Translate

20.10.24

Takhta Antara Dua Alam – Episod 20

Babak 1: Sidang Mesyuarat Bersekutu di Tapak Artifak



Kapal selam T7 menemui artifak purba yang memancarkan cahaya berkelip-kelip di dasar laut. Artifak ini, dicipta oleh para dewa, merupakan senjata yang mampu menyerap tenaga dan kesaktian Phoenix, dan jika penuh, ia akan meledak dengan kuasa setara bom atom, memusnahkan seluruh alam.



Para pemimpin berkumpul di tapak artifak. Tengku Raden Wirna, Sultan Alauddin Rijalul Haq Syah, Raja Nangril, serta Putera Andika dan Puteri Laura hadir untuk membincangkan keselamatan artifak tersebut. Keputusan kritikal perlu dibuat segera sebelum musuh dapat mencuri peluang.


Dialog dalam Sidang Mesyuarat


Tengku Raden: "Beta bimbang, andai artifak ini jatuh ke tangan musuh, bukan sahaja Ratu Hubal yang menjadi korban, tetapi seluruh alam bakal musnah bersama-sama."


Sultan Alauddin: "Beta merasakan artifak ini lebih baik disimpan di Tangga 7, kerana pertahanan kami cukup kuat untuk melindunginya daripada sebarang ancaman."


Raja Nangril: "Musuh semakin menghampiri, kita perlu segera bertindak. Artifak ini tidak boleh berada di sini terlalu lama."


Putera Kirana: "Ampun, kekanda sekalian. Adinda khuatir akan keselamatan Ratu Hubal, andai tenaga baginda terus menjadi sasaran artifak ini. Mohon pertimbangkan nasib Ratu baginda."


Puteri Laura: "Kekanda, izinkan adinda mencelah. Adinda khuatir jika kita terlalu lama bertangguh, bencana bakal menimpa. Segala keputusan perlu dibuat dengan cermat, namun kita harus segera bertindak."



Babak 2: Penyusupan Panglima Zhaq di Kota Bagio

Di Kota Bagio, Panglima Zhaq menyusup masuk melalui bayang-bayang dan bertemu Ratu Muni Kerram secara rahsia. Dia ingin menawarkan bantuan tuan , namun sudah tentu ada helah di sebaliknya..


(Di dalam ruang rahsia, cahaya obor malap menerangi dinding batu. Panglima Zhaq tiba tiba muncul dari bayang-bayang, berselubung hitam, dan tunduk hormat kepada Ratu Muni Kiram.)


Panglima Zhaq: "Ampun, tuanku Ratu. Patik hadir tanpa jemputan, namun patik bawa khabar dan tawaran yang akan memperkukuhkan kerajaan tuanku."


Ratu Muni Kiram: "Apakah tawaran itu, Zhaq? Bicara segera, beta tiada masa untuk tipu helah."


Panglima Zhaq: "Patik bersumpah atas nama bayang-bayang, tiada muslihat dalam niat patik. Musuh semakin hampir dan kedudukan tuanku kini goyah. Biarkan patik menggunakan kesaktian rahsia patik—melalui bayangan, patik boleh menyusup ke mana-mana tanpa disedari."


(Panglima Xinas, berdiri di belakang Ratu Muni, Kerram mendengar dengan wajah curiga dan mendekati perlahan.)


Panglima Xinas: "Tuanku, mohon jangan terlalu cepat percaya. Lelaki ini licik. Tiada bayang-bayang yang datang tanpa niat tersembunyi."


Ratu Muni Kiram: "Xinas, bicaramu tidak jauh dari kebenaran. Namun, dalam peperangan, setiap peluang harus diambil. Apakah kau punya pilihan lain?"


Panglima Zhaq: "Percayalah, tuanku. Jika patik gagal, nyawa patik akan tuanku tuntut sendiri. Bayangan patik kini telah dihantar ke seluruh kerajaan, menjejak keberadaan Hubal Zufafah. Dengan maklumat itu, kita dapat menyerang sebelum mereka bersiap."


Ratu Muni Kerram: "Baiklah, Zhaq. Namun ingat, beta akan menghukum sekeras-kerasnya jika engkau khianat. Jangan sesekali lupa, kerajaan ini bukan tempat bermain dengan bayang-bayang."


Panglima Xinas: (Menggertak) "Jika engkau berdusta, Zhaq, engkau takkan keluar dari sini hidup-hidup."


(Zhaq tersenyum tipis, tunduk sekali lagi.)




Panglima Zhaq: "Patik tidak akan sia-siakan kepercayaan tuanku. Kegelapan adalah sekutu patik, dan dalam gelap itulah patik akan buktikan kesetiaan patik."


Ratu Muni Kerram: "Baik, gerakkan bayang-bayangmu. Pastikan engkau temui Hubal Zufafah sebelum mereka menemui kita."


(Zhaq menghilang perlahan-lahan ke dalam bayang-bayang, meninggalkan Xinas dan Ratu Muni di dalam ruang sunyi, penuh dengan kecurigaan dan teka-teki.)




Babak 3: Persiapan di Kerajaan-Kerajaan Bersekutu

Di Gunung Jin, Putera Andika dan Ratu Hubal Zufafah mempersiapkan pasukan tentera berapi mereka.Sementara di kota kayang Puteri Khairina dan Putera Nazgum sibuk menyusun strategi ketenteraan darat, laut, dan udara. Sementara itu, Ratu Sabiqin memimpin di singgahsana, mendengar keluhan rakyat rutin hariannya dengan bantuan Dato Bendahara dan memperkemas strategi dalaman

_________________________________________________


BABAK 4: KATA SEPAKAT KERAJAAN BERSEKUTU

Sidang mesyuarat berakhir dengan kesepakatan bahawa artifak akan ditempatkan di Tangga 7. Namun, ketegangan terus memuncak kerana musuh semakin hampir. Persoalan kini tergantung: Adakah sekutu-sekutu ini mampu melindungi artifak atau adakah artifak itu akan menjadi pemusnah yang tidak dapat dikawal?


Episod ini berakhir dengan rasa waspada, mengisyaratkan pertempuran sengit dan keputusan sulit yang bakal berlaku dalam episod seterusnya.



No comments:

Post a Comment

Hubungi Pn Kai Shomel 01111701048/01133012715 Utk Nego

BIDA KHODAM PEMEGANG REZAB KEAMANAN

  BIDA OPEN  BIDA START : 3 PETANG ( 17 NOVEMBER 2024 ) BIDA TAMAT : 11 MALAM ( 17 NOVEMBER 2024 )  BIDA BERMULA DENGAN NILAI RM100 DAN BERA...