Translate

19.10.24

Takhta Antara Dua Alam – Siri 19: Kemajuan Tidak terduga dan Bisa Menyusup

 EPISODE 19


Ratu Muni Kerram melancarkan serangan besar-besaran dengan bala tentera kelawar gergasi. Mereka diarahkan mencuri artifak purba, namun sistem pertahanan gabungan kerajaan bersekutu terbukti terlalu kuat. Kelawar-kelawar besar itu bertebaran di langit, menyerang pangkalan laut dan udara. Walaupun beberapa pangkalan berjaya dimusnahkan, ramai juga musuh hancur dalam serangan balas.



Serangan di teruskan hampir setiap hari bagi menembusi pertahanan Kerajaan bersekutu yang melindungi Kawasan Runtuhan artifak. 


Bab 1: Persidangan Pertahanan Bersekutu

" Kita harus memperkukuhkan pertahanan udara " Kata tengku Nangril di dalam sebuah persidangan . 


Tengku Nangril : ( Tenang )

"Tengku Raden Wirna Wijaga, Bagaimana perkembangan Pedang Naga?" 

Tengku Raden: " Belum ada apa apa perkembangan, Sudah hampir 8 bulan tiada apa apa kejadian aneh berlaku selepas Kejadian lepas"

Delegasi Tangga 7 : " Laporan dari sekutu kita Kerajaan Qomar , tentera musuh setiap hari mencipta tentera mereka dari api, dan setiap hari juga mereka menganggu dengan serangan bertubi tubi"

Tengku Nangril meminta tambahan pesawat supersonik daripada kerajaan Tangga 7 untuk menguatkan kawalan udara.

Ketua delegasi kerajaan Tangga 7 menjawab, "Kami akan hantar dua skuadron tambahan secepat mungkin."

________________________________________________________________________________


Bab 2: Kemeriahan Istana Jin
Di istana Putera Andika Asmara, majlis perkahwinan dengan Puteri Hubal Zufafah berlangsung dengan penuh adat dan kemeriahan. Para tetamu dari pelbagai kerajaan hadir, menjadikan istana api itu bagaikan Syurga Merah. Cahaya-cahaya berwarna-warni meluncur dari langit, menyentuh tasik berapi yang berubah menjadi bongkahan ais kristal biru, mencipta pemandangan luar biasa.

Puteri Khairina:
"Wahhhh! Hebatnya suasana sambutan kerajaan Jin!"

Putera Nazghum:
"Lihat, bintang-bintang seolah-olah menari di langit untuk meraikan perkahwinan ini."


Bab 3: Perlantikan Sultan dan Ratu Jin
Kemuncak malam itu tiba apabila Putera Kirana naik ke pentas utama dan mengumumkan:
"Mulai hari ini, Andika adalah Sultan Andika Asmara, dan Hubal adalah Ratu Hubal Zufafah."

Suasana penuh takzim. Ratu Sabiqin, Permaisuri Balqis, dan Permaisuri Urduja menyaksikan pertabalan tersebut dari tempat duduk khas bersama Tengku Raden, menyedari bahawa hubungan antara alam kini semakin erat.


___________________________________________________________________________________


Bab 4: Ancaman dari Gunung Es


Jauh di gunung es, satu lembaga misteri berdiri di atas puncak memandang istana Qomar. Hoody yang menutupi kepalanya menyembunyikan wajahnya, tetapi aura hitam di sekelilingnya jelas memperlihatkan niat jahat. Lembaga itu mula melangkah perlahan menuju ke arah kerajaan Bagio yang terletak jauh, dengan langkah setiapnya membawa bayangan kehancuran.


Bab 5: Ketegangan dan Strategi di Kerajaan Bersekutu





Dalam bilik persidangan, para pemimpin meneruskan perbincangan. Tengku Nangril berbicara dengan penuh tekad:


"Kita tidak akan biarkan musuh menembusi pertahanan kita. Tiada jalan untuk mundur."

Delegasi Tangga 7:
"Kami perlu bersedia untuk menghadapi musuh dengan segala yang kita ada."


Bab 6: Perang Udara dan Laut


Bala tentera udara dan laut Ratu Muni Kerram bertempur hebat dengan armada kerajaan bersekutu di  tengah laut menuju runtuhan artifak purba. Pesawat pesawat supersonik dari Tangga 7 melintasi langit, berusaha mematahkan setiap serangan dari kelawar gergasi berperisai.


Kapal dan armada laut kerajaan Kota Kayang Juga bergerak dalam posisi menembak ke arah musuh bagi mempertahankan kawasan perairan Artifak Purba 



Beberapa Kapal Selam Super canggih Kerajaan Tangga 7 ( T7 ) juga di hantar bagi mengawal selia kawasan artifak 




Pertemuan Jarak Jauh dan Keputusan Pemerintah Tangga 7

Dalam suasana persidangan maya yang dipancarkan melalui skrin canggih, pemerintah bersekutu mengadakan perbincangan kritikal. Pemerintah Kerajaan Tangga 7, Sultan Alauddin Rijalul Haq Syah, muncul dengan aura kebijaksanaan dan ketenangan, memimpin armadanya dengan penuh kewibawaan. Diiringi dengan teknologi terhebat, Kerajaan Tangga 7 menghantar armada kapal perang dan kapal selam canggih untuk memperkuatkan pertahanan di kawasan artifak purba yang menjadi rebutan.



Pemerintah T7 berbicara melalui layar besar yang dikendalikan oleh Tengku Nangril, seorang pemimpin strategik Kerajaan Bersekutu:

Sultan Alauddin Rijalul Haq Syah:
“Beta mencadangkan agar artifak ini dipindahkan ke lokasi baru. Jika kita memusatkan semua kekuatan di sini, bagaimana pula dengan pertahanan di dalam kerajaan? Kita tidak boleh mempertaruhkan keselamatan wilayah kita semata-mata di satu tempat.”

Tengku Nangril mengangguk dalam-dalam, menghargai kebijaksanaan yang disampaikan oleh pemerintah tersebut. Baginda menyedari bahawa dengan kekuatan teknologi Tangga 7 sekalipun, mempertahankan satu kawasan dengan konsentrasi tinggi adalah satu risiko.

Tengku Nangril:
“Patik akan menyampaikan cadangan ini kepada Tengku Raden Wirna Wijaga. Beta percaya satu persidangan berdepan harus diadakan segera agar keputusan terbaik dapat dicapai.”

Sultan Alauddin bersetuju dengan penuh kebijaksanaan. Lalu, baginda meneruskan arahannya:

Sultan Alauddin Rijalul Haq Syah:
“Kami akan menghantar dua skuadron pesawat supersonik tambahan. Armada laut dan kapal selam kami sudah pun bersedia. Kerjasama kita adalah kunci. Hanya dengan kesepaduan kita mampu mengatasi ancaman ini.”

Kapal Selam pencari Artifak di bawah laut es




Armada Di Raja Yang mampu Terbang di udara 



Tengku Nangril:

“Beta sangat menghargai sokongan ini. Kita harus bertindak segera sebelum musuh memperkuatkan serangan mereka. Mudah-mudahan, melalui persidangan yang akan datang, semua kerajaan bersekutu dapat mencapai kata sepakat tentang langkah seterusnya.”

Persidangan berakhir dengan keputusan untuk mempercepatkan penghantaran tambahan skuadron udara dan menyiapkan persediaan bagi satu mesyuarat penting. Kini, semua mata tertumpu kepada keputusan kritikal Kerajaan Kota Kayang dan sekutu-sekutunya—adakah mereka akan menyelamatkan artifak dengan menyembunyikannya atau bertarung mempertahankan wilayah sedia ada?

Aura ketegangan semakin meningkat, seiring dengan bunyi angin dingin Antartik yang membawa bersama ancaman jin kafir yang semakin menghampiri...




__________________________________________________________________________________

Tanpa di sedari , Kuasa Artifak sudah penuh terisi , energy yang di perolehi dari Ratu Hubal Zufafah menyebabkan Senjata Kuno ini Aktif di dalam diam.

Tanpa pengetahuan sesiapa pun ia kini menjadi Ancaman seluruh Alam Ghaib dan bangsa yang mendudukinya. Seperti Bom Jangka, Hanya Menanti Kuncinya Bagi di ledakkan Dendam Purba.

Tersembunyi di bawah Lautan Es, Artifak ini kembali bercahaya perlahan lahan. 

Di kala Semua Rakyat Kota Kayang dan wilayah utara bergembira menyambut Mempelai Baharu Sultan Andika dan Ratu Hubal Zufafah...Mereka tidak menyedari Ada sesuatu yang bakal berlaku.

Panglima 1000 Wajah...........


Panglima Zarq........




Dialah Lembaga Yang mengintai Kerajaan Es Gunung Qomar


Panglima dan Juga seorang Pendeta kepercayaan Sebuah Kerajaan Yang Misterius.....


__________________________________________________________________________________

NANTIKAN SAAT MENDEBARKAN.......

TEKNOLOGI DAN MISTIK BERGABUNG MELAWAN SIHIR JIN KAFIR.....

RATU HUBAL DAN PERMAISURI BALQIS TERKORBAN.......


Jangan Lupa Komen Ya, Komen anda memberi semangat kepada Tok Muda Untuk menulis...👉👈😉 

 








10 comments:

  1. Menarik ni Tok, teruskan ya

    ReplyDelete
  2. Menarik kisah ni tok sampai ni baru terbangun tido jam 124 tadi terbawa bawak dalam mimpi

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum, tok muda, tak sabar menunggu episode seterusnya. pandai sungguh tok mengisahkannya penuh dramatik. kalau buat filem pecah panggung tok. 👍👍👍👍👍👍👍👍👍❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️🤣🤣🤣🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. W.salam wbt. Hahaha mahal kosnya kalau buat drama episode bangkantan. Tok dah penat bebel. Menulis la pulak haha

      Delete
  4. Susahnya bila jadi pemimpin, setiap keputusan harus diambil dengan teliti. Banyak perkara harus dipertimbangkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Bukan senang. Raja malaysia senang. Pm buat semua.hehe

      Delete
  5. Perang sentiasa terjadi

    ReplyDelete

Hubungi Pn Kai Shomel 01111701048/01133012715 Utk Nego

BIDA KHODAM PEMEGANG REZAB KEAMANAN

  BIDA OPEN  BIDA START : 3 PETANG ( 17 NOVEMBER 2024 ) BIDA TAMAT : 11 MALAM ( 17 NOVEMBER 2024 )  BIDA BERMULA DENGAN NILAI RM100 DAN BERA...