Translate

24.9.24

PENGALAMAN PULANG YANG MENCABAR

 



Assalamualaikum wbt dan salam bahagia.


Tok ingin berkongsi sebuah cerita yang baru baru ini berlaku ke atas diri tok... Yakni percubaan membunuh di dalam Perjalanan yang di lengkapi Ilmu Lipat Bumi yg terbatal tanpa sedar.

Baru baru ni tok pulang ke Kg Puan Kai untuk mengadakan sebuah Tahlil untuk Allaryarhamah Bonda JJ dan juga 2 Penama lain dari keluarga Puan Kai. Semasa Pulang Ke Perlis dengan tidak semena mena Tok terlibat dalam 1 kemalangan Yang pelik..

Begini Kisahnya...

Kampung Puan Kai nie memang masih terkenal dengan Org Org hebat dan masih "memelihara".. Ok bukan dorang buat tok.. tak.. kisahnya semasa di sebuah Kedai ada la 1 Janda ni Sudah terkena Panahan Pawang Asmaradana la... secara tak sengaja tau.. Sebab tu tok kelihatan sombong di luar, kalau bercakap tok memang x pandang mata terutama wanita. 

Dalam banyak banyak jantan yang dok berbual dengan dia tu, dia asyik menjeling tok, salah 1 jelingan dia tu sudah terkena sasaran Mata Bertentang Mata lahhh.. Wahahahha....kemudian tok terus menundukkan kepala melihat skrin Hp sambil membaca Ayat ayat suci yang tok tonton di hp. 

Tok cuma berpakaian baju lusuh kaler kelabu dengan tidak berseterika dan berkain pelikat, rambut kusut ( selalunya tok pakai topi ). 

Dalam dok berbual tu, koho lama dia koho makin dekat dengan tok ( dok tarik kerusi dia mari dekat kerusi tok ), Hah sudah dah la.,... tok dah berpeluh dahi ni. 

Mujurlah dalam tiba tiba Puan kai call bertanya Tok di mana, dia nak join sekali... tok memang tak boleh berganjak sebab kawasan tu areanya limit, dan mujur juga brader sebelah yg tahu tok berasa rimas mulai mengawal keadaan dengan membuka tajuk dan isu semasa untuk alihkan perhatian. 

Kalau korang nak tau kg Puan Kai ni bahaya sikit, ala tak payah ke Sabah la, Kat situ pun boleh kecundang hahaha, Kalau di Sabah kita berjanji dengan perempuan sana nak buat bini dan kita mungkir baru kita kena santet kan.... di sini ..hahah kalau dia berkenan.. Habis la kau..hahah. 

Ini bukan kali pertama tok kena serangan SAKA dari org yang betul2 mampu mengawal SAKA tau.. ini kali ke 2. Kali pertama tu kanopi kebun tok terbelah 2 lah macam kena karate... dah berapa tahun perlis ribut, mana ada jadi sampai macam tu sekali... haaa itulah org kalau mampu kawal saka mereka. 

Jadi umpama Cintanya di tolak..mungkin wanita ini kecewa.. tok pun pulang macam biasa lah selepas urusan tok selesai.. Tapi... bermula saat itu badan tok lemah , tok cuba kuatkan dengan zikir, tapi kat rumah mertua kan.. nak zikir kang org kata tok buang tebiat pulak.... sebab di Kg Puan kai ni, xde 1 pun sedara dia yang tahu siapa sebenarnya Tok Muda....nama Pun lain... sebab Puan Kai ni dia tak nak High Profile, Low Profile je. Memang kalau sebut siapa diri tok ni... bukan sahaja di segani, malah aku ni mungkin asyik kena sudi je kang dengan Bomoh2 sana,.,.. weyyy sana ada bomo boleh bunuh orang weiii , carik pasal ke haperrr. Sememangnya tok lebih suka low profile, buat kita ni macam org biasa biasa je.

Bermula la malam tu tok rasa diri tok sedang di perhatikan, sampai perempuan tu masuk dalam mimpi tok sebanyak 2 malam. 

Masuk malam ke 3, tok dah nak gerak balik... Tok dah gelisah... sebab masa kami nak bertolak ada detik tu Puan kai, Mak mertua , pak mertua dan adik adik diam membisu, Suasana diam sepi... Tok dah gelisah... Ni malaikat mana pulak lalu niiiiiii bisik tok dalam hati... Haishhh... 

Tok segera panggil Puan kai dan terus start kereta, salam pun ekspress dah. 

Mula mula perjalanan kami ok, Tok dok pikir... nak pasang ayat apa dlm perjalanan ni... sebab perjalanan kami jauh, masa biasa 7 jam. Tok memilih Bacaan Ilmu Melipat Bumi yang mana perjalanan akan menjadi separuh dari masa sebenar. 

SILAP Tok 1.... masa sampai di 1 simpang 3 dan sudah membelok, tiba tiba tok bertanya adakah Puan Kai nak singgah ke rumah Mak sedara dia... Dia kata ikut saja... Sudah la masa tu dah senja, kami buat U Turn dan melalui jalan kampung yang kecil dan Terpencil, Lalu jalan tu pun tok dah rasa pelik dah...ada 1 simpang dalam tu tok melihat kelibat seorang perempuan berbaju lusuh dan berambut lusuh rebond beb..tidak berkaki.... Tok kata dalam hati " kena dah aku kali ni ".... tok masih tidak membatalkan Doa Ilmu melipat Bumi ( sebab ia hanya boleh di guna 1x dalam sehari ) kerana tok memerlukannya utk perjalanan... Maklumlah..bawak anak 4 org..2 baby, berak ke apa ke kami perlu berhenti tepi jalan utk membasuh sebelum ia bocor..kalau tepi kubur.. tepi kubur la kami berhenti...

Tok x berapa risau pasal benda halus ni....kita kan member hahaha (kecuali SAKA org), tapi dorang semua yg dalam kereta tu, terutama baby???...dan tok memang x pasang ayat pemagar ..ilmu melipat bumi ni bila kita pakai dia...maka dia sahaja . dan ia melibatkan dimensi lain contohnya setiap 10km kita akan melompat ke dimensi lain dalam jarak 10kilometer dan kemudian keluar semula.. contohnya la. So jumpa makhluk halus tu biasa la dalam perjalanan melibatkan Ilmu ini (husnuzon dulu ).  

Silapnya ialah Tok U Turn dalam perjalanan itu. 

Selesai berbual dan makan malam, kami sambung perjalanan, Tok tak sedar Bila kami berhenti ilmu itu terus terbatal...senang kata... perjalanan seterusnya adalah "Kosong ".

Khodam hebat lain?.. kan banyak dah Maharkan kat korang, Kalau ada pun memang tok x bawa demi menutup diri tok dari di ketahui org org hebat Kg Puan Kai...kang x larat menepis. Jarak Kerajaan Sokor Taku ialah 25 minit perjalanan (Kalau nak minta bantuan ), kalau di alam sana kena mau mau 300KM dah jaraknya. 

Ok.. Apa kena mengena dengan Janda Tu?.

Kena mengenanya ialah Rupanya SAKA tu dok ikut kami di sepanjang perjalanan. Tragedi ini berlaku selepas tok mula dok bercerita kat Puan Kai la Pasal Janda tu dok jeling2 tok apa semua.. Part tu la ....selepas simpang Baling...di Simpang Kuala Pegang kami kena ... BAMMMM...

Sebenarnya Tok nampak je Motor tu dari Arah Kulim, tapi dia masih jauh dan perlahan sebab jalan tu turun bukit...so memang motor tu dah slow turun bukit... Ok la.. tgk keadaan sekeliling takda apa.. tok pun membelok ( nak cepat anak dah mula nak meragam, jalan tu sampai ke hgway gurun mana ada tempat berhenti nak salin pampers dan jalan tu di penuhi dengan Makhluk macam macam...so memang tok tak tunggu la dia yg tok nampak dok slow tu )... tiba tiba je.. Moto tu laju je mai langgar kereta tok di arah kiri , betul betul di bahagian Tayar. Melambung penumpang motor macam org buat aksi FLIP tu. Tok brake dan keluar tengok keadaan.. Tok tanya dorang kaki tangan semua boleh gerak dak dan ada dak kawasan yang kebas... Pemandu motor cedera dan retak tulang tangan sementara penumpang yang juga awek dia Patah Tulang Betis kanan, kepala benjol macam ikan Lohan dah. Motor hancur depan... sempat lagi dia tanya keadaan kereta tok..tok jawab, Hang langgaq kereta kebal dik...

Tadi tok pi baling nak tengok keadaan dia, Alhamdulillah keluarga dia semua okay, kami sembang balik bab eksiden tu... kata dia... dia sebenarnya nampak kereta tok masih jauh, memang dia slow. Tapi entah macam mana tiba tiba dia dah ada di tepi kereta dalam had laju tinggi, terkejut dia... kawan perempuan dia pun kata memang tak sangka tiba tiba kena macam tu SEBAB dia pulak tak nampak pun kereta tok di depan ( Pelik kan ). Masa perlanggaran memang tiada kedengaran suara dorang jerit ke apa..tau tau kena je. Terkebil kebil member sebab memang tak lojik... Ya...memang tak lojik sebab jarak kami sebenarnya 3 tiang setengah ( tiang lampu ) lepas tu baru simpang. 

Tok tunggu polis semua... masa ambik statement Polis IO tu tanya , masa berlaku tu ada apa apa tak halangan pandangan.. tok cakap takda....xkan nak cerita pasal mistik, mana boleh masuk dalam statement.. cuma tok cakap memang nampak dia masih jauh... Polis tu cakap kawasan tu memang kerap jadi... semasa sepanjang ada di IPD Baling, sensor tok ni memang dok meremang, tengok kiri kanan takda...tok tak perasan "benda " tu dok ikut di atas siling ( merangkak di atas siling ).. Kami pi Hospital tanya apa lebih kurang, kami pun  pulang sebab anak anak tok dan lama meragam ( dah bocoq dah pun ). 

Perjalanan selepas itu menuju ke Perlis sangat sangat Slow.. awat slow pulak ni... rasa kereta berat.. aihhh nak kata eksiden tadi.. x juga sebab kereta tok okay je, calah sikit je kat tepi.. Kemudian di 2 simpang 3 Tok dan Puan Kai dah mulai nampak " benda Benda"... aiiii Budak ni ada saka apa..kami dok kata lagu tu la.. Sampai kat highway Gurun.. Tok stop kereta ( selepas AES tu la ) tok hentak tanah dengan tumit 3x, apa segala benda yang ikut aku dari atas Hang aku sumpah jatuh umpama batu yang besar.... Niat tok... Bedebap...jatuh atas bumbung kereta. Ada beberapa kereta yang melintas rasanya depa pun nampak makhluk Tu, lebih kurang 98% la dengan rupa gambar di atas cuma warna dia kelabu dan rambut dia lurus rebonding... tok pi dekat dengan kereta, tak cukup dengan tu tok panjat pemijak kaki tepi kereta ( tok naik Wildtrak ) dan tengok muka dia elok elok...dia menyeringai beberapa kali kesakitan... 2 kereta lalu dan angkat lampu beam macam org gila.. 1 kereta dah macam menyasau ...mungkin sebab ketakutan kot ...benda dah nyata depan mata...mana tak menyasau kereta tu.. Tok tengok muka dia betui2, macam kenai..... 2 minit jugak la tok dok tenung dia.... baru teringat " la hang rupanya " ( Muka dia sebijik Muka janda tu daa ) .

Tok mintak botol dari Puan kai.. Puan kai kata botol air takde, ada botol susu... kami sempat gelak...nak buat apa botol susu... Lembaga ni menyentak bumbung kereta 2x.. tok kata kat dia.. nasib hang baik hari ni... Aku bagi hang 2 pilihan..... HANG PI BALIK @ HANG IKUT AKU TERUS SAMPAI HENTIAN DEPAN AKU BELI BOTOL AKU KURUNG HANG DALAM TU DAN CAMPAK LAUT...kemudian tok lepaskan sumpahan , dengan laju dia terus terbang dan hilang ke arah lain ( bukan arah tok nak pandu la ).

Sampai rumah tok terus pasang Pukat Ghaib.. mana tau kot dia mai kan...tapi x mai la lagi.... Tudia..sampai tera tu noh hang berjuang utk tuan  hang.... tuan  hang tak boleh so hang nak buat aku susah la... dede Sungguh natang ni ( dede bahasa kg Puan Kai bermaksud Bongok@Tolol ).

Dari gurun tu nak ke Perlis Tok pasang balik Ilmu Lipat Bumi, alhamdulillah perjalanan kami cuma 45 minit sudah sampai kebun... 

Tu baru 1... korang bayangkan kalau 10 bomo kg Puan Kai mai hentam... Jenuh woo nak menepis... kita koho tua pertahanan kita koho lemah.. Khodam hebat hebat pun banyak dah Pi Maharkan. Yang lain lain tok tempatkan di kebun tok ni sebagai benteng..off course lah dengan Izin Allah...kita bukan sembah dia, kita pergunakan dia sebagaimana kita pergunakan CCTV, Anjing dll tu... Sebagai Usaha. Macam letak Pak Guard la, cuma beza Pak Guard ni jaga dari segi penyamun perompak NYATA, Pak Guard yang ini untuk menjaga Dari serangan Ghaib pulak.. Ada la beberapa kisahnya tapi malas la tok nak cerita... yg pasti in Sha Allah kalau korang demam tak kebah kebah, Mai dok lepak sini 2 hari, In Sha Allah sihat la... tapi keluaq balik dari kebun tok ni..hurm.. kena la balik demam tu haha. Semua atas izin  Allah La kan.

Pemilik motorsikal ni sampai skrg masih bingung, Tok baru balik dari rumah dia la tadi... benda nak jadi no..nak buat macam mana... yang pasti... Tok Buat U Turn...dia pun ada buat U Turn (asalnya dia nak ikut jalan lain tapi jalan tu berbatu ( dalam pembaikan ) dorang patah balik..... Dasyat dia punya permainan beb , Sebab tu kita Tak maharkan benda yang bernama SAKA, jenis SAKA ni dah cerdik, dorang tau kelemahan manusia dan apa kehendak manusia. Dah bersekolah dengan tuan dia. 

Selalu tok balik ikut siam.. lagi dekat dan jalannya lurus dan cantik... tapi pasport tok dah tamat tempoh..sempat masuk ( otw ke kelantan je ) , masa balik kena balik ikut Gerik. 

Boleh tahan keinginan Janda tu, nafsu gajoh gamoknye hahaha... hang pi cari kepala paip dulu la dari nak menyusahkan org lain..... Kalau dia tak BERKEINGINAN MEMILIKI benda ni takkan berlaku ( ya la tau la ni asbab..tapi dunia musnah pun gara2 tangan manusia ). 

ظَهَرَ ٱلْفَسَادُ فِى ٱلْبَرِّ وَٱلْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِى ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ ٱلَّذِى عَمِلُوا۟ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ ٤١
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). Ar Rum Ayat 41

Sampai tera tu noh hang nak ke aku ni.... Segak ka janda tu?.... Aiii... kalau hangpa tengok tok jamin hangpa terliuq la, muda lagi bawah 27 tahun ( mamat kedai tu la habaq, dia tu kazen Puan Kai )... tapi tok ni kan dah malas dah... malas la... bini dah muda terlajak apa pasai pulak tiber je nak ambik yang lebih tua pulak ni hahhahaha. 


Ok Lah, sekian cerita tok ni, pelajarannya..

1. Kalau pasang Ilmu Lipat Bumi jangan U Turn, tegak je dlm perjalanan

2. Jangan U Turn dalam perjalanan

3. Jangan handsome sangat nanti kena ngurat

4. Jangan percaya zaman moden tiada Saka, Jin, Dan Hantu.. mereka tetap ada walau kita dah jadi tanah

5. Jangan saja saja nak masuk Kg puan kai dan berlagak hebat , kang tak pasai masuk bernyawa, keluar mayat. Penin woo. 


Nak istihar WAR ke ?.. dia bukan mewakili mana mana kerajaan daa...Silap Hb tuan dia pun tak tau dia bertindak macam tu.. so biaq pi je la... tapi..jangan jumpa lagi sekali... memang tok akan juai...bukan juai SAKA tu, tok juai Tuan dia la kat Murid tok yg masih membujang...mana tau ada jodoh hahaha. Yg Bujang2 standby noh... Buy 1 Free 3... Hehe 


* Nak kena suruh MAZA masuk kelantan la pulak pas ni bagi ceramah  HAHAHAHA... macam macam hal.. Org kelantan jangan  marah noo, tok melawak ja. 


4 comments:

  1. Wassalam tok. Alhamdulillah semua selamat. Terima kasih atas pengalaman dan pengajarannya tok. Mantap tok. Pakai baju lusuh pun kena hambat tara tu. Klu tok pakai tuksedo ni, xtahulah mcm mn gamaknya tok kena hambat. Hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehem2. Kena hambat dengan belakang parang dulu laaaa🫢

      Delete
    2. Haha.. tapi bab lipat bumi pernah mahar item dengan Tok dulu memang rasa perjalanan tu jadi cepat.

      Delete
  2. Alhamdulilah semuanya selamat tok. Terhibur sye baca yg no 3

    ReplyDelete

Hubungi Pn Kai Shomel 01111701048/01133012715 Utk Nego

SEDIKIT PESANAN BUAT ANDA