dunia, meliputi Timur Dekat, Eropah, Afrika, dan Asia. Dalam mitologi Yunani, putri duyung dikatakan selalu menggoda para pelaut yang lalai; siapa saja yang tergoda akan menemui ajalnya. Namun, beberapa ulama memiliki pendapat berkaitan dengan putri duyung. Dalam Kitab Hayaah Al-Hayawan jilid 1 halaman 46,
إنسان الماء يشبه الإنسان، إلا أن له ذنبا. قال القزويني: وقد جاء شخص بواحد منها في زماننا، مقدر كما ذكرنا. وقيل: إن في بحر الشأم، في بعض الأوقات من شكله شكل إنسان وله لحية بيضاء، يسمونه شيخ البحر، فإذا رآه الناس استبشروا بالخصب.
“Manusia laut adalah haiwan yang menyerupai manusia, namun dia memiliki ekor. Al-Qazwaini berkata: ‘Ada seseorang yang datang membawa haiwan ini di zaman kami dengan bentuk yang telah kami sebutkan’. Dan disebutkan: "Sesungguhnya di laut Syam di beberapa waktu ada haiwan yang bentuknya menyerupai bentuk manusia dan dia memiliki janggut yang putih, mereka menamainya dengan ‘Syaikh Al-Bahr’. Jika mereka dilihat oleh manusia maka mereka senang.” (Hayaah Al-Hayawaan 1/46).
Diterangkan dalam kitab Hasyiyah Al-Bujairimi jilid 4 halaman 230 yang bermaksud:
“Banaat Ar-Ruum adalah ikan di laut yang menyerupai wanita. Dia memiliki rambut yang terurai panjang. Warnanya condong ke coklat-coklatan, memiliki farj (kemaluan) dan payudara. Dapat berbicara namun tidak dapat difahami, mereka tertawa dan terbahak-bahak".
"Terkadang ikan ini tertangkap oleh para pelaut kemudian dinikahi dan dikembalikan lagi ke laut” (Tuhfah Al-Habib ‘Alaa Syarh Al-Khatiib 4/325).
Yang menariknya lagi, apakah putri duyung itu manusia atau makhluk laut yang menyerupai manusia? Kerana jika dia manusia maka berlaku pula hukum manusia padanya yaitu halal untuk dinikahi tapi jika putri duyung adalah haiwan laut, maka haram untuk dinikahi tapi halal untuk dimakan.
Imam Az-Zarqani menjelaskan dalam kitabnya Ajwibah Az-Zurqani hal 46, Al-Imam Az-Zurqani Al-Maliki -rahimahullah-, beliau ditanya: “Peri laut jika dinikahi oleh manusia, apakah peri laut tersebut akan bersama manusia itu akan masuk surga?” Beliau menjawab: “Peri laut termasuk dari kalangan haiwan, maka tidak boleh menikahinya. Dan jika disetubuhi, maka pelakunya harus dihukum ta’dib/ta’ziir (hukuman yang bukan hadd karena sebuah tindakan kemaksiatan). Dan peri laut pada hari kiamat akan menjadi debu seperti hewan-hewan lainnya” (Ajwibah Az-Zurqani hal. 46)
Lalu bolehkah ia dimakan ?
Syaikh Fauzan pernah ditanya mengenai hukum memakan putri duyung;
فضيلة الشيخ وفقكم الله : يذكر بعض المختصين بالأسماك في البحر أن هناك سمكة رأسها كرأس المرأة ولها شعر ووجه كوجه المرأة ، فهل يجوز أكلها , وهي ما يسمى بالحورية؟
“Wahai syaikh yang mulia -semoga Allah selalu memberi taufik-. Ada sebagian para nelayan yang ahli tentang ikan menyebutkan bahwa di laut ada ikan yang kepalanya seperti kepala wanita dan dia memiliki wajah seperti wajah wanita. Apakah boleh dimakan, dan mereka menamainya dengan “Huuriyah” (peri laut)? Beliau menjawab:
فيه إنسان البحر فيه شيء من السمك على شكل إنسان يسمونه إنسان البحر يؤكل كل صيد البحر يؤكل ولو كان على شكل رجل أو شكل إمرأة نعم
“Ada namanya manusia laut. Ada ikan yang memiliki bentuk seperti manusia yang mereka namai dengan manusia laut. Setiap haiwan laut yang diburu, maka boleh dimakan walau dia berbentuk seorang lelaki atau wanita. Na’am.”
Syaikh Ibnu Utsaimin, Beliaupun juga pernah ditanya tentang manusia laut ini dan beliau berfatwa akan bolehnya memakan hewan laut ini dengan berdalil dari hadits Nabi tentang laut bahwa “Dia suci airnya dan halal semua hewan-hewannya” (HR. Abu Daud no. 83; Shahih sebagaimana yang dinyatakan oleh Al-Albani).
Kewujudan makhluk-makhluk ini sangat sukar ditemui kerana mereka hidup di dalam lautan yang dalamnya mustahil dapat diharungi dan mempunyai tekanan yang amat tinggi. Mereka menghuni lautan ombak yang berlapis-lapis seperti yang diceritakan di dalam hadis. Firman Allah Ta'ala di dalam al-Quran, Surah an-Nur ayat 40. "Atau seperti gelap gulita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak yang di atasnya ombak (pula), di atasnya (lagi) awan; gelap gelita yang tindih bertindih, apabila dia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat melihatnya, (dan) barang siapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikit pun."
Para pengkaji berkata palong Mariana merupakan lautan yang terdalam dan tidak terjangkau ke dalamannya dan tiada manusia yang sampai ke sana. Menurut sesetengah riwayat mengatakan bahawa lautan itu bernama Lautan Qaldum. Manusia dan mesin termasuk juga para Jin tidak sanggup mencapainya. Jin tidak sanggup untuk ke sana kerana tahap keilmuan yang mereka miliki, cuma raja² Iblis saja yang ada di sana



Maka dengan semua penjelasan , Masihkah anda YAKIN bahawa KITA PEMILIK PERADABAN PALING TERTINGGI?...FIKIR SEMULA.

Bersediakah anda untuk menerima LEBARAN PEMIMPN ISLAM BAHARU?


SUDAH BERSEDIAKAH ANDA? 

Di harapkan Penulisan dan sumber sumber ini akan mengubah cara anda berfikir selepas ini 






1 comment:

  1. Ya betul tok. Dulu nenek bang man Ada bagitau ttg gunung Qaf. Di Kampung kami dulu ada kisah sepasang pengantin di sumpah oleh sang kelembai. Pengantin itu menjadi batu. Sama juga yg terjadi kepada keluarga harimau yg sedang melintas di sungai selangor. Pun menjadi batu. Bang man tanya nenek di manakah sang kelembai ni.sekarang dia telah di simpan di gunung qaf.sebab merbahaya kepada manusia

    ReplyDelete

Hubungi Pn Kai Shomel 01111701048/01133012715 Utk Nego

JEMALA NAGA EMAS

  Di era perang yang sedang menghampiri ni, elok lah kita mula buat persiapan untuk benteng diri dan keluarga kita dari anasir anasir luar ....